01

22 0 0
                                    

Tok tok tok!

Tiga kali ketukan pada daun pintu menyentakkan Aya yang sedang menyisir rambutnya dengan sikat rambut. Dia hanya menyahut dari dalam sambil memandang biasan dirinya pada cermin.

Pintu bilik dibuka perlahan. Wajah adik lelakinya muncul disebalik pintu. Aya hanya memandang melalui cermin dan mengangkat keningnya ke atas.

"Kakak, ayah dah balik. Ayah kata dia dah lapar." Ujarnya. Kepalanya hanya terjenguk ke dalam bilik kakaknya.

"Oh ye ke? Kalau macam tu, Ash tolong kemaskan meja dulu. Nanti kakak hidangkan lauk." Ash mengangguk dan menutup kembali daun pintu. Aya mengambil penyepit rambut di atas meja soleknya lalu dikepit gumpalan rambut panjangnya.

Telefon pintar di atas katil diambil dan dibawa keluar bersama. Dia melihat Ashraf sedang mengemas meja makan dengan tekun. Adiknya itu seorang yang sangat kemas dan teliti. Kalau buat sesuatu perkara itu, mestilah kena sempurna dan teratur.

Aya tidak membuang masa. Dia mengambil bekas untuk menghidang lauk yang dimasaknya. Malam itu, dia masak lauk biasa-biasa saja, paprik ayam. Mudah, cepat dan sedap. Sayur pun sudah tersedia sekali.

Bekas lauk diletakkan di tengah. Aya melihat adiknya sedang membancuh air sirap di dalam bekas air berkaca. Alahai, rajinnya budak ni. Kenapalah perangai rajin itu tidak turun pada seorang Aya Ruhena?

"Hm sedapnya bau. Uish, siap ada air sirap lagi!" Suara garau seseorang menyentakkan kedua-dua beradik itu. Aya menarik kerusi untuk ayahnya duduk.

"Entahlah apa yang rajin sangat Ash malam ni. Aya pun terkejut." Balas Aya sebelum duduk di sebelah ayahnya. Pinggan diambil dan dicedokkan nasi untuk ayahnya.

"Hehe. Saja. Buat baik lebih sikit malam ni." Ashraf tersenyum bangga. Air sirap dituang ke dalam gelas dan diberikan kepada kakak dan ayahnya.

"Iya ke? Atau... nak membodek?" Usik Aya. Selalunya begitulah. Bila ada benda nak dibodekkannya, mulalah buat benda baik. Bukan nak memfitnah, tapi itulah yang dilakukan Ashraf sepanjang dia hidup di muka bumi ini.

"Eh takda eh! Ash memang terlebih rajin malam ni. Tak baik akak fitnah macam tu." Cebik Ashraf. Ingat dia ni jahat sangat ke? Nakal adalah sikit. Dia sebenarnya teringin nak minum air sirap, itu yang dibuat satu jag itu.

"Okay okay, bila boleh makan ni?" Encik Rashid memberhentikan pergaduhan kedua-dua anaknya itu. Perutnya sudah lapar yang amat. Nanti ada yang buat konsert Metallica.

"Oh boleh makan dah sekarang. Jemput jemput." Bekas lauk diangkat dan dihalakan pada Encik Rashid. Mata Aya menjeling tajam ke arah Ashraf. Manakala, adiknya membalas dengan memutarkan mata ke atas.

^^^

Aya mengambil tempat duduk di samping adiknya. Lengan baju diturunkan ke bawah. Dia baru saja lepas membasuh pinggan. Memanglah itulah rutinnya.

Aya akan mengemas di bahagian dapur manakala Ashraf akan mengemas meja makan. Selepas makan, ayahnya terus saja meminta diri untuk ke bilik. Rimas katanya dengan baju kerja dari pagi tadi.

Aya menghalakan pandangan ke kaca televisyen. Alahai, bosannya. Adik lelakinya itu sedang menonton perlawanan bola sepak. Biasalah budak lelaki, kan?

"Ash, macam boring je. Tukar siaran lainlah." Pujuk Aya. Tangan adiknya dipeluk dan dilentokkan kepalanya di atas bahu Ashraf. Dia cuba bermanja-manja untuk memujuk Ashraf.

"Alah, kakak pergilah masuk bilik. Esok nak sekolahkan, pergilah sediakan barang sekolah akak." Baru saja dia menukar siaran itu terus diminta untuk tukar siaran lain. Memang tidaklah!

Between UsWhere stories live. Discover now