Bab 2

295 6 0
                                        

"Kalau sakit nak jalan, duduklah dulu dan rehat." Pujuk Isabelle sambil pegang tangan Delara erat. Bahunya digenggam erat risau Delara terjatuh.

"It's fine."

"Apa kata saya dukung?" Tawar Isabelle. Dia senyum lebar apabila mahu mendukung Delara. Terus merah muka Delara.

"No, it's okay! I can walk myself!"

"Cikgu Delara!" Juliette melambai dari jauh. Dia berlari kearah Delara dan dikejar oleh Meya dibelakang yang cuba menahannya agar tidak berlari.

"Juliette, jangan lari!"

"Jangan buat bising di hospital! Jangan lari!" Marah seorang jururawat. Emily yang kena minta maaf dan dengar bebelan untuk Juliette. Juliette teruja sangat dapat tengok Cikgu Delara selepas sekian lama.

"Cikgu sihat?" Tanya Juliette yang kaki Delara jelas sedang berbalut. Terbeliak mata Meya.

"What happened to your leg? Cedera ke?" Tanya Meya risau. Namun Juliette mencelah diantara soalan.

"Chef Isabelle pun ada!" Makin lebar senyuman Juliette. Kegemaran dia memang Isabelle sebab cita-cita dia adalah menjadi chef macam Isabelle dan pernah sertai kelas memasak daripada Isabelle.

"Haah." Isabelle senyum manis. Lengannya digenggam erat oleh Delara untuk terus berdiri.

"...apa korang buat kat sini? Siapa sakit?" Tanya Delara hairan.

"Kitaorang sihat je. Yang sakit tu Zalea dan Quin." Jawab Juliette. Berkerut dagi Delara. Terus dia dibantu untuk berjalan terus ke wad. Mujurlah tak berapa jauh. Delara mengorek dulu cerita mereka berdua. Katanya ditolak Sophea tapi sebenarnya itu hanya khabar angin. Cerita sebenarnya Sophea tertolak dioranb sebab marah sangat.

"Banyak betul benda jadi masa saya takde." Kata Delara. Dia duduk atas kerusi tatkala Isabelle berdiri dibelakangnya memegang beg tangan dia.

"Don't worry. We're fine." Quintessa membalas dengan senyuman manis. Dia taknaklah buat Delara risau memandangkan Delara amat menjaga pelajar-pelajarnya.

"Sophea masih kawan kitaorang. Lagi rapat pula tu dari sebelum ni." Sambung Zara.

Senyum Delara dibuatnya. "Well, ada hikmahnya. As your teacher, I'm proud of your friendship."

"Anyway, macammana cikgu boleh cedera?" Tanya Quintessa hairan. Tahu-tahu saja Delara ada dekat sini. "Kitaorang dengar cikgu tak datang sebab demam. Yeke demam? What happened?"

"Actually mula-mula memang saya demam. Tapi lepas sembuh, kaki pula cedera dekat dapur. Sambung lagi cuti sakit." Terang Delara. Bila teringat balik masa mula-mula kaki dia cedera memang menyeramkan. Mujurlah dah okey sekarang. Malu pun haritu menangis depan Isabelle.

"Kenapa Nola tak cakap apa-apa eh?" Soal Meya hairan.

"Mungkin dia rasa menyusahkan je nak bagitahu benda tu panjang-panjang." Jawab Emily yang mempunyai hubungan rapat dengan Nola. Dia fahak sangat perangai Nola.

Juliette duduk mencangkung depan Delara. Dia melihat ke kaki Delara lama-lama sebelum menunjukkan muka simpati kepada Delara. "Macammana cikgu boleh cedera...?"

"Pisau daging jatuh atas kaki. Luka agak dalam sebenarnya. Kena jahit." Jelas Delara. Juliette terus menunjukkan riak muka takut. Dia ni kalau bab facial expressions memang dia nombor satu. Dia jugalah yang suka berlakon kalau ada drama.

"Eei, ngerinya!"

"Jangan risau, saya okey. Doktor cakap saya boleh pergi sekolah dua hari lagi. Saya ni memang cuai sikit. Saya terlepas pisau masa tengah potong something masa tu."

"It's not your fault, mon cherié. Kalau tak buat awak terkejut, awak takkan terlepas pun pisau tu." Isabelle sentuh bahu Juliette dari belakang.

"No, no. I yang cuai. Bukan salah you!"

"No, I'm at fault this time. I minta maaf sangat-sangat."

Semua orang terdiam, ternganga. Mereka pandang mereka berdua silih berganti dan bandingkan dengan pakaian mereka. Mereka berdua tak pernah dilihat berbual tahu-tahu dah dekat dalam rumah sama-sama.

"...chef, kenapa chef ada dekat dapur Cikgu Delara?" Tanya Juliette hairan.

Pipi Delara meroma merah. Kepalanya ditundukkan kebawah manakala Isabelle tersengih. Alamak, kantoi.

"Ki- kitaorang..." Delara cuba untuk memberikan alasan namun melihat muka polos Juliette buat dia gelabah. "Tak! Bukan macamtu! Kitaorang cuma...saya cuma nak belajar memasak, Isabelle pula free jadi..."

"Ouh..." Muka polos Juliette mengeruhkan keadaan. Gelabah habis Delara dibuatnya.

"Bukan macamtu!"

Bahu Delara disentuh dari belakang. Dengan tenang, Isabelle bersuara. "Well, just like the way you guys thought. Yes, we're dating. Saya tertarik dengan kebaikan hati dia jadi saya nak cuba kenal dia lebih dalam."

"Isabelle!"

"...saya jatuh cinta dekat Delara." Dengan bangga, Isabelle berkata. Dipegang bahu Delara erat. "Well, bila dengan dia saya rasa saya perempuan palinh bertuah dekat dunia ni. Saya taknaklah sembunyikan. I wanna share this to everyone."

Ternganga kelima-lima gadis itu apabila Isabelle meluahkan perasaannya dengan selamba macamtu.

Friends With BenefitsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang