Bab 6

179 14 0
                                    

Ketiga-tiga masuk hospital untuk dirawat. Hanya Han yang kena admit sebab cedera di kepala dan koyak besar di lengan. Kena jahit lepastu balut. Pukul 6 petang Dane mengadu mengantuk. Edetia siapkan alas dan suruh Dane tidur atas lantai sekejap. Han bagi bantal dia.

"Awalnya dia tidur." Ujar Elevia.

"Insomnia." Balas Edetia ringkas. Disebabkan penyakit Dane, dia boleh tidur dekat mana-mana pun asalkan tidur tidak terganggu.

"Terkejut juga tadi tengok dia tengking lelaki tu." Luah Elevia.

"Eleh, dia haritu cekik I separuh mati tau?" Balas Elia sambil menelan sedikit demi sedikit jeli ubat milik Han. Dia curious nak tahu rasanya. Lepas rasa, dia jadi ketagih dan minum lagi. Lagipun tak bahaya pun. Hanya untuk tambah air dalam badan je.

"Dia memang baran. Dia cuma pandailah kawal." Tambah Edetia. Elia merangkak naik atas katil dan baring sebelah Han. Berasap kepala Elevia tengok Elia selamba pegang lengan Han dan makan jeli.

"Hehe, baring sinilah sedap. Eh, turun." Ditolaknya Han turun. Barulah Elevia reda sikit. Dia cemburu, tak kisah pun Han ditolak turun. Han sampai tergaru-garu kepala. Utamakanlah Elia. Dia ada penyakit juga.

"Sakit kau tak valid pun." Sindir Nazz. Han hanya mengeluh dan duduk atas kerusi. Mujurlah dia penyabar orangnya.

Edetia duduk atas katil. "By the way, ingat tak beli daging tadi?"

"Astaga! Edetia, teman akak balik simpan daging! Nanti busuk!"

"Eh, taknak!"

"IKUT!"

"TAKNAK!"

**************
Lepas semua dah balik, hanya Elevia yang tinggal untuk menemani Han.Sebab kereta Han dah rosak masuk hospital juga makanya semua balik naik kereta Elevia yang dipandu oleh Edetia. Lepas hantar Nazz, Elia merengek mahu ikut sekali. Bawa jelah Edetia balik rumah tinggal satu malam.

Terkejut beruk semua maid apabila Elia balik. Sebelum masalah muncul, baik mereka masuk bilik. Edetia dah pesan jangan buat hal, Elia angguk je.

Apabila tengah malam, Elia buka satu-persatu bilik sampailah dia buka bilik seorang maid muda. "...hai."

"Hai." Maid itu balas lembut dan manis. "Cik tak tidur?"

"Tak, saya bosan. Kalau balik rumah bos pun bosan. Dia selalu tidur awal." Katanya lalu selamba masuk kedalam dan duduk atas katil. Perempuan itu hanya tersenyum. Dia sedang kemas kain dia.

"Oo..."

"Umur you berapa?"

"19."

"Ouh, muda lagi. Nama?"

"Evelyn."

"Evelyn..."

Evelyn senyum. Dia duduk atas katilnya dan ikat rambutnya ketat. "Cik nak berbual ke? Saya pun belum nak tidur lagi."

"Ya, saya bosan. Tadi jenguk bilik Edet. Dia tengah main dengan Dane."

"Eh, cik! Tak elok intai!"

Elia tersengih. "Berbunyi tadi Dane jilat dia. Macam sedap je an?"

"Cik, saya bawah umur!"

"Eleh, 19 bawah umur apa? Kalau bawah umur awak tak duduk sini. Awak duduk rumah parents."

"Saya ada mak je."

Elia terdiam. Dia berpaling kearah Evelyn. "Saya hilang dua-dua, saya seronok je!" Lebar senyuman Evelyn. Evelyn tersenyum melihat reaksi dia. Comelnya.

The Spoiled Princess: Edetia & Dane (side story)Where stories live. Discover now