Irfana Nuha (1)
AKU tersenyum manis ke arah pelanggan yang memberikan wang kepadaku. Wajahnya kelihatan mesra dan anak perempuannya menarik-menarik baju ibunya.
“Mak, nak makan kek, nak makan kek!” Katanya dengan bibir yang dimuncungkan. Matanya bersinar dengan keterujaan.
Ibunya hanya menggeleng sebelum matanya tertancap ke arah wajahku kembali. Dia mengangguk dengan senyuman serba-salah dan meminta maaf akan perangai anaknya.
Mereka kemudiannya berjalan pergi meninggalkan kedai kek aku. Aku berjalan ke arah pintu sebelum memutarkan papan tanda kecil yang tergantung menjadi close.
Alhamdulillah rezekiku hari ini kerana ramai pelanggan yang datang ke kedaiku. Target hari ini mencapai seperti yang aku harapkan. Semoga esok akan ramai lagi pelanggan yang datang.
Kedai kekku ini hanya mempunyai ruangan yang kecil dan sedikit terhad. Kedai kekku ini berwarna hitam dengan kontras lampu yang berwarna kuning.
Di dinding hitam itu didekorasi dengan lukisan potongan-potongan kek yang berwarna putih, ala-ala kedai kopi.
Kenapa hitam? Aku sendiri tidak pasti. Arwah mak cikku dahulu yang mendekorasi kedai ini. Ini adalah harta peninggalannya.
Aku kini tinggal sebatang kara. Ibu bapaku telah meninggal semasa aku masih berumur 10 tahun dan makcik mula menjagaku setelah itu.
Aku mulai berasa gembira dengan kehadirannya. Namun, kegembiraanku diragut setelah aku berumur 17 tahun, tepat sebelum hari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijalankan.
Aku sekarang berumur 21 tahun. Aku memilih untuk tidak sambung belajar meski aku mendapat banyak tawaran kerana keputusan peperiksaanku yang cemerlang. Aku dahulunya merupakan pelajar aliran sains tulen.
Tanganku mencapai sebuah kain untuk mengelap meja-meja di dalam kedai kekku ini. Hasrat arwah mak cikku dahulu, dia ingin mengembangkan kedai ini sebagai kafe pula nanti namun Allah lebih menyayanginya.
Lamunanku terhenti apabila aku mendengar bunyi loceng penyambut tetamu. Pelanggan baharu? Sedangkan aku sudah membalikkan papan tanda kecil yang tergantung di pintu sebagai tutup.
“Kedai saya dah tu—”
Mataku membulat melihat kehadiran seorang lelaki tinggi lampai di hadapanku. Serta-merta senyuman terukir di bibirku dengan lebar.
“Izham?”
TUNANGKU berdiri dengan senyuman pencair hati para gadis di hadapanku. Tangannya dimasukkan ke dalam poket dengan santai. Matanya sedikit sepet kerana senyuman lebarnya.“Awak baru tutup kedai ke?” Tanyanya dengan nada yang lembut.
Kerusi berhampiran denganku ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan. Bebola matanya mulai tertancap kembali ke arah wajahku.
“Ya. Kenapa awak datang sini?”
Tawa kecilnya terletus. Aku sendiri tidak tahu apa yang kelakar namun aku tahu yang Izham merupakan lelaki yang mudah terhibur.
![](https://img.wattpad.com/cover/367833229-288-k118748.jpg)
YOU ARE READING
His Grief
Romance"Saya nak kahwin dengan cik." Tidak pernah terlintas dalam benak fikiran gadis yang bernama Irfana Nuha untuk berkahwin dengan lelaki yang 14 tahun lebih tua daripadanya. Disebabkan darjat dan aturan keluarga, Nuha terpaksa putus tunang dengan seora...