bab 2

12 3 0
                                    

"Aku bukanya tak nak eryna, tapi kau faham faham jelah dengan dia tu aisy! Aku tak tahanlah." Geram betul nada suara yang dikeluarkan izz. Kalau orang yang dimaksudkan itu ada di depan mata, rasanya dah dicekik cekik sampai pengsan.

"Relakslah. Kalau dah dua dua ego macam mana benda nak selesai."
Biasanya itulah aktiviti mereka kalau keluar bersama ketika makan.
Kalau tak cerita pasal pelajaran, topik lain yang akan menjadi topik utama sudah semestinya masalah rakan sebilik. Kesian izz

"Entahla kadang aku rasa malas nak duduk dalam bilik tu, bingit tau. Nada izz mula rendah seketika mereka mula menapak ke dalam restoran .
Kalau tengah stress serabut, hanya makanan jelah yang boleh hilangkan serabut dalam kepala mereka berdua

"Dahla fikir pasal dia.malamni kau nak makan apa aku belanja."
Bab pujuk memujuk ni serahkan pada eryn je, sebut bab belanja nanti okaylah mood perempuan ni.

"Okay no hal." Makin melebar senyuman dibibir izz , pantang dengar belanja makan mesti on ,
"Tapi sebelum tu aku nak pergi toilet kejap, tungguuuuuu......."
Panjang perkataan hujung itu ditarik sambil berjalan menjauhi Eryna yang sudah tergelak kecil dengan gelagatnya.

Itulah siapa suruh keluar berjalan tengah tengah malam , sejuk sejuk merayap pula dari asrama ke situ. Memang satu kerja yang tak masuk akal,
Tapi kalau nak makan tu boleh dikatakan masuk akal lagi.

"Eryna!........"

Namanya disebut buatkan dia berpaling 360 darjah. Spontan bibir eryna tersengih . Danial........

"Jauhnya berjalan malam malam ni , kenapa tak order je runner kan banyak?" Lelaki yang agak tinggi itu berdiri betul dihadapan nya , membuatkan eryna keluh kesah.

"Mana pula izz ni. Mata mula melilau mencari kelibat kawan baiknya

Danial masih kaku menanti jawapan dari eryna,

"Ha 'ahh......jauh.....Tapi tak adalah jauh sangat ." Wajahnya langsung tidak diangkat untuk memandang ke arah lelaki itu .
Perasaan kali ini cukup berbeza sewaktu mula mula dulu .
Keadaan dah terbalik. Nampak sahaja muka lelaki itu hatinya mula rasa berdebar. Terasa tanganya mulai dibasahi peluh,

"Sorang je ke? Beraninya aw............"
Belum sempat Danial menghabiskan ayat
Izz sudah muncul dari belakang

"Heiii danial..."
Kemunculan izz buatkan eryna rasa lega

"La...dengan izz?"
Perhatian danial mula bertamu pada wajah izz yang sudah berdiri di sisi eryna.

"Yelaa. Kenapa? Ingat eryna datang sorang ke?"
Izz tersengih

"Itulah. Saya ingat eryna sorang sorang" seloroh danial sesekali dia mengerling ke arah eryna yang sudah tidak bersuara.

"Danial sorang je ke.? Jomlah join kita orang, kita orang pun berdua je."
Mudah betul izz mesra walaupun baru pertama kali mereka berjumpa kembali selepas sebulan balik dari perkemahan yang sama sama mereka sertai

"Why not"

"Okay. That's great, hah, eryna..... kau orderlah dengan danial,
Aku nak pergi cari tempat." Lengan eryna yang tadi dipaut, kini dilepaskan.

"Boleh. Nak makan apa?" Danial bertanya pula, langsung tidak diberikan eryna berbicara lebih,
Dan memang pun eryna tak boleh nak berkata dah waktu tu, selepas memberitahu apa yang dia hendak makan malam itu , izz terus saja meninggalkan eryna dan danial berdua, menanti giliran untuk menempah makanan mereka.

"Ramai pula orang malam ni kan?" Danial hendak menarik perhatian eryna untuk berbual dengan nya ,

"Sebab esok hujung minggu agaknya."
Walaupun duduk di tempat penghawa dingin , wajahnya mula terasa membahang,





▪︎▪︎ flashback ••

"Izz macam mana ni?" Eryna bersuara cemas, orang yang berbaris di hadapan dan belakang dipandang. Dia dan izz berada di tengah tengah dalam barisan panjang itu,

"Macam mana apa? Kan cuma nak tengok cendawan, itu je. Lagipun aku kan ada..." pautan tangan eryna dieratkan.
Tersengih izz mengenangkan yang eryna takut dengan kegelapan
Kerana dia ada rabun malam yang sangat teruk.

