Bab 8

4.5K 117 11
                                    

Hari Sabtu. Arghh...Hari yang bagus untuk releks kan kepala otak. Rancangan kartun pun banyak. Boleh la melingkar depan tv. Haha. Macam banyak sangat mende yang kau pikir kan Zura.

Sawang yang sama dilihat setiap kali bangun dari tidur. Zura dah lama bercadang untuk mengemas bilik ni. Tapi ade sahaja halangan. Malas sebenarnya. Haha.

Petang smlm selepas tertidur,and bangun semula, jam menunjukkan pukul 1 pagi dah. Ya tak ya Zura sambung je tidur walupun perut lapa gila babeng mintak nasik.

Lambat2 Zura berjalan ke dapur. Atas meja makan ada tudung saji besar. Lumrah manusia..kalau lapar,automatik tangan tu akan mengangkat dan menjenguk. Nasik goreng ikan bilis. Aduh sedapnyaa. Sebelah dia  sambal tumis semalam. Lagilah tertelan2 air liur Zura. Teh o pun masih suam.

Zura terus ke depan mencari Maknya. Mak Zura sedang menjemur kain lebih kurang dua bakul. Bakul sedang,tak besar. Haha. Zura hanya memerhati. Eem..kalau Nak tahu Zura ni bab jemur kain memang takleh. Memang tak jadi. Nanti kena marah jugak pasal jemur ikot dan. So better takpayah.

"Mak.." Zura memanggil perlahan. Mak Zura menoleh kejap Pastu terus menyidai. "Pergi lah mkn. Tak makan eh smlm? Sambal tu tak berusik." Ujar Mak Zura perlahan.

Zura menggaru kepala sikit. Rambut dah macam hape. Nasib pendek. Kalau panjang sebijik Kak Limah. Haha.

"Ha..tertidur Mak. Tak sedor. Lama gila tidor. Mak balik pun orang tak pasan." Zura tersengih comel.

"Tau. Apa yang penat sgt kat sekolah tu? Pelik jugak Mak. Nak kata sukan..awak tu tak bersukan." Zura terseyum lagi.
"Penat saje Mak. Abah mana?"
Zura perasan kereta abah xdk.
"Keluar minum dengan kawan dia lah. Cikgu Berahim tula."
"Oo..Mak petang kang orang nak keluar dengan kawan." Kata Zura lembut.

Harap Mak pahamlah. Haha.

Mak Zura hanya meneruskan menyidai pakaian. Zura perlahan2 berjalan masuk kedalam rumah dan seterusnya ke dapur. Lapar tak tertahan.

Selepas melantak lebih kurang dua pinggan nasi, Zura kembali ke bilik. Mencari semula surat yang diberi Erra semalam. 

Seingatnya semalam dia letak dekat hujung katil. Aduhai mana perginya pulak. Takkan diterbangkan angin pulak.

Sambil tangan Zura menguis-nguis baju,buku,dan bermacam khazanah,sekali harung mengemas sikit bilik tu. Hari Sabtu pun. Kemas la  sesikit.

Haa..jumpa pun. Bawah timbunan baju kotor. Alah bukan kotor sangat. Setakat peluh jantan.Haha. Zura memerhati bawah katil. Ade beberapa kotak kasut. Besar pulak dah kotak ni. Haa ada tin biskut butter cookies bersaiz sederhana kat sebelah. Dah kosong tapi tak dibuang. Zura Zura.

Lepas dah bersih tin tu Zura meletakkan surat pertama dari Erra ke dalam lalu diletak di para almari. Selepas itu Zura mula mengemas bilik sikit2 sampai nampak terang. Lepas makan kalau tak kemas tak tahu lah. Haha.

Kesemua alat tulis yang bersepah di kemas. Baju dan lain yang bersepah atas katil dilipat ala kadar.

'Perghhhh..terang sikit.'

Tingkap dibuka bagi membenarkan angin sihat masuk. Haha. Tangan Zura mula mencapai pensil dan duduk dihujung katil melakar sesuatu.

**************************

Zura bersiap siap dah nak keluar. Pakai kasual je jeans dengan tshirt. Masa tengah pakai tudung Zura nampak ada not Rm10 dua keping dekat  atas meja solek. Zura tersenyum suka. Dua puluh ringgit pun  dah cukup banyak dah tu setakat tambang bas Pastu minum. Kalau ada lebih beli komik. Heaven.

"Mak,orang perlu dulu tau." Zura mencium tangan maknya perlahan sambil diperhatikan oleh kedua adik lelakinya. "Haa..balik cepat. Kalau nak tidur rumah kawan call dulu bagitahu. Elok2"
Zura mengangguk sahaja.

ERRAWhere stories live. Discover now