THE LITTLE DEVIL
"Tuan Puteri Mahkota, " pegawai istana itu memanggilnya. Seraya menundukkan badan sedikit. Nashwa hanya diam. Mukanya dingin.Memang itu sifatnya apabila berdepan dengan orang yang tak dikenali. Dingin.
"Ini, ada kiriman surat dari kerajaan Altras. " sampul putih itu diberikan dengan penuh hormat kepada Nashwa. Pegawai itu meminta diri untuk pergi.
Nashwa melangkah masuk ke dalan istana. Kakinya melangkah cepat ke ruang tamu. Tidak sabar mahu membuka surat ini. Haraplah ianya seperti yang ia harap.
Sampul itu dibuka. Matanya membaca setiap baris kata yang tertulis di surat itu. Tetapi nahas isi sampul itu tidak seperti yang dia jangka.
Sampul itu dilempar ke atas meja.
"Dah kenapa kamu ni, little angel?" Seroja melabuhkan punggung di tepi Nashwa. Memang kalau mereka berdekatan dengan ayahanda. Bahasa mereka akan lembut. Lain kalau ayahanada tiada.
"Jemputan perkahwinan, Adreana. " ujarnya datar. Malas dia mahu tahu nama pengantin lelaki.
Seroja hanya mengambil sampul surat yang tergeletak di atas meja itu.
"Ni bukan lelaki tu ke?" tanya Seroja. Dia ingat nama ini. Sangat ingat.
Nashwa berpaling. Keningnya terangkat sebelah. Tanda tidak paham.
"hijo de damián(son of Damien) " ujar Seroja. Tubuh Nashwa mengeras.
Cepat-cepat kad itu dirampas. Dia membaca nama pengantin lelaki itu.
Tengku Daniel Zyran Rogue.
Nashwa bangun. Dia mengambil kunci kereta miliknya.
"Nak pergi mana?" laung Seroja. Dia melihat Nashwa yang berlari itu.
" Mansion Tessa. " dingin suara Nashwa. Seroja paham apabila Nashwa mahu pergi ke mansion Tessa. Itu hide-out mereka.
Seroja berlari mengikuti Nashwa.
Nashwa memecut laju keluar dari istana.
"Iryne!" laung Nashwa sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam mansion itu.
Sejurus dengan itu Tessa keluar dari biliknya. Dia menuruni tangga. Pelik. Kenapa Nashwa dengan Seroja tercungap-cungap.
"Kena-"
"Tengku Daniel Zyran Rogue. It's him?" Nashwa memotong percakapan Tessa.
Tessa memahami apa yang ditanyakan Nashwa. Dia mengganguk. Mengiyakan.
"Damn it!" carut Nashwa perlahan.
"Kenapa?" tanya Tessa. Dah lah ceroboh rumah orang.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐎𝐑𝐁𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐑𝐄𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄 (In Editing)
Fantasy𝐒𝐄𝐀𝐒𝐎𝐍 𝟐 𝐎𝐅 𝐌𝐈 𝐂𝐎𝐑𝐀𝐙𝐎𝐍. "I'm the next heir of the throne. -𝐍𝐀𝐒𝐇𝐖𝐀 𝐄𝐍𝐎𝐑𝐀 Dingin bagai ais? Susah bercakap bagai ada emas di dalam mulut? Beku? Psycho? Semuanya ada di Nashwa. Nashwa Enora. Sangat possesive apabila melib...