Bab 2

2.7K 65 0
                                    

Pagi itu seperti yang dia jangka lah kan mesti ada yang datang ketuk pintu pejabatnya tanpa disuruh atau di arah dari intercom. Tepat jam 9 pagi Ayyaz Omar atau dipanggil Ayyaz muncul di depan pintu pejabatnya.

''Boleh saya masuk ?'' Ayyaz menjengulkan mukanya dihadapan pintu pejabat Daiyan Humaira. Kalau biasanya dia tak mengetuk pintu dan dengan selamba main terjah bilik Daiyan Humaira tapi harini nampak sangat lain sungguh cerita yang dibawanya.

''Yes. Come.'' Tanpa melihat gerangan siapa yang berada dihadapan pintu Daiyan Humaira cukup tahu siapa sebenarnya.

Perlahan-lahan Ayyaz berjalan sambil menunduk ke kerusi dihadapan meja Daiyan Humaira. Sebijik macam pesalah yang nak disabit hukum bunuh, macam garang sangat je Miss Daiyan ni. Takut ditimpa daulat lah agaknya kut.

''Miss Daiyan, I ....''

''Come on Ayyaz. Tak payah nak formal sangat . I tahu you rasa bersalah.''

''Okay if you said so tapi seriously I rasa bersalah. Tiba-tiba you diserang dan kena simbah dengan air. Urghh sangat tak patut.''

''Tak patut-tak patut pun yang buat tu girlfriend you juga. Ni girlfriend you yang ke berapa ni ? apahal perangai pelik semacam ? I dah banyak kali dah cakap dekat you, cari girlfriend yang ada otak sikit. Ni spesies bimbo juga yang you cari.'' Sinis sebenarnya apa yang dikatakan Daiyan Humaira. Daiyan Humaira dan Ayyaz Omar pernah satu matrikulasi dulu sebelum Daiyan fly ke US untuk melanjutkan pelajaran jadi mereka akan jadi formal hanya didepan stuff lain sahaja. Jika mereka hanya berdua, panggilan 'cik dan encik' dihadapan nama mereka terlupus dengan sendirinya.

''Dia bukan girlfriend I lah. You jangan salah sangka pulak. Dia tu obsess dengan I .''

Daiyan Humaira memandang Ayyaz dengan riak tak percaya. Hellooo? Adakah dia nak cakap yang sebenarnya dia tersangat handsome dekat sini sampai ada perempuan yang obsess dengan dia? Please lah.

''Kalau iya pun obsess dekat you, sepatutnya you pandai lah kawal . ini tidak! yang mana girlfriend you, yang mana bukan girlfriend you semua you layan sama sahaja. I dah banyak kali dah bagi tahu benda ni dekat you.'' Daiyan memandang Ayyaz dihadapannya dengan muka sakit hati. Itulah nak jadi palayboy tapi tak pandai cover line.

Ayyaz tersengih seperti kerang busuk dihadapan Daiyan Humaira. Nak buat macam mana? Memang hobi dia bertukar teman wanita macam tukar baju.

''I'm sorry okay?'' Ayyaz memohon maaf kepada Daiyan Humaira sambil memberikan pandangan menggoda. Ohh man, ingat muka tu handsome sangat ke? Daiyan memberi jelingan tajam kepada Ayyaz. Mentang-mentanglah muka dia baby face. Umur 27 pun nampak macam 19. Okay! Daiyan bukan tengah puji makhluk yang ada dekat depan dia ni tapi memang kenyataan yang tidak dapat disangkal.

''You patut bersyukur. Semalam masa perkara tu terjadi tak ada orang yang kenal I atau tak ada orang yang jahat sampai upload gambar apa yang terjadi semalam. Kalau tak, you faham-faham sahajalah ayahanda I kan ?''

''Faham. I mintak maaf. I janji perkara macam ini takkan berulang lagi.''

''Janji tu bukan dekat mulut sahaja Ayyaz, you dah ucap. Pandai-pandai lah you pegang. Okay?''

''Okay-okay. So you nak I brief you balik pasal projek Mega Touch tu ?''

''No. I ada kerja lagi nak buat. Apa-apa I akan panggil you balik.''

''Okay . I pergi dulu. Thank you Daiyan. I owe you this.''

Daiyan hanya mengahantar Ayyaz keluar dari pejabatnya dengan lirikan matanya. Kepalanya digelengkan. Macam mana lah dia boleh bagi muka dekat Ayyaz ni. Mengenangkan dia ni kawan lama sahaja kot. Kalau tidak, bukan sahaja dibuang kerja malah tak ada syarikat pun yang akan menerima Ayyaz untuk bekerja di syarikat mereka.

Miss CEO jatuh cinta!Where stories live. Discover now