Bab 6

4.9K 141 3
                                    

Hampir ke setiap pelusuk bangunan Erra mencari Zura.  Rasa macam nak give up dah. Last last dia sengaja berjalan ke bangunan belakang sekali berdekatan padang sekolah. Bangunan makmal kemahiran hidup. Belakang tu ada banyak meja buruk yang diletakkan di situ sementara tunggu nak buang.

Hatinya lega terus  bilamana ternampak Zura duduk dibalik meja meja buruk yang disusun elok. Zura yang menyedari cepat cepat menyeka air mata yang mengalir sikit. Sikit jela.

"There you are. Puas saya cari. Awak kenapa?" Erra mendekati Zura yang duduk bersila bersandar pada dinding.

"Leave me. Who cares anyway." Mata Zura sedikit merah kesan tonyohan ke hape xtau la.

"I do."

Zura tergelak sedikit.

"Why,Erra? Why do you care? I hate boys. You know what. I hate men and all their species. Bodoh."

" I just do. Kenapa ni..bape subject pulak la awak dah ponteng ni..?" Soal Erra lembut,tersangat concern kalau bab belajar ni. Not just Zura.

"Can you not? Boleh tak?" Suara Zura dah meninggi. Erra agak terkejut,tetapi dia cuba  rileks. Orang tengah marah,biasa la.

" Im sorry. Kalau nak cerita, i will be happy to hear." Ujar Erra lagi. Baju biru nya dilipat sebelum punggungnya mencecah lantai.

Diam.

"Laki semua sama kan. Sampah."

Tiba tiba Zura membuka bicara setelah diam untuk beberapa ketika. Erra hanya mendengar.

"Dahlah tak hensem. Bodoh pulak. Kesian. Tak reti nak respect orang. Awak tau..abah saya baran gila. Tangan cepat naik. Mak saya la selalu kena. Nape eh,semua laki yang saya kenal semua tak bagus?" Soal Zura tetiba.

" Tak baik cakap macam tu  kat abah awak tau. Lagipun, Itu yang awak kenal yang tak berapa baik.Ramai lagi kat luar sana tu yang baik. Contoh Cikgu Alam. Baik,lembut."

"Hahaha..itu skema la awak. Dia nerd. Semua lelaki kecuali Cikgu Alam dan Ustaz Ramli, sampah." Zura tergelak kuat. Hatinya yang luka  terubat sikit.

"Kalau ikutkan, saya pun nak fikir mende yang sama. Tapi ayah saya contohnya..Saya tak berapa ingatlah. He used to be a caring person. I dont know what happen sampai dia tinggalkan kami macam tu.  But I dont blame him. Maybe masa tu situation yang membuatkan dia tinggalkan kami. The point is, tak semua lelaki macam tu. Sampah,yang macam awk kata. Kalau tak ada lelaki,awak pun tak wujud."

Bila Ustazah Erra berbicara. Zura pun diam ajelah. Setuju la tu. Aduh.

'Malasnya nak berdepan dengan Kobeng untuk  dua tahun yang akan datang.'

Zura menghela nafas.

"Haihhh...bangang! "

"Budak laki kelas awak make fun of you ke?" Soal Erra,menduga.
Zura diam. Batu kecik yang datang dari mana tah, dikutip, lalu dicampak ke arah  pagar dawai. Erra memerhati sahaja.

"Lebih kurang la. I dont like it. They are stupid. Geram. Tapi saya sedar saya pompuan. Kalau lawan pun kalah. Buat malu je."

"Buat apa susah susah nak lawan. Ignore je. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Simple."

"Yup,simple when its not you."

Cepat Zura membalas. Erra tak terus melenting. Malahan dia senyum saja.

"Look, saya pernah kena pulau dengan bebudak kelas saya tau. They said Im too cocky. For a girl la. Termasuk budak asrama. Dorm saya sendiri,even. Kata saya sombong la. Teacher's pet la. Pembodek la. Maybe saya ni tak campur orang sangat,sebab tu dorang mengata lebih. But what did I do? Oolala~  I ignored them. Sebab orang yang mengata tu dia tak faham whats inside us. Its easy to just follow what people say rather than try to understand it by yourself. Maafkan aje mereka tu. Just don't give a damn. "

"Its different,Erra. You don't understand. You are not in my shoes. " Zura bersuara lemah.

