prolog

5.7K 108 3
                                    

''MOMMY, kenapa mommy kena balik? Kalau mommy balik siapa yang nak jaga Nara dekat sini?'' anak kecil yang berusia tiga tahun ini merengek sambil memeluk erat leher Daiyan. Sekarang ini mereka berada di airport untuk menghantar kepulangannya ke tanah air.

''Mommy kena balik sayang. Study mommy dah habis, daddy mommy minta mommy balik. Nara tinggal dengan daddy dekat sini ya?'' Daiyan menarik Naira dekat ke dada dan memeluk erat anak kecil itu. Pipi anak kecil itu juga dikucupnya. Bukan tak sedih untuk meninggalkan Naira tapi dia memang harus pulang ke Malaysia.

''Where you wanna go mommy? Daddy said you will back home. Isn't this is your home mommy? Please don't leave us.'' Naira melepaskan pelukannya. Kata-kata Naira memang mampu merobek hati Daiyan. Perlahan-perlahan air matanya gugur juga satu persatu. 'kalau boleh mommy nak bawa Nara balik dengan mommy, tapi mommy tak boleh sayang.'

''Nara, I'm not leaving you. Mommy still your mother. Daddy will take care of you. Promise me that you will be a good daughter. Can you?''

''I want you mommy! Please don't leave me. I need you.''

Naira mula menangis dan menghentak-hentakkan kakinya sehingga dia terduduk di atas lantai sambil mulutnya menyebut 'I want you mommy. Don't leave me' berulang-ulang kali. Hati siapa yang tak tersentuh? Daddy Naira pula hanya mampu memandang kami dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Ayash Naira, you make things hard on me. How I wish I can always be with you.

''Sayang. Here sayang, here. Please. Stop crying. Don't you love mommy?''

Tubuh kecil Naira ditarik semula ke dalam pelukan untuk menghentikan rontaannya. Selama ini Naira tak pernah berperangai seperti ini, kalau kena tinggal pun dia faham. Paling teruk pun dia akan cakap 'mommy just go to class' 'mommy will come back home' tapi tadi dari dalam kereta lagi Naira kelihatan gelisah apabila Daiyan keluar dari rumah dengan membawa bagasi yang besar.

''I love you mommy but you wanna leave me.'' Rontaannya semakin lemah, yang kedengaran hanya sedu sedan kecil yang keluar dari bibir Naira. Daiyan merenggangkan pelukan mereka. Tengok muka Naira yang comot dengan air mata. Dah lah muka putih lepas tu bila nangis macam ni habis merah muka. Daiyan meraup wajah kecil itu untuk mengelap sisa-sisa air mata yang ada di pipi Naira. Anak mommy menangis pun comel.

''Nanti daddy akan bawa Nara balik Malaysia jumpa mommy but you need to be a good daughter first. Jangan susahkan daddy, jangan nakal-nakal. Bolehkan?''

''Nara janji. Nara takkan nakal-nakal. Nara nak jumpa mommy, Nara loves you mommy.''

''I love you too sayang. Come.'' Daiyan memimpin tangan Naira dan berjalan ke arah daddy Naira yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi. Pengumuman mengenai penerbagangan ke Kuala Lumpur juga sudah kedengaran.

''So, awak memang kena pergi?''

''I don't want but I have to. Saya mintak maaf sebab tinggalkan awak dengan Naira. Saya mintak maaf sebab saya dah mungkir janji tapi awak kena tahu satu perkara. Apa pun yang jadi, saya tetap mommy Naira. Saya harap awak dapat buat keputusan yang terbaik untuk kita.''

Daiyan memandang wajah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. Lelaki yang terlalu baik selama dia mengenali lelaki itu, Syed Amzar. Dari hari pertama Daiyan menjejakkan kaki di UK sehingga hari ini, apa sahaja kesusahan yang dilaluinya, Amzar sentiasa ada dengannya dan menghulurkan bantuan.

''Saya harap awak tak akan lupakan kami.'' Lirih suara Amzar.

