Part 40

348 18 0
                                    

Macam biasa kelas 5K tak penah sunyi dengan suara pelajar2 sambil menunggu Teacher Akmar datang. Sekarang waktu English. Tapi dah lebih 20minit batang hidung Teacher Akmar pun tak nampak.

Tak lama lepas tu muncul Teacher Hamidah depan pintu kelas. Semua diam. aura Teacher Hamidah ni lain sikit. Aura mak2 lah katakan.

"Sorry class, Teacher Akmar is absent today. Please hand this out to all of the students. I will  be right next door if you need anything. Raimy please take care of the class will you? I will collect the paper after half an hour. Start now. One more thing,choral speaking team please meet me at usual place after recess ya? Thank you." Teacher Hamidah meletakkan kertas dia atas meja dan kemudian Teacher Hamidah pun hilang.

"Weh Teacher Akmar absent weh. Dia tak ada kat asrama ke?" Soal Eyda menyibuk. Ekin mengangkat bahu.

"Semalam ada lagi. Harini memang taknampak dia. Tak sihat kot." Jawab Ekin sambil memulakan quiz English yang diberi Teacher Hamidah tadi. Zura hanya mendengar.

Zura orang pertama siapkan quiz. Yang lain masih berhempas pulas menjawab. Macam2 gaya keluar. Yang tak paham soalan pun ada. Lantaklah aku tak ada masa nak tolong orang harini. Otak aku pun kusut. Ngomel Zura dalam hati.

Buku latihan diconteng dihalaman belakang. Fikiran Zura terarah ke Erra lagi. Lakaran kartun yang tak menjadi tu digores kasar.

"Uish sabar2. Kot ya pun dah free janganlah sampai camtu." Tegur Eyda yang masih menjawab quiz.

"Tak siap lagi? Soalan kacang je tu. Nak aku tolong tak?" Tanya Zura menutup buku latihannya kasar.

"It's okay. Aku nak buat sendiri. Tak lama lagi dah nak exam. Aku kena berdikari. Sampai bila kau nak tolong aku. Shuh2" Zura tergelak sket diikuti Eyda. De di sebelahnya pun senyap menjawab quiz.

Zura menghela nafas panjang.


********************


"Aku tak bawak bekal harini. Jom teman aku pegi koop jap." Ajak Zura selepas loceng berdering tanda waktu rehat. Mereka bertiga pun berjalan menuju ke koop.

Zura beratur sambil mengeluarkan duit seringgit2 dari poket baju kurungnya. Eyda dan De menunggu ditepi koop. Mata Zura tertumpu pada sandwich yang ada dalam tray.  
Ada dua jenis sandwich. Satu sandwich telur. Satu lagi sandwich sardin. Sandwich sardin sekolah diambil perlahan.

Masa nak bayar tu agak terkejut jugaklah Zura sebab tersembul depan mata budak nerd bermata empat. Wajah yang dirindui Zura setelah beberapa minggu tak bersua. Nampak macam tak sehat pun ada si Erra ni. Tak berseri macam biasa.

Erra pun agak terkejut jugak bilamana muka Zura terjojol kat situ. Lama mereka berdua diam tengah2 tingkap koop. I don't know how to describe it. You get the picture.

Zura menghulurkan note seringgit kepada Erra tanpa berkata apa2. Erra memerhati je gerak geri Zura lalu menerima huluran dari tangan Zura. Dengan cermat  dia meletakkan sandwich dan dua kotak air oren kedalam plastik.

"My treat." Kata Erra lembut. Zura angguk sikit lalu menjawab.

"Thanks." Satu prinsip yang Zura pegang. Rezeki jangan ditolak. Lalu cepat2 Zura blah. Eyda dan De yang xtau cerita pun mengekor laju.

Erra memandang Zura sampailah Zura hilang dari pandangan.

"Dah kenapa jalan laju2 ni? Aku belum makan kot tak ada tenaga." Ujar De soloroh. Eyda tersenyum je.

"Aku nampak Erra tadi kt koop. Dia tolong Cikgu niaga kot."

"Biasa lah tu. Dia kan memang  camtu. Rajin." Jawab Eyda selamba.

ERRAWhere stories live. Discover now