Bab 26

3.3K 80 27
                                    

Lepas rehat subject Maths. Lagi bersemangatlah Zura nak tuang. Hati plak sakit. Rasa nak buang je donat ngn karipap tadi,tapi pikirkan rezeki. Zura melepak sensorang dekat library. Tempat biasa dah tak selamat.

Nafas dihela sepuasnya. Rasa nak nangis tapi tertahan tahan. Masalah kat rumah lagi terngiang ngiang.

Ahh! Babi betul perasaan ni. Mahu je Zura jerit sekuat hati. Kotak kecik dengan kuih diletak atas meja. Cikgu Salmah ada dalam library tu. Malas je dia nak tanya Zura kenapa masih kat sini. Adalah tu.

Bunyi loceng dah kedengaran seluruh alam. Eh,seluruh kawasan sekolah. Zura masih kat situ.

"Sat lagi kelas 1 Amanah nak masuk sini. Sure ke nak stay?" Tetiba kedengaran suara lembut disaat Zura tengah bengang. Wajah polos gadis itu diperhati. Macam tak pernah nampak. Zura mengalih pandangan.

"Najla,dari kelas 4SS." Huluran tangan Najla tak disambut Zura. Beberapa saat tunggu tak ada respond,Najla menyimpan semula tangan lalu tersenyum. Zura diam je tak pandang Najla.

"Loceng dah bunyi tu. Saya rasa better awak balik kelas sekarang." Tambah Najla lagi. Kali ni Zura macam tersedar sikit.

"Weh?!! Pebende masalah kau ni?! Blah boleh tak! Bising kat telinga aku dah kenapa?! " Tah jin mana tah dah meresap dalam badan si Zura ni. Najla tersentap situ. Terkejut siak. Muka dia merah tahan malu.

"Eh,apa bising2 ni? Zura? Saya benarkan awak duduk sini tapi diam2. Yang menjerit2kat library ni dah kenapa? Najla?"

"Cikgu tanya la dia ni. Sibuk hal orang. Kau pengawas ke? Kalau ya pun,kau ingat aku kesah?"

"Najla ni memang pengawas perpustakaan. Cuma dia tak pakai uniform pengawas harini. Kali ni Cikgu rasa dah tak boleh tolerate dengan awak Zura. Balik kelas sekarang."

Najla yang diri kat situ diam membatu. Muka dia default je. Zura bingkas bangun meninggalkan library.

"Bodoh punya pengawas." Sempat Zura menyumpah kat tepi telinga Najla.

"Zura,jaga mulut tu... " Cikgu Salmah terdengar pulak.

"Ni haa Lupa Cikgu nak bagitahu. Zura tu..memang gitu. Dia selalu lepak sini kalau subject Maths. Dia tak suka Maths. Tapi..Cikgu bagi dia lepak sekali sekala,dari dia ponteng. Dia ada masalah keluarga sikit. Lain kali kalau dia ada sini,Najla biarkan jela dia eh?" Smabung Cikgu Salmah perlahan.

"Tapi cikgu,takkan nak biar je dia? Kalau dia nak ponteng,taknak pandai,ok lagi. Adab tu macam takdek je. Cane dia boleh lepas dengan perangai camtu?"

"Itu biar Cikgu disiplin yang handle. Najla balik kelas dulu eh. Jumpa esok." Cikgu Salmah cuba memujuk hati Najla.

'Perangai macam baru keluar dari hutan. Takdek manners langsung .'

Bengang Najla dibuatnya. Sambil melangkah,Najla terlihat kelibat Zura yang dah melepasi block form5.

Perlahan dia mengekori Zura dari jarak yang selamat. Perasaan ingin tahu dia membuak2.

Zura tak ada pilihan untuk bersendirian selain dari tempat special dia bersama Erra. Tengah waktu belajar, confirm tak ada Hafiz si malaun tu nak buat kecoh. Zura mendapatkan tempat tepi longkang kering tu. Baru tenang dia nak melayan perasaan.

Najla yang menskodeng dari balik bangunan sekolah berasa pelik. Dah kenapa duduk sensorang cenggitu. Bawak kuih dengan kotak. Aduhai. Mental ke apa dia ni? Koyak2.

~~~

Najla menolak lengan sahabatnya,Mas dengan siku.

"Psst. Mas."

ERRAWhere stories live. Discover now