part 39

20 4 0
                                    


" Baiklah semua pelajar. Hari ni kita akan adakan satu permainan ice breaking. Di mana kamu dengan partner kamu perlu berlari menuju ke checkpoint yang berada di hujung kawasan hutan sana. Jelas semua pelajar ? " ujar Profesor Malik.

Permainan di mana setiap tahun diadakan tapi mungkin ada beberapa perubahan cara permainan. Seperti biasa, permainan yang melibatkan member kat sebelah memang payah. Lagi-lagi kalau dapat member yang jenis tak boleh bagi kerjasama.

" Faham. " bergema dewan dengan suara pelajar.

" Oh ya. Lagi satu. Tangan kamu dan partner kamu akan diikat bersama SUPAYA tiada kes tinggal rakan dibelakang. Understand ? Remember student, we're not taking any excuse. Rules tetap rules. " ujar Profesor Mazya pula. Sir Zaid dan Profesor Malik angguk setuju.

Dewan kembali riuh dengan suara pelajar yang tidak berpuas hati. Ramai yang minta tukar tapi tak boleh. Macam rules yang dia cakap, "no excuse". Sesetengah yang jenis tak ambil kisah tu bagus. Ni yang jenis cerewet. Nak dengan kawan rapat je. Bila tak dapat sparing partner dengan kawan rapat, mula lah tarik muka lah, tak beri kerjasama lah, mengada-ngada lah. Macam-macamlah.

" Baik semua student boleh gerak ke pintu pagar A. Kita akan mula sekarang. "

Semua pelajar berjalan dengan pasangan masing-masing ke pagar Universiti. Dengan tangan berikat, dah nampak macam couple pula. Permainan ni hanya ada 10 pasangan yang akan menang tapi disebabkan ramai yang dapat pasangan tak elok, berkemungkinan ramai yang malas nak menang.

" Auliya, kau rasa kita menang tak ?  " soal Qairil ramah. Tangan kiri yang diikat kemas dengan tangan kanan Auliya ditatap khusyuk.

" Buat apa menang? Bazir masa aku je. " ujar Auliya tanpa memikirkan perasaan Qairil di sebelahnya.

" Alaa Auliya, menang kan best ! Dapat hadiah. Lepas tu, dapat- " ujar Qairil bergerak pantas ke checkpoint utama.

" Boleh diam tak Qairil? Kalau aku cakap tak nak, tak nak lah. Pekak ke? " jeling Auliya.

Qairil terdiam. Hatinya mula terluka tapi ditolak jauh atas dasar cinta dia pada Auliya. Auliya tidak ada perasaan pada dia, tapi dia cuba. Auliya dingin dengan dia, tapi dia cuba maniskan semula. Auliya tak fikir perasaan orang, tapi dia cuba untuk ingatkan. Perasaan cinta mula mekar pada hati Qairil sejak pertama kali mata mereka saling bertemu.

" Wey Qai ! " jerit Mahera, melambai-lambai tangan ke atas.

Qairil angkat tangan. Memberi isyarat, 'ya' dari jauh. Auliya pandang sekilas ke arah Mahera dan kembali menatap wajah Qairil. Mata kelabu Qairil yang mencengkam kalbu semua wanita di Universiti.

" Kau tak cakap kau pasangan dengan Auliya. Aduh, sweet pula ye aku tengok. " Mahera tertawa halus.

" Eh, perlu ke aku bagitahu? " Qairil tersenyum manis. Tangan Auliya yang terikat bersama dengannya ditatap penuh kasih.

" Elele.. " ujar Mahera melihat mata Qairil yang tertumpu pada ikatan tangan Qairil dan Auliya. Nampak serasi je di mata orang lain. Tapi di mata Auliya, nampak serabut.

" BAIKLAH SEMUA PELAJAR, DI MINTA BERSIAP SEDIA UNTUK CABARAN PERTAMA. INGAT, JANGAN BALIK SEORANG DIRI. JANGAN TINGGALKAN PASANGAN WALAUPUN PASANGAN KAMU TU LAMBAT. " ujar Profesor Malik. Profesor Mazya di sebelah setia menemani Profesor Malik yang sedang berucap.

" Okey lah, aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa, roger! " jerit Mahera berlari ke checkpoint bersama pasangan dia, Dancen.

" Bye. " ujar Qairil.

Her Personal Assistant (In Editing) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang