Bab 7

1.7K 46 18
                                    

Petang itu, keluar sahaja dari banggunan TDA Holding menuju ke tempat parkir kereta khas vvip, kaki Daiyan Humaira tiba-tiba terpaku seketika apabila melihat sebuah Audi A6 diletakkan melintang menghadang Maserati GranTurismo miliknya. Manakala pemandunya pula sedang bersandar di pintu bahagian pemandu dengan sebelah tangan memeluk tubuh dan sebelah lagi memusing-musingkan bingkai kaca mata Giorgio Armani berwarna perang menggunakan jarinya.

Tanpa memperdulikan lelaki itu, Daiyan Humaira terus berjalan ke keretanya. Lantak lah apa nak jadi pun. Kalau lelaki itu tak mengalihkan keretanya jangan marah kalau ada kereta yang masuk hospital kejap lagi. Masa tu jangan berani-berani lah nak mintak ganti rugi.

Masuk sahaja di dalam kereta tanpa sempat mengunci pintu keretanya, pintu di bahagian penumpang di buka.

Muka menyampah dilemparkan. Matanya disorot tajam ke arah lelaki disebelahnya. Ohhh guess who? Its Nadhif Hilman.

''Nak apa ni?'' tanya Daiyan Humaira dengan nada kasar atau menyampah lebih tepatnya lagi.

''Please Daiyan jangan buat aku macam ni.'' Suara Nadhif Hilman kedengaran separuh merayu.

''Siapa yang buat siapa sekarang ni?'' kalau tadi suara Nadhif Hilman separuh merayu, ini pula suara Daiyan Humaira separuh menjerit.

''Okay, aku tahu aku salah. Aku ikutkan sangat perasaan marah aku tu, aku tak sensitive dengan perasaan kau tapi dengar lah penjelasan aku dulu.'' Ujar Nadhif Hilman sambil menarik kedua-dua belah tangan Daiyan Humaira.

''Nak dengar apa lagi? Nak dengar kau marah-marah aku? Macam tu?'' kedua-dua tangannya yang berada didalam genggaman Nadhif Hilman ditarik kasar. Mukanya dipalingkan ke hadapan. Tak sudi untuk memandang wajah kacak Nadhif Hilman.

''Daiyan please.'' Nadhif Hilman menyentuh perlahan dagu Daiyan Humaira kemudian memalingkan wajah Daiyan Humaira supaya memandangnya.

''I'm sorry okay? Aku tak boleh kalau kita macam ni. Jangan seksa aku. I miss you so much.''
Daiyan Humaira tersenyum sinis. Masa sakitkan hati orang tak fikir. Lepas tu merayu-rayu suruh maaf dia diterima. Masa dia marah-marah, orang mintak maaf bukan main memetir lagi suara dia. Sekarang ni nak suruh orang bagi peluang pada dia dengan sangat mudah? Hello! Daiyan Humaira pun ada ego dia juga okay.

Tabahkan hati Daiyan, jangan layan sangat ayat-ayat manis dia ni. Kencing manis nanti. Ajar sikit biar dia tahu hargai orang lain. Biar ini jadi peringatan yang pertama dan terakhir untuk dia.

''Keluar Nadhif!'' Daiyan mula memetir. What you give you get back lah! Kawan baik tak kawan baik. Sahabat ke apa belakang cerita, sakit hati kena dilayan dulu.

''Daiyan.'' Hampir sahaja Nadhif Hilman memeluk Daiyan Humaira namun cepat sahaja Daiyan Humaira mengelak dan terus keluar dari keretanya kemudian membuka pintu kereta sebelah penumpang dari luar.

''Go!'' ujar Daiyan tanpa memandang wajah Nadhif Hilman.

''How could you do this to me Daiyan Humaira?'' Nadhif Hilman memandang Daiyan Humaira dengan riak tidak percaya.

''Daiyan tak pernah nak buat Nadhif macam ni tapi sakit hati ni yang buat Nadhif macam ni. Baliklah Nadhif Hilman, tak ada apa yang nak dibincangkan. Biarkan aku tenang sendiri. Aku akan cari kau nanti.''

Nadhif Hilman berdiri berhadapan dengan Daiyan Humaira. Anak matanya tunak memandang mata Daiyan Humaira. Nak biarkan Daiyan Humaira sejuk sendiri? Susah!

Semasa Nadhif Hilman terserempak dengan Daiyan dan Fattah tengah hari tadi, mata Daiyan punyalah menjeling tajam bagi isyarat lain macam. Sebelum putus sahabat baiklah dia datang memujuk dulu. Daiyan Humaira bukan kira, kawan ke boyfriend ke kalau dah marah bukan nak ingat dunia. Orang yang merajuk dengan dia tapi orang yang kena pujuk dia balik.

Miss CEO jatuh cinta!Where stories live. Discover now