Bab 7

4.9K 122 30
                                    

Lepas habis kelas last tadi Zura balik semula ke kelas. Lama jugak lepak kat library sensorang macam orang tak ada arah. Eda dengan De setia menunggu. Begitu juga Ipah. Wajah mereka semua lega bilamana melihat Zura jalan lambat lambat memasuki kelas.

"Kenapa tak balik lagi semuanya? Takyah kot nak tunggu aku."

Zura mengemas bag perlahan. Semua diam. Ipah tersenyum comel. "Saya jaga bag awak ni haa..takut orang pedajal. Mana tau.." Jelas Ipah kengkonon manja. Zura mengangguk sahaja.

"Thanks."

Bag disandang lalu mereka semua melangkah meninggalkan kelas. De dan Eda berbalas pandangan. De mengangkat bahu. Eda menggeleng seakan bengang dengan De ni.

"Jom la lepak kedai Pak Atan nak? Boleh relaks sket,ye dak?" Cadang Eda tetiba. Zura diam sahaja. Belum elok agaknya mood dia.

"Kau ok tak ni..?" Tanya De terus terang. Risau dengan keadaan mental Zura ni. Eh,mental plak. Emosi. Haa,emosi.

As a friend, like real friend, even kau rasa kau akan kena marah pun,kau tetap kena tanya.

"Ok la ni..tak nampak aku ok? Ke aku meroyan Skang ni?" Tu diaa. Eda tersengih memandang De yang agak terkesima tadi. Haha. Terkejut sket. Tapi tak apa.

" Aku cam Xdk mood la nak lepak. Aku rasa nak balik baring. Boleh tak?"Soal Zura memandang satu satu wajah dihadapannya. Mereka berhenti betul betul depan pagar sekolah.

"Oh,ok. Kalau camtu aku chow dulu lah. " De mengangkat tangan perlahan. Zura terus melangkah meninggalkan sekolah. Ipah menghantar sampai luar sahaja kerana dia perlu menunggu bas di bus stop depan tu. Eda mendapatkan Zura yang berjalan laju dihadapan.

"Nak citer pape tak?" Tanya Eda lembut. Zura menggeleng.
"Ok. Kau ada kitorang tau. Kami kawan kau susah senang. Ingat tu. Ingat janji kita. Kawan sampai mati." Ujar Eda lagi. Zura tak memberi respond pun. Pandang Eda pun tidak. Lama baru dia bercakap.

"Aku ok. Nape korang pandang aku macam aku ni ada masalah besar je? Aku ok. Tak perlu kata kata nasihat camni. Aku ok,ok  ok,paham?"

Setelah itu, perjalanan pulang hanya  kedengaran tapak kaki mereka berdua melangkah. Zura sedar  dia sedikit kasar tetapi dia malas mahu berfikir. Harap Eda faham sahaja.

Zura hanya mengangkat kepala sedikit dan terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Eda yang terus berjalan balik.

Badan dihempas kuat ke atas katil. Bukan la penat sangat. Tapi tah kenapa. Rasa malas sangat hari ni. Perut lapar tak dipedulikan. Kocek baju kurung diraba mencari surat dari Erra tadi.

Dengan hati hati lipatan surat itu dibuka. Nope. Tak ada bedak like surat cinta zaman korang. Nooope.

Dear Zura,

Assalamualaikum awak! Hai..Saya harap awak sihat seperti mana saya. Alhamdulillah.

Awak,
Im so happy.  Happy sangat dapat berkawan macam ni dengan awak. Lama saya perhati awak. Cikgu Hamidah selalu puji awak sebab dapat markah tinggi  subjek English dari most budak Sains kelas saya. Sejak dari tu saya nak kenal sangat dengan awak.

Awak,
Sebenarnya saya pernah nak kawan dengan awak. Tapi Kakpoji kata belum masa. Which is weird. Lepas tu saya dah tak tanya pasal awak lagi. Sampai la saya nampak awak kat toilet aritu. Berdebar jugak saya nak tegur awak. Tak tau nak expect apa sebab awak ni garang. Haha. Takut.

Awak,
Saya suka menulis camni. Hope awak pun suka lah. Saya harap kita boleh kawan sampai bila bila.

Pasal study tu ..Tak payah la fikir sangat. Kalau awak dah setuju,awak bagitahu. No pressure,ok?

Sampai sini dulu. Nak basuh baju. Haha. Awak balas la surat ni walaupun Saya tak tanya byk soalan. Just write to me anything,ok? I will wait. Ok,bai...

Sincerely,
Nur Zaharanie @Erra
4ST

Zura tersengih sahaja membaca surat tu. Comel. Cute gila. Ade ke nak basuh baju pun nak tulis. Macam tak percaya surat itu ditulis Erra. The most popular nerd at school. Haha. Kelakar pun ada. Zura menggeleng kepala melipat semula surat itu lalu diletak tepi katil.

Siling bilik ditatap lama. Fikiran Zura jauh menerawang melepasinya.

Nak fikir pasal apa lagi. Pasal sekolah? Boring. Pasal kengkawan? Not now. Pasal Erra?
I don't know.

Haihhhhhhh......

Berat gayanya keluhan yang dilepaskan Zura tadi. Malas. Malas fikir. Malas makan. 

Surat  dari Erra tadi je yang membuatkan dia sedikit happy.
Kalau ikutkan..Memang malas nak ke sekolah. Tapi disebabkan pelajaran tu agak penting untuk meneruskan kehidupan yang kadang tak adil ni, terpaksa la jugak. Nak taknak.

"Anak Mak taknak makan ke? Mak masak sambal bilis tu. Jom lah makan dengan mak nak?" Zura bingkas bangun dari katil mendekati emaknya.

"Jap lagi la mak. Simpan kan sikit sambal. Kalau lapa orang makan."

"Yelah..makan tau. Mak nak keluar lepas ni. Jumpa kawan." Tutur maknya lembut.

"Okay,mak"  Zura memandang wajah cantik maknya lama. Peha Zura diusap perlahan.

"Mak..erm..abah tau ke ni?" Agak susah jugaklah  Zura nak menyoal,lagi lagi pada orang yang paling dia sayang sekali kat dunia ni.

"Mak keluar kejap je. Sebelum abah balik Mak balik ya. " Tanpa menoleh, maknya terus hilang dari pandangan. Zura menutup pintu bilik kuat. Tiba tiba bengang.

Mengungkap semula kejadian dua hari lepas, Zura rasa tak sedap hati. Lewat malam tu Zura ke dapur sebab haus gila. Terdengar perbualan orang tua berdua tu. Suara abah macam meninggi. Mak punya suara pun boleh tahan macam melawan.

Gaduh mulut tu biasa dah. Abah kan cepat baran. Tapi apa yang Zura dengar tu macam dia tak percaya. Besar jugak tuduhan abah pada mak tu. Takkanlah.

So selama ni abah pukul pukul mak Sebab tu lah?

Demmit.

Kepala Zura pun dah penat. Mata pun memang tak menyebelahi dia hari ni.

Pandangan  Zura gelap tetiba.

ERRAWhere stories live. Discover now