Bab 5

196 11 0
                                    

"Akak, nak ni!" Elia menunjukkan sekotak cereal kepada Elevia. Elevia angguk. Elia terus masukkan berkotak-kotak cereal kedalam troli buat Elevia ternganga.

"Eh, eh. Kejap! Sekotak dahlah! Bukannya habis pun!"

"Habis, habis. Jangan risau!"

"Habis apa? Buat main? Letak balik!"

"Hek eleh akak ni. Dia dah kaya, lupa daratan."

Elevia bercekak pinggang. Elia letak balik kotak-kotak cereal itu kemudian menghilang untuk mencari makanan lain pun. Lepastu datang pula Edetia menarik tangan Elevia ke satu tempat dan menunjukkan daging-daging mahal didalam freezer. "Mana satu ni?"

"Japanese wagyu tu amiklah satu. Lepastu jangan amik daging biasa. Ni, amik Australian Beef."

"Ouh... kenapa dengan daging biasa?"

"Lambat masak."

"I see. Sebenarnya kan, saya ni suka juga buat BBQ sekali-sekala. Walaupun Elia rancang sendiri majlis untuk diri-sendiri tapi baguslah."

"Hm. Well, she creates a bond between us. Kalau takde dia, we wouldn't go to Genting Highland and spent time together. Sedangkan sebelum ni kita jarang nak berjumpa."

"Betul, betul. I kinda missed...the campfire."

"Ouh, campfire." Elevia senyum. Dulu, mereka bertiga lari rumah dan bermalam kat luar dengan unggun api yang dibuat sendiri. Tidur bawah jambatan dan sebagainya. Walaupun sedih tapi memori tu berharga. "...we won't be like that again. Kalau salah seorang dari kamu susah, cakap dengan akak. Akak bantu."

"...same thing goes to you."

"Yeah."

"AKAK, PANTILINER NI ADA CAWAN FREE!" Elia menjerit dari jauh. Edetia dan Elevia hanya diam membisu dan pura-pura tidak kenal. Tapi payah juga, muka sama.

***********
Giliran Edetia memandu. Elevia duduk di kerusi depan sambil main telefon. Elia pula di belakang. Kakinya panjang memenuhi kerusi.

"Akak, minta tisu."

Elevia hulurkan satu pek kecil tisu kepala Elia. Elia gunakan untuk lap air yang tumpah di leher dan bajunya. Elevia pandang ke cermin pandang belakang. "Elia, janganlah kotorkan kereta akak!"

"Tertumpahlah kak. Lek ah."

"Lek ah, lek ah. Ni pakai kain ni." Elevia hulurkan sehelai kain kepada Elia. Elia senyum lebar. Dia lap kerusi yang tumpah air manis itu kemudian buka seluarnya dan gulu-gulung tuala dan terus 'ride' tuala itu depan belakang. "Ouh, yes. Sedapnya."

"Eeei Elia! Simpanlah kat rumah! Elia!" Edetia menjerit. Elia ni ada je benda dia. Elevia dekat sebelah hanya geleng kepala.

"Kak El, marilah. Baring."

Elevia hanya abaikan permintaan Elia. "Jangan kencing dalam kereta. Akak basuh kepala kamu nanti."

Elia mencebik. "Tak boleh squirtlah. Boss je boleh buat I squirt, ish!"

Edetia dan Elevia hanya geleng kepala. Keluar penjara pun sama saja perangainya tapi takde pula dia bercerita fasal ayah. Mungkin dia sendiri tidak mahu.

Tiba-tiba jem panjang. Termenung mereka dalam kereta tunggu reda jem. Sambil menunggu, mereka berbual serba-serbi sambil Elia cuba untuk habiskan masa dengan baring. Dia tak boleh main phone dalam kereta nanti mabuk.

"Lamanya! Apa yang buat jem sangat ni?"

"Entahlah. Polis kot." Balas Edetia.

Elia bangun. Dia berkerut dahi lalu buka pintu dan keluar dari kereta. Terbeliak mata mereka berdua.

"Eh, Elia! Nak kemana? Elia!"

Elia berlari menyusuri jalan raya seorang diri. Elevia terus tutup muka dan tunduk kepala risau orang nampak mukanya. Tolonglah jangan ada sesiapa kenal adik dia tapi muka dah sama, takut dia dapat gossip lain pula dekat media sosial.

Pemilik Atia's Cafe Berlari Atas Jalan Raya.

Akhirnya, mereka tiba di kawasan punca jem. Mulanya mereka berminat sebab ada kemalangan namun bila nampak Dane tengah bergaduh dengan seorang lelaki, Edetia terus berhenti tepi dan keluar dari kereta.

Penuh jalan dengan barang-barang pecah akibat dari kemalangan dan Han sedang terbaring atas rumput dilindungi dengan payung dengan kepalanya yang berdarah. "Han!"

"Boss buat apa?" Tanya Elia kepada Nazz. Nazz tersentak.

"Tengok."

"Oouh~"

"KAU JANGAN SAMPAI PECAH MUKA KAU AKU BUAT!" Jerit Dane lalu menolak tubuh lelaki itu kasar ke belakang. Lelaki itu balas balik. Dia mahu tumbuk Dane namun Dane mengelak dan membentes kaki lelaki itu sampai terjatuh. "Kalau salah, mengaku! Tak payah nak cakap aku putar belit cerita bagai! Kereta ni ada dashcam lah bodoh! Ada dashcam! Boleh tengok balik kau keluar simpang tak tengok kiri kanan, BODOH!"

"Dane, hey. Sabar." Edetia menolak dada Dane risau dia pukul lagi. Kes sebelum ni dimana dia cekik Elia pun dah nampak baran dia. Inikan pula dah cederakan orang yang dia kenal. Lagi mengamuk dia. Dane terus lembut lepas Edetia pujuk dia.

"Dia buli saya..." Dane peluk tubuh Edetia erat. Edetia kaku apabila orang pandang dia lain macam. Mampus. Tak kena tempat nak bermanja. Bila Dane terpandang akan lelaki tadi. Matanya mencerlung marah. Lelaki itu terus pandang kearah lain pura-pura tak nampak.

Sisi dia ada banyak. Yang paling lembut hanya Edetia boleh nampak.

"Luckily Han masih sedar siap boleh makan aiskrim. Elia, kita tangguh BBQ lusa eh?"

Elia muncung bibir. "Siapa yang langgar tu? I nak pijak sikit muka dia!"

"Eh, Elia!"

The Spoiled Princess: Edetia & Dane (side story)Where stories live. Discover now