THE LITTLE DEVIL
Nashwa memegang erat tangan Nyshwa. Mereka masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk VVIP itu. Dia mengikuti jejak Seroja.
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi itu. Badannya tegak memandang ke hadapan.
Tak lama kemudian terdengar suara menyapanya.
"Nashwa!! " Tessa memeluk tubuh sahabatnya itu. Ingatkan tak boleh datang.
"Sakit lah, Ryne. " ujarnya. Tubuh Tessa ditolak menjauh darinya.
Tessa melirik ke belakang Nashwa. Ternampak sosok yang dia kenali di situ.
"Hai, precious. " Tessa melambaikan tangan ke arah Nyshwa yang sedang memandangnya.
Nyshwa membalas lambaian Tessa. Pinggang Tessa dipegang dan dibawa jauh dari meja mereka.
"Tessa, go. Nanti dorang pelik kenapa kau ada kat sini. " ujar Nashwa dingin. Matanya merenung tajam ke arah mata hazel milik Tessa.
Tessa hanya patuh apabila Nashwa sudah mode serius. Nashwa dengan tenang kembali duduk di tempatnya.
Acara dimulai.
Model beriringan masuk. Dari lelaki hinggalah wanita. Akhir sekali CEO kepada syarikat modeling itu keluar dengan aura yang sangat tegas.
Auranya bagai mampu membuat orang semua menunduk kagum ke arahnya.
Nashwa memandang ke arah CEO lelaki itu. Raynald. Nama itu muncul di kepalanya.
Raynald CEO syarikat ni? What a coincidence.
Nashwa hanya tenang menonton acara itu berlansung. Sampai lah penonton beransur pulang begitu juga dengan wartawan.
Nashwa, Nyshwa dan Seroja melangkah ke arah Tessa.
"Tessa, tadi tu CEO kau ke?" tanya Seroja. Serentak mereka berpaling.
Tessa menggaguk. Mengiyakan pertanyaan Seroja.
Sebelum sempat Tessa bertanya. Satu suara garau menyapa telinga mereka.
"Princess?" pantas Nashwa berpaling. Raynald.
"Hai, Mr. " sapa Nashwa datar.
Tessa menjeling ke arah Nashwa lalu ke arah Raynald. Lalu tersenyum sinis.
"You two know each other?" tanya Tessa.
"No-"
"Yes." tegas Raynald berkata.
Nashwa menjeling ke arah Raynald.
"Aku pergi dulu. Nak singgah istana kejap. " Nashwa meminta diri. Dia dengan cepat menarik tangan Seroja dan Nyshwa supaya mengikutinya..
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐎𝐑𝐁𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐑𝐄𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄 (In Editing)
Fantasy𝐒𝐄𝐀𝐒𝐎𝐍 𝟐 𝐎𝐅 𝐌𝐈 𝐂𝐎𝐑𝐀𝐙𝐎𝐍. "I'm the next heir of the throne. -𝐍𝐀𝐒𝐇𝐖𝐀 𝐄𝐍𝐎𝐑𝐀 Dingin bagai ais? Susah bercakap bagai ada emas di dalam mulut? Beku? Psycho? Semuanya ada di Nashwa. Nashwa Enora. Sangat possesive apabila melib...