𝐶𝐻𝐴𝑃𝑇𝐸𝑅 5

35 4 1
                                    

𝑇𝐻𝐸 𝐿𝐼𝑇𝑇𝐿𝐸 𝐷𝐸𝑉𝐼𝐿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝑇𝐻𝐸 𝐿𝐼𝑇𝑇𝐿𝐸 𝐷𝐸𝑉𝐼𝐿

Deringan yang nyaring itu menyebabkan Noah tersentak dari lamunannya.

"Hello." Noah menyapa.

Mata Noah membulat apabila mendengar kabar yang disampaikan oleh pemanggil. Sontak dia mematikan panggilan sepihak.

Kot hitamnya diambil lalu laju keluar bilik. Kunci kereta pula diambil dan dipandu laju keluar dari mansion.

Pedal minyak ditekan laju.

Sesampainya ditempat yang si pemanggil itu katakan. Pantas dia berlari masuk ke dalam bangunan itu.

Kelihatan kelam kabut. Mungkin sebab puteri mahkota entahlah.

Mata Noah meliar ke sekeliling. Orang-orang yang membungkuk ke arahnya tidak diendahkan. Pikirannya hanya ada anaknya. Nashwa.

Emergency room.

Dia berdiri disitu. Lampu merah masih lagi terpasang. Tandanya pembedahan masih dijalankan. Noah meraup mukanya.

Tak patut dia biarkan Nashwa menunggang motosikal.

"Allah, " keluh Noah. Kepalanya disandarkan di dinding.

"Rune. Bagitahu yang lain. Nashwa... kemalangan. " panggilan itu dimatikan sepihak oleh Noah. Tanpa menunggu jawapan dari Rune.

Tak lama kemudian muncul Rune, Nyshwa, Seroja dan ahli keluarga kerajaan Glacier.

"Nashwa mana?" tanya Seroja serius. Dia meneliti ayahandanya itu atas bawah. Serabai. Ni baru kemalangan kalau mati...

Noah hanya menggeleng. Seroja memandang ke arah lampu merah itu sebelum seketika bertukar hijau.

Dengan itu doktor keluar dari bilik itu. Noah dengan segera pergi ke arah doktor itu. Wajahnya berkerut risau.

"Your Majesty, " sapa doktor itu kepada Noah.

"Tuan Puteri, baik-baik sahaja tetapi ada kemungkinan dia mengalami gegaran otak disebabkan dia tercampak jauh setelah dirempuh. " ujar doktor itu. Dia menunduk tak berani menatap ahli keluarga kerajaan dan Raja kepada negara ini.

Bagai tersekat nafas Noah apabila mendengarnya. Tanpa sepatah haram dia meluru masuk ke dalam bilik pembedahan.

Tubuh Nashwa yang terlantar di atas katil itu dipandang sayu.

𝐎𝐆 | 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐎𝐑𝐁𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐑𝐄𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄 (In Editing) Where stories live. Discover now