2023.
Elsa khalida mengerling suaminya yang leka membelek telefon di ruang tamu. Dia perasan sejak kebelakangan ini suaminya jarang berenggang dari gajetnya itu.
"Kenapa El?" tegur Eidress tanpa menoleh. Dia sedar Elsa kerap kali mengintainya seperti ada yang tidak kena.
Elsa tersengih, malu kerana tertangkap. Dia kembali memandang majalah Wanita yang sedia terbuka di depannya. Tanpa memandang suaminya, dia menutur.
"Tak ada apa. I cuma pelik, I tengok you sekarang ni suka sangat berkepit dengan telefon you tu. Ada apa-apa rahsia ke dari I?"
Dengar sahaja soalan itu, Eidress talakan ekor matanya kepada Elsa. Lain macam saja soalan Elsa kali ini.
"Rahsia? Rahsia apa pula yang I nak rahsiakan dari you, El?"
"Emm... manalah I tahu you. Biasanya kalau lelaki kerap sangat berkepit dengan telefon ni, orang kata dia ada pasang satu lagi. Betul ke?" Elsa berkias dengan mata masih melekat di dada majalah kegemarannya.
Terjongket kening Eidress. Dia betulkan duduk, tumpukan perhatiannya kepada si isteri.
"Lelaki mana yang you maksudkan tu El? I ke?" tebak Eidress pula, tidak deras melatah.
Elsa menutup majalahnya. Dia pandang tajam suaminya.
"You ada pasang satu lagi ke belakang I, Eid?"
"Should I?"
"Yes, you tak patut pun nak duakan I macam orang lain. I dah bagi semua yang you nak. Kemewahan family I, kesetiaan I... semua dah I bagi kecuali anak. Tapi macam yang I bagitahu you, I bukan tak boleh bagi you anak tapi bukan rezeki kita untuk miliki zuriat kita sendiri. Jadi jangan gunakan alasan I tak nak anak atau I tak boleh bagi you zuriat tu sebagai satu alasan kenapa you kena madukan I. You faham kan, Eid?"
"El, I tak kan duakan you kalau I tak ada alasan kukuh untuk nak duakan you. You pun tahu kan?" Eidress mengendurkan tubuhnya. Dia kembali membelek gajetnya.
"I percayakan you Eid, jadi tolong jangan hancurkan kepercayaan yang I dah bagi pada you. I takut sekali kepercayaan I hancur, I dah tak mampu nak bagi you kepercayaan yang sama lagi."
Eidress pandang isterinya lama. Perlahan bibirnya melekung nipis.
"I faham. Dan I juga nak you sentiasa faham dengan kehendak dan keadaan I sebagai lelaki, El."
"Maksud you, kehendak you nak anak? Zuriat you sendiri macam tu?" Elsa mula panas, terasa seperti Eidress sengaja menaikkan darahnya.
"Well, ikut atas pemahaman you sendirilah, El. Kalau I cakap lebih-lebih pun, I tak kan menang... so, up to you. I malas nak bertekak." Eidress bangkit menuju ke atas meninggalkan Elsa.
Elsa mendengus, dia kembali membelek majalah di hadapannya dengan kasar. Hatinya masih terasa haba panas berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Eidress tadi. Tak lama matanya menangkap kelibat Eidress menuruni anak tangga. Suaminya kelihatan segak bersiap.
"Hah, ni nak ke mana pula?" Elsa menegur kasar.
"I nak keluar, maybe tak balik. I tidur dekat sana. Dari duduk rumah ni, bergaduh dengan you baik I tidur sana." Eidress tetap menjawab sambil melangkah laju menuju ke pintu utama.
"You ni tak boleh ke duduk dekat rumah je? Suka sangat duduk rumah sana. Kenapa, dah ada orang lain ke menanti di rumah tu? I nampak you kerap sangat pergi sana sekarang ni. Nak I buat spotcheck ke?"
Eidress tidak jadi menolak dedaun pintu, dia menoleh kepada Elsa.
"El, you makin hari makin pelik. You sedar tak yang hubungan kita ni tak macam orang lain? You dengan I, kita husband and wife atau sekadar housemate, em? I tidur rumah sana, I jujur dengan you. You nak percaya atau tak itu hak you. Macam mana I hormat setiap permintaan you, macam tu juga dengan I. Sesekali hormatilah perasaan I sebagai suami you, El. I pergi dulu, assalamualaikum."
"Eid, tunggulah. I belum habis lagi!" Elsa menahan pintu dari terkatup. Suaminya yang makin mendekati kereta dikejar.
"Eid, tunggu! You tak dengar ke I panggil you, hah?" Lengan suaminya dilelar.
"You nak apa lagi ni, El?" keluh Eidress sambil menarik kembali lengan dari pautan Elsa. Tanpa mempedulikan Elsa yang menatapnya garang, dia menghidupkan keretanya.
"I stay dekat rumah, you bising. I nak pergi sana pun you bising? El, you sedar tak, sejak I terlantar sakit dua tahun lepas you semakin kurang layan i? you makin dingin dengan I, you macam tak suka bila dekat dengan I, masa you banyak berhabis dengan produk kecantikan you tu, and kalau you perasan you lebih suka layan followers you dari I. You sedar tak?"
"I siapa pada you, El? I diam bukan bermakna I okey, tapi I bagi you masa untuk suaikan dengan dunia baru you. You nak popular macam influencer lain? Go ahead, I tak kisah tapi tolong sesekali you kisahkan I sebab I bukan mannequin. I manusia dan I suami you." Pintu kereta ditutup dan dia mula memandu keluar dari banglo yang dirasakan semakin hari semakin kurang serinya.
Kehidupan rumah tangganya penuh dengan kepura-puraan. Dia dengan Elsa begitu cemerlang dalam menjayakan watak 'keluarga yang sempurna' di hadapan khalayak ramai agar kelihatan sama seperti yang digambarkan oleh Elsa di setiap 'caption' di Instagram dan video TikToknya.
Eidress Khalel menghela nafas dalam-dalam. Elsa makin jauh daripadanya. Makin ketara semenjak kejadian dua tahun lepas di mana dia mengalami kecederaan di bahagian kakinya kerana terlibat dalam kemalangan di tempat kerja. Sebulan dia terlantar di hospital hanya beberapa kali sahaja Elsa memunculkan diri dengan alasan isterinya itu terlalu sibuk menguruskan perniagaannya. Dia dibiarkan kesepian sendirian sehinggalah datang seseorang yang mengisi kesepian yang ditinggalkan oleh Elsa itu.
YOU ARE READING
KARMA SETIA (E-BOOK)
RomanceBLURB : Elsa Khalida, Memiliki suami yang kaya-raya dan disegani ramai, bagi Elsa itulah definisi kesempuranaan yang sebenar untuk para isteri. Dan dia bertuah kerana memiliki kesempuranaan yang didambakan itu. Tambah lagi, suaminya setia disisi dan...