Bab 19

538 21 0
                                    

Edetia berjalan keluar dari kelab malam dipegang oleh kawan-kawannya. Senyum lebar dia melihat kekasihnya yang sedang berdiri bersandarkan motor besar miliknya sambil peluk tubuh. "Hey, handsome."

"...hey."

"Ambillah dia Dane! Gila dah agaknya pergi cium dinding!" Tubuh Edetia ditolak kearah Dane. Edetia tersengih, merangkul leher Dane dan memandang wajahnya dengan penuh mabuk.

"...hai. Nama I...hehe, Edetia. I ada girlfriend tau jadi you tak boleh cium I. Girlfriend I kata, kalau I cium orang lain, dia bunuh I."

"Iya?" Dane pakaikan helmet untuk Edetia. Edetia angguk. Tubuhnya diangkat dan didukkan atas kerusi motor. Dan merapatkan helmet dia ke helmet Edetia tanda cium lalu ditarik tangan Edetia agar memeluknya. "...hold me tight, sayang."

"Erm."

"... I'm glad you remember my words. I'm sorry kalau kasar." Kata Dane. Namun Edetia dah tak dengar suaranya. Sibuk menjerit dan menyanyi dekat bekakang kuat-kuat. Ketika berhenti di traffic light, dia nampak sorang lagi atas motor besar, selamba badak dia tegur.

"Awak, nak cium tak? Awak girlfriend kita ke?"

Lelaki itu senyum, menghulurkan tangannya mahu sentuh Edetia namun Dane memandang lelaki itu setajam pisau. Terkejut beruk dia bila dijeling. Tahulah lelaki itu bahawa Edetia milik dia. Dane hulurkan jari tengahnya kepada lelaki itu lalu dibawa motornya setelah lampu hijau.

"Bye-bye awak!" Jerit Edetia sambil ketawa dan peluk tubuh Dane kuat. Sampai saja di rumah Elevia, Dane turun dulu sebelum dia dukung Edetia dan letak dia atas lantai. Elevia buka pintu, geleng kepala tengok Edetia yang mabuk. Setelah helmet dia dibuka, berlari Edetia memeluk Elevia.

"Kakak~" Edetia didakap Elevia sebelum dia tumbang. Elevia mencium leher Edetia.

"...bau alkohol tapi manis. Patutlah mabuk keparat."

"Dia memang suka minum alkohol manis." Kata Dane lalu berjalan masuk kedalam dan melihat kearah Han yang kakinya masih diikat ke siling kerana kemalangan tempoh hari.

"Macamtulah. Dane nak tidur terus ke? Akak nak tidurkan Edetia."

"Takpelah kak. Nanti saya tidur."

"Okey. Edetia, jom." Elevia mengiringi langkah Edetia ke tangga. Tersedu-sedu Edetia sewaktu berjalan. Dane jalan kearah Han. Dia baru seminggu bangun dari koma. Bangun-bangun kaki kena simen. Menangis dia tak dapat jalan.

"Kau okey?" Tanya Dane. Mulanya dia gelar Han sebagai akak namun bila Han suruh panggil biasa je, mereka berdua dah macam kenal lama. Lagipun masing-masing memang macamtu perangainya.

"Bolehlah. Nak kencing berak susah. Elevia lah tolong. Tengok aku pakai baju apa." Han bangga menunjukkan baju kolabrasi dia dengan kafe Elevia. Berebut orang nak beli haritu sampai ke luar beratur. Dane senyum nipis.

"Aku dapat juga dari Kak El. Dia bagi dua. Satu untuk aku, satu untuk Edetia."

"Dia ada simpat untuk Elia sekali sebenarnya."

"...ouh."

"Dia ada bagi dekat Nazz juga."

"Ouh yeke? Dia memang pemurah."

"Ya, masa aku jadi pelanggan dia dulu banyak kali sebenarnya dia bagi benda free."

"I see."

"...dingin betul kau ni ek?"

"Edetia je pernah nampak perangai lain aku. Aku memang macamni but somehow she managed to see my other sides. Dia kata cute."

"Tunjuklah." Han mencuit pinggul Dane. Dane berkerut, menolak tangan Han.

"Geli bodo."

"Hek eleh."

Dane geleng kepala. Dengan Edetia je dia boleh pegang-pegang. Dengan Han mungkin dia akan mandi wajib. "By the way... how's nenek?"

"She's good."

"You don't tell Edetia about your relationship with us?"

"No. She doesn't need to know. Takde keperluan pun."

"Memanglah tapi rahsiakan pun tak bagus juga. Nanti ada peluang cakaplah yang kau tu cousin kitaorang."

Dane diam. "... actually macammana kau tahu aku ni cousin kau? We've never met before."

"We met. When you were so little. You were crying for a split banana."

"I don't remember."

"Our families will be tied up so much. I can't wait for us to have a family together."

"Yeah."

"...and Elia. i hope she an get out and enjoy."

"Yeah."

"Sayang, Dane. I tidur dengan Edetia tau? korang tidurlah sekali."

Han dan Dane pandang sesama sendiri kemudian masing-masing menggigil geli. "TAKNAK!"

-TAMAT-

The Spoiled Princess Where stories live. Discover now