LFFA | 13

39 6 3
                                    

"Kau tak kerja ke Sofea?" Soal Hafiya sambil melihat ke arah Sofea yang baru sahaja keluar dari biliknya.

"Kerja. Sekejap lagi aku pergi." Balas Sofea lalu pergi melabuhkan punggungnya disebelah Hafiya. Mata mereka tertumpu ke arah screen television itu.

"Kau cakap nak tidur rumah parents kau kan malam ni?" Soal Hafiya.

"Haah. Dah lama aku tak balik. Itu yang nak tidur sana malam ni. Kau okay ke tidur sorang-sorang?" Soal Sofea pula. Hafiya melepaskan tawa kecilnya.

"Kau ingat aku budak-budak lagi ke? Of course boleh. Kalau ada hantu sekali pun, aku rasa dia yang takut dekat aku." Mereka berdua melepaskan tawa masing-masing.

"Sofea.." Sofea mengalihkan padangannya ke arah Hafiya lalu keningkan di angkat seolah bertanya 'kenapa?'

"Kenapa kau kerja? I mean, you know kita still dekat semester 1 so banyak assignments nak kena siapkan. Macam mana kau bahagikan masa?" Soal Hafiya tertanya-tanya. Dia betul-betul menghadap Sofea sekarang.

"Saja, nak tolong keluarga. Aku nak tanggung pembiayaan aku sendiri." Jawab Sofea sambil tersenyum. Hafiya mengangguk tanda faham.

"Habistu, macam mana kau bahagikan masa?" Soal Hafiya lagi.

"Adalah. Mana boleh bagitahu. Rahsia." Gumam Sofea. Hafiya hanya menjeling sahabatnya sorang ni. Menyampah!

"Maleh aku layan kau." Kata Hafiya lagi seraya memusingkan badannya menghadap television semula. Sofea hanya ketawa. Suka dia melihat reaksi Hafiya.

   Bunyi pintu cafe yang dibuka oleh seseorang mula menarik perhatian Sofea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi pintu cafe yang dibuka oleh seseorang mula menarik perhatian Sofea. Itu menandakan ada pelanggan. Tidak sangka pula dia masih ada orang yang mahu datang ke cafe sewaktu lewat malam begini. Untung saja mereka belum tutup cafe.

Sofea mula mengambil buku kecil beserta pen untuk menulis pesanan daripada pelanggan tersebut. Sofea menghayunkan langkahnya ke arah pelanggan. Alangkah terkejutnya dia, wajah tampan Ryan mula menghiasi pandangannya.

Ryan hanya tersenyum manis sampaikan nampak barisan giginya yang elok tersusun rapi. Dia mula melambaikan tangan ke arah Sofea.

"Ryan? Awak buat apa datang sini lewat-lewat macam ni?" Soal Sofea hairan. Ryan melepaskan tawa kecilnya.

"Saja. Nak tengok awak buat kerja." Balas Ryan. Ternaik sebelah kening Sofea. Dah kenapa pulak nak tengok orang buat kerja ni?

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now