Bab 9

8 0 0
                                    

Dua minggu kemudian.

Elsa bergerak keluar dari pejabat urusannya selepas selesai menghadiri mesyuarat bersama kakitangannya berkenaan majlis pelancaran produk terbaharunya yang akan diadakan tidak lama lagi. Segala persiapan mula giat dijalankan untuk memastikan setiap urusan berjalan dengan lancar. Fiona mengekorinya sambil membimbit beg kerjanya.

Masuk sahaja ke dalam perut Toyata Vellfire, PI yang diupah untuk menyiasat kes tempoh hari sudah sedia ada menanti di bahagian tempat duduk hadapan seperti yang direncanakan.

"So, macam mana dengan kerja tu?" Elsa langsung menyoal tanpa banyak tanya. Dia sudah tidak sabar mahu tahu siapa dalang disebalik ugutan yang diterima.

"Aku dah siasat apa yang kau nak tahu. Tapi tak semua. Kalau kau nak semua, bagi aku masa lebih sama dengan bayarannya." Kamal bergumam.

"Soal bayaran kau jangan risau. Yang penting, kerja kau settle. Sekarang ni bagitahu aku apa yang kau dapat. ak semua? Siapa yang hantar kotak tu?" desak Elsa, sabarnya kian menipis.

"Sabar dulu datin, kau dengar dulu apa aku nak cakap ni."

Semangat Elsa mengendur. Dia dan Fiona berpandangan.

"Ha cakaplah, kami dengar."

"Apa yang aku dapat tahu dari informer aku, Ally Nuwair tu dah lama meninggal. Sejak lapan tahun lepas. Anak dia pun sama. Mati accident."

Elsa teguk liur, sama macam yang dia dengar melalui khabar angin.

"Habis tu kalau dia dah meninggal, siapa yang hantar gambar-gambar dan mesej tu?" Fiona mencelah.

"Sabar dulu... dengar dulu cerita aku. Kau tahu apa yang aku jumpa lepas aku siasat sendiri?"

"Apa?"

"Ally masih hidup. Anak dia pun masih hidup."

"Hah?" Elsa dan Fiona terkejut serentak. Kamal berpaling.

"Iya itu yang aku dapat. Cuma dekat mana dia orang tinggal sekarang ni, aku tak dapat maklumat. Maklumat dia orang banyak dipadam dalam sistem dan berkemungkinan juga nama dia orang pun dah ditukarkan kepada nama lain."

"Sampai macam tu sekali? Atas sebab apa?" sahut Fiona.

"Untuk keselamatan. Kata sumber yang aku dapat, kemalangan dulu tu bukan sebab accident biasa tapi accident yang dirancang. Ada orang nak bunuh Ally dengan anak dia." Sambung Kamal selanjutnya.

"Ada orang nak bu... bunuh? Kenapa..."

"Ada macam-macam versi yang aku dengar tapi aku percaya satu je, semua ni sebab harta. Ally pewaris sah harta arwah ayah dan ibu dia so orang gunakan kesempatan itu untuk hapuskan Ally dan bolot kekayaan tu sebelum jatuh pada orang lain. Katanya orang tu orang terdekat dengan Ally. Mungkin sedara mara dia."

"Sebelum kamu tanya aku pasal isteri Ally, aku boleh cakap isteri Ally hilang tanpa jejak sejak peristiwa tu. Ada orang kata isteri dia dah lari ke luar negara. Ada yang kata isteri dia gila sebab tak dapat terima kenyataan Ally dan anak dia mati."

"Ally tak ada saudara lain ke?"

"Tak ada."

"Jadi siapa yang hantar kotak dengan mesej-mesej tu?"

Kamal terdiam. Dia menyeluk poket baju dan mengeluarkan telefonnya. Tak lama telefon Elsa berbunyi satu notifikasi. Elsa memeriksa telefonnya.

"Itu alamat yang aku dapat. Mesej tu dihantar dari sana. Sama juga dengan kotak tu. Setakat ini, itu saja yang aku dapat. Aku pergi dulu."

KARMA SETIA (E-BOOK)Where stories live. Discover now