"Aya!"
Jeritan seseorang membuatkan langkah Aya terhenti. Dia memusingkan badan untuk melihat siapa yang memanggilnya.
"Maleek!"
Pap! Tepukan kuat diberikan di bahu Aya. Berkerut dahi Aya menahan kesakitan. Dia menggosok bahunya yang terasa kebas.
"Kau kenapa?" Soal Aya geram.
"Kau tu yang kenapa? Dah lah panggil aku Maleek kuat-kuat. Nama aku Maleeka eh. Maleek tu nama lelaki. Aku ulang semula, Ma.Lee.Ka. Faham?" Tangan Aya dirangkulnya. Mereka berjalan bersama menuju ke kantin sekolah.
"Yalah Mal. Kang aku sambung usik kau, takda siapa nak rehat dengan aku, kan? Bagus aku buat baik ajelah dengan kau." Balas Aya pasrah. Kalau tiada Maleeka, dengan siapa lagi dia mahu berkawan? Itu satu-satunyalah kawan rapat yang dia ada, yang boleh dibawa teman. Orang lain sudah ada kawan sendiri.
Biasanya, masa rehat baru mereka berjumpa. Itu pun sekejap kerana Aya perlu bertugas. Masa pulang pula, Maleeka pula yang tergesa-gesa kerana risau tertinggal van. Kalau ada masa waktu cuti, barulah dia dapat jumpa Maleeka. Kalau tidak, mereka hanya dapat meluangkan masa di WhatsApp atau Instagram saja.
Tiba di kantin, Aya dan Maleeka terus berjalan ke tempat yang menjual makanan-makanan berat seperti nasi lemak, mi goreng dan mihun goreng. Aya hanya meneman Maleeka kerana dia sudah pun membawa bekal makanan dari rumah. Terlebih masak nasi goreng pagi tadi, itu yang dia bungkuskan untuk dia dan Ashraf.
Nasib mereka awal, suasana di kantin masih lenggang. Tak adalah mereka perlu bertolak dan berhimpit dengan pelajar lain. Kalau ramai tadi, mesti Maleeka tidak beli makanan langsung. Iyalah, member terlebih pemalu ini susah sikit.
Selesai membayar makanan Maleeka, mereka pergi pula ke bahagian lain. Aya mahu membeli nugget dan sosej untuk dimakan dengan nasi gorengnya. Kononnya, buat lauklah. Begitu juga dengan Maleeka. Untung dapat kawan yang kuat makan. Tidaklah malu.
"Ya, kau tahu? Kelas aku ada murid baru." Maleeka memulakan perbualan. Mereka mengambil tempat duduk berdekatan dengan pintu keluar dan masuk kantin itu.
"Seriuslah? Lelaki ke pere---" Pelajar baru? Kelas Maleeka? Maleeka merupakan pelajar kelas 5 Sains. Jadi, maksudnya, dia pelajar barulah? "Korean boy? Right?" Soal Aya, meminta kepastian. Matanya memandang tepat ke mata Maleeka. Mengharapkan tekaannya betul.
"Err... ya...?" Maleeka memandang Aya pelik. Kenapa terdesak sangat si Aya ini?
Buk!
Terangkat bahu Maleeka. Aya tiba-tiba saja menumbuk meja. Wajah wanita itu nampak seperti teruja. Bibirnya tertarik menjadi satu senyuman yang lebar.
"Kau... kenapa ni?" Soal Maleeka takut-takut. Bahu Aya disentuh perlahan-lahan. Matanya melilau pandang ke sekeliling mereka. Rata-rata pelajar di situ, memandang ke arah mereka. Termasuk pekerja-pekerja di kantin. Maleeka tersenyum kekok sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda maaf.
"Mal, kau kena tolong aku." Aya memandang Maleeka dengan pandangan penuh berharap. Kedua-dua tangan Maleeka dipegang. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Maleeka.
"T-to-tolong a-apa?" Tergagap-gagap Maleeka menyoal. Tidak pernah dia melihat Aya begitu berharap. Padahal, mereka sedang cakap tentang pelajar baru di kelasnya saja. Apa kaitannya?
"Tolong aku ngorat budak tu."
"WHAT?!"
^^^
"Bye, Mal." Aya melambai ke arah Maleeka. Dia hanya dapat memerhatikan kawannya berlalu ke kelas. Minggu ini, dia ditugaskan untuk menjaga kawasan surau bersama empat lagi kawan pengawasnya.
YOU ARE READING
Between Us
RomanceMenginjak usia yang ke 17 tahun, membuatkan Aya Ruhena tekad untuk memberikan sepenuhnya tumpuan pada pelajarannya. Masa inilah dia perlu berhempas-pulas untuk mencapai cita-citanya, iaitu menyambung pelajaran di Korea Selatan! Iya, ke negara di ma...