Bab 2

8 1 0
                                    

"Inilah dia! Inilah dia sebabnya kenapa mummy tak suka Eid kahwin dengan si Elsa tu. Tapi apa boleh mummy buat, dah Eid yang tergila-gilakan sangat Elsa tu dulu sampaikan apa yang mummy dan arwah daddy cakap pun, satu pun Eid tak nak dengar. Cintalah sangat! Sekarang bila dah jadi macam ni, siapa yang malu?" hendik Puan Sri Juna kepada anak sulungnya, Datuk Eidress Khalel berkenaan dengan satu artikal yang terpampam di media sosial mengenai menantunya, Datin Elsa Khalida.

"Mummy, boleh tak jangan mengungkit lagi hal yang lepas?" Eidress mencelah, tidak selesa setiap kali syurganya mengungkit kisah 10 tahun yang lepas.

"Oh, tak suka mummy mengungkit? Kalau tak nak mummy bising, jawab soalan-soalan netizen yang kepochi tu baik-baik. Jawab dengan kepala otak bukannya dengan kepala lutut," hambur Puan Sri Juna lagi. Panas sungguh hatinya setiap kali teringat video pendek yang dihantarkan oleh temannya berkenaan sesi soal jawab menantunya dengan wartawan semalam.

Eidress menunduk, baik dia terus mengunci mulut dari membela diri. Lagipun dia tahu dalam situasi ini Elsa yang bersalah bukannya mummy. Mummy dan isterinya tidak sebulu. Tidak seteru. Bukan untuk hari ini saja tapi sejak dari awal perkahwinan mereka lagi. Elsa bukan menantu pilihan hati mummy dan arwah daddy. Dia sendiri tidak faham kenapa orang tuanya sangat tidak sukakan Elsa.

Sedangkan Elsa itu isteri yang baik, cantik dan pandai membawa diri. Kalau tidak baik, masakan dia boleh terpikat? Elsa bertuah memiliki rupa paras yang cantik yang tidak dimamah usia. Elsa juga pandai, buktinya isterinya mampu membina jenama produk kecantikkannya sendiri. Cuma semalam saja isterinya tersasul berbicara di hadapan wartawan yang sedang menemu ramahnya.

"Kamu kena tahu Eid, anak ni pengikat kasih sayang antara kamu dengan Elsa. Bukan setahun dua kamu dengan Elsa kahwin, tapi dah masuk tahun ke-10. Kalau betul si Elsa tak boleh mengandung secara normal, do something! Sekarang dah bermacam cara yang kita boleh buat, at least kamu kena berusaha bukannya hanya menanti without action! Last-last kamu juga yang kena pijak kepala dengan si Elsa tu. Sesuka hati dia je cakap macam tu, mentang-mentang dah senang lenang sekarang ni!" leter Puan Sri Juna lagi.

Eidress tidak berani mengangkat muka. Malu juga dengan tindakan Elsa. Tiba-tiba dia teringat apa yang dijawab oleh Elsa ketika ditanya oleh wartawan mengenai 'zuriat'.

'Zuriat? Setakat ini kami masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat. Tapi itu bukan satu isu besar, bagi kami suami isteri apa yang penting adalah kami saling menerima seadanya. Saya tiada masalah dengan keadaan Datuk dan saya terima baik buruk Datuk seadanya.' Itu jawapan Elsa tempoh hari. Jawapan yang menunjukkan 'dia' yang bermasalah.

"Eid, mummy tak suka bila orang kata anak sulung mummy ni mandul dan Elsa tak patut tunding jari pada Eid macam tu. Isu anak ni isu sensitif dan Elsa perlu bijak menjawab bukannya terus tunding jari pada Eid. Mummy yakin Eid tak ada masalah apa-apa." Suara Puan Sri Juna kali ini sedikit mengendur. Dia pandang anak sulungnya, merasa belas dengan apa yang berlaku pada perkahwinan anaknya yang diharapkan baik-baik saja. Dia dekati Eidress dan raih tangan anaknya.

"Eid, apa kata kalau Eid setuju dengan cadangan kawan mummy nak kenalkan Eid dengan anak perempuan dia? Kalau betul Elsa tu tak nak mengandung atau tak mampu nak bagi kamu zuriat, kamu lebih dari mampu untuk berkahwin dua, Eid. Lagipun harta yang kamu cari tu, siapa lagi nak mewarisi kalau bukan pewaris sah kamu?"

Eidress tersentak dengan cadangan syurganya. Lambat-lambat dia teguk liur.

"Mummy... sebenarnya Eid..." Akhirnya dia memilih untuk berterus-terang tapi Puan Sri Juna deras memintas.

"Eid fikir dulu baik-baik cadangan kawan mummy tu. Kalau Eid setuju, mummy akan aturkan semuanya untuk Eid. Eid jangan risau, mummy sentiasa ada untuk Eid. Inilah masanya untuk Eid buktikan yang Eid bukan seperti yang Elsa katakan. Buktikan pada Elsa yang tanggapan dia pada Eid tu salah."

KARMA SETIA (E-BOOK)Where stories live. Discover now