LFFA | 14

26 4 2
                                    

Ting!

Bunyi notification iPhone milik Hafiya mula kedengaran. Hafiya yang baru sahaja baring atas katilnya mula mengeluh kecil.

Dia mula mencapai telefonnya yang berada dia atas meja yang berdekatan dengan katilnya. Aplikasi WhatsApp mula dibuka.

Zayyan Lutfi

Hafiya membaca nama yang berada paling atas dalam aplikasi WhatsAppnya. Mula hairan Hafiya dibuatnya. Zayyan nak apa petang-petang ni? Tangannya mula menekan chat Zayyan.

Zayyan Lutfi:
Fiya, you busy tak?

Jari-jari Hafiya mula menakan di papan kekunci untuk membalas pertanyaan Zayyan itu.

You:
Tak busy. Kenapa Yan?

Tanpa menunggu beberapa minit, Zayyan sudah mula menaip, sedia untuk membalas.

Zayyan Lutfi:
I nak ajak you keluar. Boleh?

"Keluar?" Hafiya mula berfikir sejenak.

You:
Bolehlah. Dekat mana?

Zayyan Lutfi:
Dekat satu pantai. Nanti i send location.

You:
Okay.

Tiada balasan lagi selepas itu. Hafiya pun mula pergi bersiap. Hafiya hanya mengenakan baju blouse biru muda bersama skirt labuh bewarna putih yang tidak jarang serta tudung bawal putih.

Setelah memastikan Zayyan sudah memberinya location, Hafiya mula melangkah keluar dari bilik tidurnya. Sempat kunci kereta myvinya di ambil. Hadiah dari abang kesayangannya. Hazrien.

Habis saja Hafiya menurun anak tangga, kelibat Sofea mula menghiasi wajahnya. Senyuman mula terukir. Perlahan-lahan Hafiya mendekati belakang Sofea sebelum..

"Bahh!!" Terlompat Sofea sedikit dek kerana Hafiya. Hafiya melepaskan tawanya. Suka dia menyakat Sofea. Habis asyik dia saja ja yang kena usik biar kali ni giliran dia pula yang mengusik.

"Nur Hafiya Namira!" Marah Sofea bersama urutan kecil di dadanya. Nasib tak meninggal ja dengan budak kecik ni.

"Hahaha! Sorry-sorry TERsengaja." Perkataan 'ter' sengaja ditekan olehnya. Cubitan kecil singgah di lengan Hafiya.

"Ow! Sakitlah Sofea!" Adu Hafiya.

"Padan muka! Gedik lagi nak kejutkan orang. Itu makan dia." Jelingan sempat dihadiahkan sebelum Sofea melihat Hafiya atas bawah bersama handbag di tangannya.

"Nak pergi mana? Dating eh.." usik Sofea.

"Ish! Mana ada datinglah. Zayyan ajak keluar..entah nak pergi mana." Kata Hafiya jujur. Sofea mula tersenyum mengusik.

"Ouhhhhh dating tak ajak." Hafiya mula menjeling sahabatnya.

"Dahlah malas layan. Dia dah tunggu tu." Kata Hafiya sebelum lengan Sofea dicubitnya kembali. Hehe balasan!

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now