Bab 6

2.4K 58 7
                                    

''Miss Daiyan!'' panggil salah seorang receptionist TDA Holding kepada Daiyan Humaira yang sedang leka ber'catwalk' sewaktu berjalan dihadapan mereka.

''Ya?'' Daiyan hanya menoleh kemudian membuka kaca mata hitamnya. Takkan nak masuk pejabat sendiri pun kena tahan?

''Ada orang datang hantar sesuatu untuk Miss Daiyan tadi.'' Si kecil molek yang menjadi receptionist itu masih tersenyum mesra terhadap boss nya itu. Tengku Daiyan Humaira, mana pernah tak cantik? Pakai apa pun cantik. Walaupun ada hari yang dia datang tanpa memakai sebarang alat solek. Dia tetap indah dipandang .

''Apa Tasha?'' tanya Daiyan Humaira kepada pekerjanya sambil tersenyum. Jadi boss tak nak lah garang-garang, Nanti bukan setakat kena kutuk atau kena carut hari-hari. Kerja pun stress sahaja. Tak kiralah pangkat pekerja bawahan tu macam mana. Walau cleaner sekalipun mereka masih juga manusia yang ada hati dan perasaan. So, no wonderlah Daiyan Humaira disayangi pekerja-pekerjanya ya.

''Ini'' sejambak tulip oren dihulurkan kepada Daiyan Humaira. Pagi-pagi lagi ada encik kacak yang sangat tampan dan menawan serta mempunyai tubuh yang menggiurkan datang bawak bunga ni. Bila ditanya nak beri kepada siapa terus dijawab cik CEO TDA Holding. Hancur hati Natasha yang baru berhajat ingin meggoda. Mana boleh lawan boss.

''Siapa bagi?'' tanya Daiyan sambil perlahan-lahan mencapai bunga yang dihulurkan gadis didepannya itu. Kalau dia main sambar tak toleh kiri kanan nanti ada pulak dicop gelojoh. Matanya pula dilirikkan ke arah bunga yang sudah ada ditangan. Dua belas kuntum semuanya. Simbolik sungguh. Tulip oren wehhh! Ingat senang ke nak dapatkan?

''Entah, tapi orang yang hantar ni cakap Miss Daiyan ni somenone special dia. Dia tak bagi tahu nama dia pun. Lepas hantar dia terus pergi.''

''Okay then. Its okay, See ya.'' Daiyan terus berlalu dan bergerak ke pejabatnya. Takkan nak menyembang lama-lama pulak pasal siapa yang bagi bunga ini pada dia. Bukannya tak ada kad yang diselitkan pada bunga ni.

Kakinya dihalakan ke arah lift vvip yang disediakan di banggunan itu kemudian butang lapan ditekan. Dah nama pun vvip lift kan? Mesti orang tertentu sahaja boleh guna. Lagipun bukan boleh masuk saja-saja ya. Ada pas masuk kalau tak tunggu lah sampai esok. Takkan terbuka punya pintu lift ni.

Okay, berbalik kepada cerita asal kita tadi. Takkanlah yang hantar bunga ni Nadhif Hilman? Tak pernah pula dia buat kerja gila sampai hantar bunga. Bukan Nadhif tak tahu yang Daiyan kurang suka pada bunga. Ditekankan ya, kurang suka bukan tak suka atau benci dan jangan sesekali berfikir yang Daiyan Humaira akan buang bunga ini dekat tong sampah tepi meja dia macam tu sahaja. Daiyan Humaira selalu dapat bunga tapi setakat bunga ros yang berdozen-dozen banyaknya. Setakat bunga ros, ladang ros dekat Cameron highland pun dia boleh beli.

Ting! Level 18, you are arrived your destination.

Sampai sahaja dibiliknya. Tubuhnya dihempas diatas sofa empuk yang diletakkan dibiliknya. Sabar! Sabar! Bagi Daiyan warming up dulu sebelum mulakan kerja yang bertimbun tu.

Pintu biliknya pula diketuk beberapa kali sebelum setiausahanya menjengulkan kepalanya selepas mendapat kebenaran untuk masuk kebiliknya.

''Ya Saif ada apa?''

''Tanya lagi? I nak bentangkan jadual you macam biasa lah.'' jawab encik setiausaha dengan senyuman. Jangan tak tahu ya, setiausaha Daiyan Humaira ni lelaki dan semsetinya kacak bergaya. Nak dijadikan hidangan mata seharian kan? Mesti lah cari yang sedap mata memandang.

''Okay-okay . carry on.''

''Pukul sepuluh nanti you ada meeting dengan staff-staff lain untuk follow up projek Mega Touch tu, then you ada lunch dengan client. Tempat you boleh pilih sebab client tu kata tak kesah pun dekat mana asalkan dengan you, dan pukul tiga nanti.. pukul tiga nanti you tak ada apa-apa. ehehehe'' sempat pula dia bergurau dengan boss dia. Sengaja nak menguji sebenarnya, bukan dia tak nampak bunga yang dibawa oleh Daiyan tadi.

Miss CEO jatuh cinta!Where stories live. Discover now