Bab 5

2K 66 6
                                    

Sepanjang perjalanan yang tidak diketahui ke mana arahnya Daiyan hanya mendiamkan diri. Malas mahu bertegang urat dengan Nadhif Himan nanti dia juga yang sakit hati. Riak Nadhif Hilman pula masih sama seperti tadi. Mungkin masih bengang lagi agaknya. Daiyan Humaira menyandarkan badannya dan duduk dengan selesa untuk menenangkan hati sendiri.

''Turun!'' arah Nadhif Hilman. Hamboi! Ini suara manusia ke bunyi guruh? Bukan main kuat lagi vokal dia.

Daiyan pula hanya mengerutkan dahi dan tidak berganjak dari duduknya. Tempat apa ni? Ada tasik dengan track jogging tetapi suasana disitu kelihatan suram kerana kekurangan lampu dan tak ada seorang manusia pun berada disitu selain daripada mereka. Nak ajak aku jogging pun agak-agaklah. Dah Nampak macam aku ni gemuk sangat ke sampai ajak aku pergi tempat macam ni malam-malam buta?

''Tak nak!'' perlahan sahaja suaranya dikeluarkan agar Nadhif Hilman faham keadaannya dan tidak marah-marah seperti tadi. Salah satu cara untuk melembutkan hati Nadhif Hilman mungkin. Mungkin lah sebab marah dia ini macam orang kena tinggal bini.

Nadhif Hilman terus keluar dari kereta dan membuka pintu dibahagian penumpang yang diduduki oleh Daiyan Humaira. ''I'm not giving you a chance to make a choice. Remember?'' kemudian dia menarik tangan Daiyan Humaira agar gadis itu mengikutinya. Ingat anak Tengku Din Azman anak patung ke?

''Nadhif...'' Daiyan bersuara perlahan dan sengaja dileretkan. Takut pun ada juga sebenarnya. Yalah kalau tiba-tiba dia buat perangai gila dia macam mana? Tak ke naya? Tapi apa je yang Nadhif ni boleh buat? ngeee

Nadhif Hilman masih mendiamkan diri dan menarik Daiyan sehingga mereka betul-betul berada dihadapan tasik dan terus melabuhkan tubuhnya diatas rumput. Daiyan Humaira pula dalam takutnya hanya ikut apa yang dilakukan oleh Nadhif Hilman. Muka ketat macam spanar saiz 16.

''Nadhif, aku takut. Kalau ada pegawai pencegah maksiat macam mana?'' Daiyan Humaira merapatkan dirinya dengan Nadhif Hilman. Takut pegawai pencegah maksiat tapi tubuhnya semakin dirapatkan dengan Nadhif Hilman. Dia bukan apa dia takut orang yang mengekori dia selama seminggu ini masih mengekorinya. Sudah lah orang itu menyuruhnya dia menjauhi Nadhif Hilman.

''Itu yang kau takutkan Daiyan? Dekat tempat tadi kau tak takut pula? Kalau aku tak ada tadi macam mana? Siapa nak tolong kau? Dani?'' akhirnya bersuara juga Nadhif Hilman. Tetapi matanya dihalakan ke tasik yang gelap gelita itu bukan pada wajah Daiyan Humaira.

Daiyan mengeluh perlahan. Kalau dijawab nanti makin teruk dia kena tapi kalau tak jawab Nadhif tak tahu. Iphone yang berada didalam poket jeans dikeluarkan dan dibelek mana yang perlu. Dia perlu memberi tahu kenapa dia bertindak menjauhkan diri daripada Nadhif Hilman. Bukan dia sengaja dan saja-saja.

''Ada apa-apa yang perlu kau bagitahu aku?'' tanya Nadhif Hilman apabila melihat Daiyan mengeluarkan telefon bimbitnya. Takkan nak main candy crush masa-masa ni?

Daiyan Humaira tidak menjawab. Hanya menyerahkan iPhone yang mengandungi whatsapp yang dihantar oleh seseorang yang mahu dia menjauhkan diri daripada Nadhif Hilman. Dalam seminggu ini bukan satu sahaja whatsapp yang dia dapat oleh orang itu. Banyak! Sehinggakan ketakutannya pudar sedikit demi sedikit.

''Nadhif tak nampak macam terkejut.'' Daiyan Humaira bersuara apabila melihat reaksi Nadhif Hilman.

''Why should I?''

''Awak tahu siapa yang buat kerja ni?''

''Maybe yes, maybe no. I'll find it later.'' Sangat relaks reaksi Nadhif Hilman. Memang relaks lah sebab bukan dia yang kena ugut, bukan dia yang kena jauhkan diri dari Daiyan Humaira. Apa-apa terjadi, yang tanggungnya Daiyan Humaira. Bukan Nadhif. Jawab pun macam main-main je. Marah ke apa? Patutnya Daiyan lawan balik masa dia kena tarik tadi. Kalau tak disebabkan dia nak terangkan semua ini pada Nadhif, jangan harap dia nak ikut Nadhif derma darah pada nyamuk dekat sini.

Miss CEO jatuh cinta!Where stories live. Discover now