Malam itu boleh pula ada jungle tracking dalam keadaan gelap, tanpa sebarang cahaya, kerana mereka hendak dirunjukan dengan satu tumbuhan
Yang akan keluarkan cahayanya ketika keadaan betul betul gelap.
Selepas itu. Mereka akan dibawa berjalan dihutan, dalam gelap untuk merasai bagaimana orang asli bergerak di dalam hutan ketika waktu malam.

"Aku rasa.. aku tak boleh"

"Boleh.. dah.. jalan.." izz mendesak dan melonggarkan pegangan tanganya kerana hendak duduk dalam barisan yang tegak.
Orang yang memberi arahan di hadapan mula memberi jalan.

Semakin lama mereka semakin jauh dari cahaya lampu, eryna yang mula rasa semacam, pantas membaca surah apa yang ingat didalam kepalanya, matanya hanya memandang belakang badan orang hadapanya , hendak menoleh langsung tidak berani,

"Sekarang, dah betul betul gelap, lepas saya padamkan lampu yang saya bawa ini, saya nak awak semua adjust mata awak sampai awak nampak apa yang saya nak tunjukan,"

Barisan pelajar yang mengiringi hanya diam. Ketika lampu terpadam. Eryna semakin resah, pantas belakang baju orang di hadapanya diterkam. Dipegang kejap. Semakin lama suara hiruk pikuk mula kedengaran,
Ada yang kata nampak cahaya halus halus dan cantik berterabur di atas rumput di kiri kanan jalan,
Membuatkan yang lain semakin teruja ,

Kecuali eryna.... dia masih kaku di tempatnya. Memegang apa yang dipegangnya tadi,

"Okay semua dah nampak.?" Tanya encik mael yang mengetuai mereka

"Dah".... semua menyambut

"Cepatlah"..... "cepatlah"...........nada eryna seakan berbisik, dia sudah tidak tahan duduk dalam keadaan tertekan begitu,

Tiba tiba terasa pergelangan tangan nya disentuh.
"Izz...apasal kau tinggalkan aku...." gerutu eryna lagi. Tangan itu digenggam kuat,

"Sekarang masuk dalam barisan , kita bergerak masuk hutan sekejap, lepastu kita balik rehat." Sekali lagi encik mael bersuara

Tangan tadi menariknya , membuatkan dia berjalan mengikutinya,
"Izz, kalau ada apa apa dekat depan tu bagitahu aku tau,"
Izz tidak menyahut, hanya suara encik mael yang terdengar sayup sayup.

Hampir 20 minit mereka berjalan, akhirnya perjalanan mereka sudah hampir ke penghujungnya, ketika cahaya semakin terang, barulah eryna nampak tangan siapa yang digenggam dari tadi.

"Dah sampai, dah tak takutkan.?"

Barulah bersuara orang yang dia sangka izz itu.
Membutang mata eryna dan melilau mencari izz dimana, rupanya kawanya itu seronok berbual dengan orang lain di hujung barisan.

"Sorry........ermmmmm....tadi.." gagap pula tiba tiba tak ada langsung ayat yang terlintas di fikiran untuk dia jadikan alasan kenapa memegang tangan itu.
Kalau tangan perempaun dia boleh maaf lagi ni tangan lelaki!

"Tak apalah dah selamat sampai pun kan.?"

Eryna tidak tahu ingin mengangguk atau geleng, seram sejuk pula rasa,

•• end flashback ••





"Eryna....?

"Hahhh?" Terkebil kebil seketika dia disitu, kepala dipanggung, memandang orang yang berdiri disebelahnya itu.

"Order...." Danial tersenyum melihat gelagat eryna, dari tadi mereka berdiri di hadapan kaunter tapi satu perkataan pun yang keluar dari mulut eryna .

" oh...." terasa malu dan semakin malu , malam selepas kejadian yang dia terpegang tangan danial , semakin menjadi jadi malunya kepada lelaki,
Apa yang dia tahu hanya dia dan danial sahaja yang tahu kejadian tu ,
Dia percaya yang danial tidak akan menceritakan kepada orang lain.

Be My wife ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now