Luahan

16.2K 139 0
                                    

Aku berasa semacam apabila Aini meminta aku menemaninya ke pusat servis kereta. Aku faham warranty keretanya sudah habis. Aku juga faham akan batasan pengetahuan Aini dalam bidang automotive. Walau pun dia tergolong dari kalangan pelajar pintar sejak bersekolah hingga ke universiti dahulu, namun lumrah seorang perempuan yang buntu apabila melibatkan masalah teknikal kenderaannya sendiri.

Yang membuat aku berasa semacam adalah, Aini mengajak ku menemaninya sewaktu dirinya sendirian. Kedua ibu bapa mertua ku bersama ketiga-tiga orang anak Aini pergi menziarahi salah seorang ahli keluarga mereka yang sakit di daerah lain. Seakan Aini mengambil peluangnya yang sendirian itu untuk bersama dengan ku. Malah pemilihan masanya turut seiring dengan jadual pekerjaan isteri ku yang membuatkannya tidak dapat ikut serta kerana harus bekerja.

Aini memberitahu isteri ku bahawa hanya pada pagi hari Sabtu berkenaan sahaja pusat servis itu mempunyai slot kosong untuknya. Isteri ku pula atas dasar kepercayaan kepada kakaknya, tiada masalah dan mengharapkan aku dapat membantu sehingga masalah kereta kakaknya selesai. Namun jauh di sudut hati ku, there's a catch!

Aku takut perasaan ku yang selama ini terpendam meminati kakak ipar ku itu akhirnya menjadi realiti. Aku takut perasan ku yang selama ini diam-diam menyimpan perasaan bernafsu kepadanya menjadi di luar kawalan apabila aku berdua bersama dengannya. Aku berharap semoga aku dapat mengawal nafsu ku demi menghormati hubungan kekeluargaan di antara kami. Namun, adakah kakak ipar ku itu dapat mengawal gelora kegersangannya sendiri terhadap ku?

Nama saja dia kakak ipar ku, sedangkan aku ini lebih tua setahun darinya. Aku mengenangkan ini adalah perkahwinan ku yang kedua selepas kegagalan dalam perkahwinan ku yang dahulu, maka aku jaga sehabis mungkin perkahwinan ku ini agar tidak goyah seperti jodoh ku yang lalu. Walau pun aku tahu, sepanjang aku mengahwini Fasha, aku menyedari kakak ipar ku itu sebenarnya turut meminati aku. Cuma dia pandai menyembunyikannya di sebalik sikap keegoannya yang tinggi. Ianya membuatkan aku dapat menyelamatkan perasaan ku agar tidak hanyut mencintai dirinya dan sekadar memujanya dalam diam.

Bagi aku, cukuplah aku memuja kakak ipar ku dalam angan ku sahaja. Aku sedapkan hati dengan beranggapan, bahawa wanita berpangkat tinggi dan berpendapatan besar sepertinya tidak mungkin memandang aku yang tidak mustahil hanya kelihatan seakan loser pada matanya. Walau pun aku adalah seorang lelaki yang memiliki segala-galanya yang wanita inginkan, namun sentimen feminisme yang menebal dalam diri Aini membuatkan aku berfikiran positif bahawa tidak mungkin dia akan menzahirkan rasa minatnya kepada ku. Lebih-lebih lagi persepsi negatifnya terhadap lelaki lantaran sikap suaminya yang tidak serius menunaikan kewajiban sebagai seorang ketua keluarga.

"Aku baru nak call tanya kau dah sampai mana.. dah sampai depan rumah rupanya.." kata Aini sambil membuka pintu pagar rumah.

"Biar awal.. jangan lambat... takut kau miss appointment je nanti... ni mesti belum mandikan?" Tanya ku sambil masuk ke perkarangan rumah mertua ku itu.

"Eh sorry eh.. sebelum subuh lagi aku dah mandi... jom masuk sarapan..." ajak Aini.

Aku mengikut Aini masuk ke dalam rumah. Memang benar, hanya dia seorang sahaja. Yang lain sudah bergerak jauh ke daerah lain menziarahi keluarga. Aku turut menyedari pakaian Aini juga tidak seperti selalu yang ku lihat setiap kali aku dan Fasha pulang ke rumah itu.

Kebiasaannya Aini bertudung dan berbaju labuh, tetapi apa yang ku lihat di depan mata ku, Aini bebas membiarkan rambut tidak bertudung dan dia turut berbaju t-shirt yang agak sendat membalut tubuhnya. Melenggok punggung suburnya yang ku minati itu dalam balutan skirtnya di depan mata ku.

"Jom.. aku masak cekodok pisang je pagi ni" Aini mengajak ku bersarapan dengannya.

"Ye ke kau yang masak? Bukan mak ke?" Aku menyindirnya.

EgoWhere stories live. Discover now