LFFA | 11

89 9 0
                                    

   Setelah tiba di UK, terus sahaja Fariz menuju ke rumah sewanya. Untung saja rumah itu dekat dengan universitynya. Seusai tiba, dia mula mengeluarkan pakaian daripada bagasinya dan mula menggantungnya ke dalam almari.

   Sedang sibuk dia mengemas, tiba-tiba matanya tertangkap ke arah satu beg kertas yang elok terletak di sebelah beg laptopnya. Bibirnya mula menguntum senyuman kecil selepas mengingati siapa pemberinya.

   "Buka lepas awak sampai sana tau."

   Itu yang dipesan oleh sang pemberi. Tanpa menunggu lama, Fariz mula mengambil paper bag itu dan mula melihat isi dalamnya. Terdapat satu kotak kecil di dalamnya bersama sepucuk kertas. Tangan mula mengambil kertas tersebut.

Assalamualaikum mamat kerek. Untuk perngetahuan awak, saya selalu panggil awak mamat kerek sebab awak memang kerek!

   "Mamat kerek dia panggil aku?" Fariz mula menggelengkan kepalanya perlahan dan mula sambung membaca.

Pertama sekali saya nak mintak maaf sebab tipu awak tadi yang saya kata paperbag nih dari ibu saya. Hehe..

   Fariz mula mengangkat sebelah keningnya selepas membaca apa yang dikatakan oleh si pemberi itu. Bibirnya mula ternaik sedikit.

Dah sampai UK ye? Mestilah dah kan. Tidak awak tak bacalah surat nih. Urm, take care dekat sana. Jangan lupakan kita orang dekat sini tau. Jangan tinggal solat tau. Awak tu dekat negara orang. Jaga iman baik-baik. Lagi satu nanti dah balik Malaysia, buang sikit beku utara kutub tu! Werk! Babye. Assalamualaikum.

Yang benar,
Hafiya

   "Buruk betul tulisan." Sempat jejaka itu mengutuk tulisan Hafiya. Matanya mula tertangkap ke arah satu kotak kecil. Tangannya mula mengambil kotak tersebut lalu membukanya.

 Tangannya mula mengambil kotak tersebut lalu membukanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keychain mengait singa.

Fariz tersenyum secara tidak sengaja selepas melihat isi dalamnya. Ada juga sticky note kecil di atas penutup kotak itu.

Saya sendiri mengait tau. Kalau tak appreciate juga tak tahulah. Effort tau saya buat semata-mata nak kasi dekat kawan saya yang beku + kerek + singa nih. Jaga elok-elok!

"Dalam banyak-banyak haiwan, singa juga dia pilih." Keluhan mula dilepaskan. Terus saja dia mengambil keychain itu dan gantungkan di tepi beg laptopnya. Sempat keychain itu di snap olehnya.

"Tak pelik ke aku letak sini? Biarlah orang nak kata apa. Janji aku appreciate." Kata Fariz seorang diri.

" Kata Fariz seorang diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now