Bab 4

7 0 0
                                    

Elsa Khalida gelisah di katil. Sekejap dia mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan. Tak cukup dengan itu, dia bangkit dari perbaringan. Dada yang terasa sempit, dia usap perlahan sambil tarik nafas sedalam mungkin lalu melepaskannya perlahan-lahan. Beberapa kali dia mengulangi sehingga terasa sedikit lapang.

Dia termangu sekejap sebelum melirikkan mata pada jam di meja sisi katil. Hampir pukul dua pagi!

"Argh! Kenapa tak boleh tidur ni!" dengusnya seraya menyelak gebar yang menyelimuti batang tubuhnya. Dia menjatuhkan kaki dan menapak ke bilik sebelah. Bilik kerja suaminya dituju.

"You, may I coming?" Dia membisik di sebalik pintu bilik, bimbang kalau-kalau mengejutkan sang suami yang sedang tekun membuat kerja. Dia kenal siapa suaminya dan bagaimana orangnya bila melibatkan kerja. Suaminya, gilakan kerja!

Sekejapan pintu bilik dibuka dari dalam. Terserlah wajah kacak Eidress Khalel di muka pintu dengan kaca mata yang biasa dipakai ketika menyiapkan kerja.

"Tak tidur lagi?" soalnya, hairan.

Elsa mencebik bibir sambil menggeleng. Dia menolak daun pintu bilik lalu menapak masuk ke bilik kerja suaminya.

"I tak boleh tidur." Elsa mengadu, duduk dilabuhkan ke sofa yang disediakan di bilik itu diikuti dengan suaminya di sebelah.

"Kenapa pula ni? You fikir apa ni sampaikan jam macam ni you tak tidur lagi? Biasanya pukul satu you dah terbang ke 'planet' mana dah."

Elsa melentokkan kepalanya di bahu Eidress. Lengan suaminya dipeluk tak nak lepas. Dia sedang menenangkan resah hatinya sendiri. Tak mungkin suaminya yang setia ini berperangai tak semenggah begitu. Mungkin itu cuma khabar angin yang disampaikan oleh orang yang tidak senang dengan kebahagiaan yang dikecapinya.

"I... I teringat apa yang netizen komen pasal you masa live tadi."

Kening Eidress mengerut. Komen apa? Dia terlepas sesuatu ke? Kebetulan malam tadi dia ada dinner dengan Datuk Cho dari Mentari Holdings, tak sempat dia menjenguk sesi 'live' isterinya di TikTok. Semenjak Elsa bergerak aktif dengan streaming live TikTok, selalu saja isterinya dilemparkan komen-komen negatif di laman sosial itu. Itulah sebabnya dia tidak berapa berkenan dengan kegiatan terbaru isterinya itu.

"Komen apa pula kali ni?" tanyanya, lengan isteri dielus lembut.

"Ada yang 'drop' komen kata ada ternampak you dengan perempuan lain di depan Hotel Paradise beberapa minggu lepas."

Eidress melopong. Dia pula yang terkena?

"Hah? Nampak I di Hotel Paradise? Habis tu you percayalah?"

"I tak kata I percaya. Cuma benda tu yang mengganggu tidur I. Macam mengulang-ulang je dalam fikiran I ni."

Eidress melepas keluh. Inilah padahnya bila terlalu mendedahkan kehidupan kepada umum. Dia tidak suka tapi apa boleh buat? Elsa yang terlalu ghairah mendedahkan kehidupan mereka kepada umum. Semua benda Elsa mahu kongsikan di laman sosial. Bila ditegah, kata Elsa nanti susah nak mengambil hati pengikutnya.

"Jadi you nak cakap yang you dah mula ragu-ragu dengan I? You rasa I curang dan ada perempuan lain di belakang you macam tu?"

"Bukan macam tulah Eid. I tahu you setia dengan I dan I juga setia dengan you, cuma I ni yang insecure sejak banyaknya kes suami orang kena 'sondol'. Tipulah kalau I tak risau." Berkedut seribu kening Elsa meluahkan perasaan risau dengan isu yang sedang viral ketika ini.

KARMA SETIA (E-BOOK)Where stories live. Discover now