"I know. Im just giving you an example. Real life example. Tengok saya. Ada nampak saya down? Yes, saya manusia biasa. Ada rasa tu. Tapi I dont show it to people. Kalau kecewa ke apa,kejap je. Jangan buang masa. Bangun, teruskan jalan. Sebab at the end of the day,saya nak tengok balik muka yang mengata saya tu,bila saya achieved something. And make sure its big. Luckily, I won the Pidato Piala Diraja. Naah, satu sekolah senyap mengata. Haha.Thats for me la. In your case, I dont know,maybe we can think of something."

Perghhhh. Banyak cakap pulak minah nerd ni. Ops lupa. Juara pidato. Ok,ok. Zura mengangguk. Try to relate what happened just now dengan cerita Erra ni.

"So..do you learn something here?" Tanya lagi.

"Erm..haa..maybe. I mean..I will, eventually. "

"That's good. That's a start. Im proud of you tau." Mata mereka bertentang lama. Kemudian keduanya tersenyum dan mengalih pandangan.

"Its nice here. Jauh dari bunyi bising." Kata Erra lembut.

"Yup. I accidentally terjumpa port ni. Saya chop dulu tau. Its mine." Gurau Zura memandang Erra dari sisi.

"Alaa..why don't we make it ours?" Mereka berpandangan lagi.

"Okay tu. Tapi what happen to the library?" Soal Zura pulak. Dahi Erra berkerut.

"Ya jugak eh. Its ok. This will be the place for us to express our feelings. Only for that,ok?"

Zura mengangguk comel. Hampir terlupa dia dengan rajuk hatinya tadi,dengan kata kata Kobeng si kudut. Sebenarnya Kobeng tu tak puas hati je. Kes Ipah tak balas cinta dia la kot.  Kalau dia nak malukan Zura,dah lama dia buat announcement. Tadi pun dia bisik aje. Means dia masih berhati perut.

"Dah la. Jom makan nak? Dah recess pun." Erra cuba mengajak.

"I want to be here for a while. Awak lapar awak pergi la makan"

"Saya teman awak lah."

"Suit yourself."

Zura membiarkan saja. Tak sangka dia tengah duduk bersebelahan dengan budak nerd popular sekolah.  Tak salah dia berminat dengan Si Erra ni sejak dulu. Semua tanggapan negatif dia pada Erra terjawab kini. She is way better than what people thought about her.  Pandai memberi nasihat pulak. Rasa tenang je bila dengar dia bercakap.

Lama mereka duduk diam cenggitu tanpa kata. Erra sekejap sekejap mencuri pandang ke arah Zura. Comel.

'Kata gangster. Tapi hati tisu. Comel  la Zura..'
Bisik hati Erra. Lucu. Haha.

"Kenapa tu..Im in the mood ni." Sengaja Zura berkata tanpa memandang Erra disebelah. Zura tahu Erra tengah ushar dia baik.

"Sorry. Ok, awak..saya lapar. Teman saya beli kuih jap,please?" Pinta Erra dengan lagak manjanya.

Erra dari sisi lainnya, agak manja. Debar jugak bila Erra tetiba manja terlebih.  Barulah Zura tahu. Peratus suka dah naik mendadak ni. Haha.

"Ok..yelah. Saya pun lapar ni. Jom" 

Mereka pun  bangun bersama. Dalam pada nak bangun tu,tetiba kaki Erra cam terpeleot nak terpijak longkang. Cepat cepat Zura menarik lengan Erra  dan seterusnya menahan kaki Erra dari termasuk ke dalam longkang kecik tu.

Jarak antara mereka dekat benar masa tu. Mata bertentang mata.
Erra dengan lembut cuba melepaskan pelukan Zura padanya.

Dupdap. Dupdap.

"Ok tak?" Tanya Zura memandang tepat, lagi dekat ke dalam mata Erra.

"Ok, erm..Thanks. " Zura senyum memerhati gelagat Erra yang cemas semacam.

Zura mengekor dari belakang bilamana Erra dah kedepan sinun berjalan laju.  Zura tersenyum lagi. Kelam kabut jugak dia ni.

'Ahh..bahagiannya la bila duduk bersama meluah rasa  dengan dia tadi. Rasa lega.'

Zura mengomel sambil melangkah mendapatkan Erra yang beberapa langkah di hadapan.








ERRAWhere stories live. Discover now