Ini kali kedua Daiyan nampak kesedihan dalam mata itu. Kalau boleh Daiyan tak nak kecewakan Amzar tapi Daiyan juga ada keluarga dan memang tak akan selama-lamanya dia duduk di sini bersama Amzar walaupun Daiyan sudah berjanji kepada Amzar untuk membesarkan Naira bersama-sama dengannya.

''Tak! Saya tak akan lupakan awak, saya tak akan lupakan Naira. Please jaga Naira untuk saya, apa sahaja yang terjadi dekat sini. Cepat-cepat bagitahu saya. Awak boleh buat semua ini untuk saya kan?''

Amzar hanya mampu mengangguk perlahan dan memandang Daiyan dengan pandangan helangnya. Daiyan pula memandang Amzar dan Naira silih berganti.

'Terima kasih untuk lima tahun yang sangat berharga ini Amzar, lebih-lebih lagi bila Naira ada.'

Tetapi monolog ini hanya tersimpan dalam hatinya. Tak terkeluar di bibir untuk berkata sebegitu kepada Amzar.

''Jaga diri awak baik-baik dekat sana.'' Itu sahaja yang mampu Amzar katakan kepada Daiyan. Biasanya dia bagi tazkirah panjang lebar kalau Daiyan nak keluar tapi tidak untuk kali ini.

Panggilan kedua penerbagan ke Kuala Lumpur juga sudah kedengaran. Daiyan memang kena pergi.

''Saya pergi dulu. Thanks for everything.''

Daiyan memeluk Amzar kejap. Walaupun Amzar bukan sesiapa baginya tetapi Amzar daddy Naira dan sayang Daiyan pada Amzar sama seperti sayang Daiyan pada Naira.

''Nara, mommy pergi dulu sayang. Ingat pesan mommy. Nara kena dengar cakap daddy okay. Be a good girl.'' Giliran Naira pula yang dipeluk oleh Daiyan. Naira hanya menangis dan menangis. Daiyan pun begitu, kerana hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Pipi Naira dikucup bertalu-talu, dia akan sangat rindu pada Naira. Itu pasti. Nasib baik Naira tak mengamuk hentak-hentak kaki lagi, kalau tak lagilah susah Daiyan nak tinggalkan Naira.

''Farewell.''

Daiyan mula melangkah ke balai perlepasan. Tak nak toleh belakang lagi, air mata yang gugur dibiarkan sahaja. Kalau lap pun bukan air mata itu berhenti mengalir.

''Mommyyyyyyyy.'' Naira jerit kuat. Bila Daiyan pusing belakang dia nampak Naira sedang berlari ke arahnya. Daiyan pun melutut dan mendepangkan tangannya apabila Naira meluru memeluknya. Memang buat drama betul dekat tengah-tengah Birmingham airport ini.

''Mommy need to go sayang. Sorry.''

''Don't leave us.''

''I'm so sorry sayang.'' Daiyan bangun dan melepaskan pelukan Naira. Amzar juga sudah berdiri tepat dibelakang Naira.

''Saya tunggu awak dan Naira di Malaysia.'' Hanya itu yang mampu Daiyan ucapkan kepada Amzar. Sampai bila Amzar nak marah dan mogok tak nak balik Malaysia? Kalau Amzar mampu maafkan orang tuanya dan lupakan kisah lalu pasti mereka boleh balik bersama-sama.

Daiyan berjalan terus tanpa menoleh ke belakang lagi. Daiyan dengar Naira memangis memanggilnya tetapi ditabahkan juga hatinya supaya dia tidak menoleh ke belakang. Tempat ini tidak sesuai untuk dirinya, dia ada keluarga yang lebih memerlukannya di Malaysia.

'Nara, please pujuk daddy supaya dia lembut hati dan balik ke Malaysia.'


Nota Najaa// Sorry kalau ada salah silap. keep supporting :)

Miss CEO jatuh cinta!Where stories live. Discover now