"Ouh lupa nak kenalkan diri. Hi! Saya Zayyan Luthfi. Nice to meet you." Kata Zayyan kepada Hafiya sambil tersenyum manis sampaikan hilang matanya apabila senyum.
"Hafiya." Ringkas sahaja Hafiya menjawab bersama senyuman manisnya. Ariq mula menyampuk perbualan mereka.
"Saya Ariq!" Kata jejaka itu seraya berjabat tangan dengan Zayyan. Tertanjat Zayyan dibuatnya. Tadi bukan main macam singa, ni dah bertukar jadi kucing pulak.
Zayyan hanya senyum. Matanya beralih pula ke arah Ryan yang masih bersama muka dinginnya. Garang-garang nak kemana?
"Ryan." Ryan menghulurkan tangannya ke arah Zayyan untuk berjabat tangan. Zayyan menyambut tangan Ryan.
"Dan ini Sofea." Kata Hafiya sambil tangannya menunjuk ke arah Sofea. Zayyan menundukkan sedikit kepalanya ke arah Sofea. Sofea hanya membalasnya dengan senyuman kecil.
Selepas berkenalan, mereka mula meminta izin terlebih dahulu untuk pergi kerana kelas mereka tak lama lagi akan bermula.
Selepas bayangan Hafiya, Sofea, Ariq dan Ryan hilang dari kora matanya, dia mula menepuk dahinya sendiri.
"Aku lupa nak mintak nombor dialah!" Kata jejaka itu seorang diri.
"Aduh, macam mana aku nak ganti balik screen protecter dia tu? Haih bijak betullah kau Zayyan!" Marah dia kepada diri sendiri akibat kebodohan sendiri.
"Haih Fiya, kau betul tahu ke kedai tu dekat mana? Kita dah pusing mall ni banyak kali dah tau." Rungut Sofea. Hafiya memandang Sofea yang berada di sampingnya.
"Aku tahulah kedai tu dekat mana. Cuma aku lupa dia tingkat berapa." Balas Hafiya sambil matanya melilau mencari kedai untuk dia tukar screen protecternya yang retak itu.
Sofea mula melepaskan keluhan berat dan tetap mengikuti langkah kecil Hafiya. Nasiblah sayang, tidak dah lama aku biar je dia cari kedai tu sorang-sorang.
"Assalamualaikum. Hafiya?" Tegur satu suara yang membuatkan langkah Hafiya dan Sofea terhenti serta merta. Mereka berdua melihat wajah pemilik suara.
"Waalaikumussalam. Zayyan!" Balas Hafiya dengan senyuman manisnya. Sofea juga turut memberi senyuman. Zayyan membalas senyuman mereka berdua.
"Kecil betul dunia ni. Tengok-tengok bertemu kita di sini. Awak berdua buat apa dekat sini?" Soal Zayyan tertanya-tanya.
"Ouh..saya nak cari kedai phone. Tapi saya lupa dia tingkat berapa." Zayyan hanya mengangguk.
"Eh! Yelah! Sayakan yang buat phone awak retak? Dah alang-alang kita jumpa nih..jumlah kita pergi sesama. Lagipun saya tahu kedai tu dekat mana." Ajak Zayyan. Hafiya mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh nak jawab apa ni.
YOU ARE READING
Love For Fariz Affan
RomancePertemuan secara tidak sengaja antara Hafiya Namira dengan seorang jejaka dingin yang bernama Fariz Affan membuatkan gadis itu memanggil jejaka itu dengan gelaran 'mamat kerek' atas sikap dinginnya. Mereka juga seperti anjing dan kucing. Apabila ber...