LFFA | 1

181 12 2
                                    

"Hai! Fiya kan?" Tanya seorang gadis cantik kepada Hafiya yang sedang duduk seorang diri di laman minda sihat.

Ternaik sedikit bahu Hafiya dek kerana terkejut dengan kehadiran gadis itu. Sempat gadis itu menghadiahkan senyuman manis kepada Hafiya.

"Ya, saya Fiya. Kenapa ya?" Tanya Hafiya sambil mempelawa gadis itu untuk duduk bersebelahan dengannya. Gadis itu pun melabuhkan punggungnya di sebelah Hafiya.

"Boleh kita berkawan? Saya tengok awak asyik sorang-sorang ja." Tanya gadis itu dengan lembut. Sempat senyuman diukir di celahan bibirnya.

"Boleh!" Terus tersenyum suka Hafiya dibuatnya. Yay dapat kawan!

"Apa nama awak?" Soal Hafiya sambil memandang tepat ke arah anak mata hazel milik gadis itu. Cantik.

"Batrisya Sofeana." Jawab gadis itu dengan senyuman manisnya.

"Okay! Saya panggil awak Sofea!" Hafiya tersenyum manis kepada Sofea. Sofea hanya anggukkan kepalanya tanda setuju.

"Sofea, boleh saya tanya?" Soal Hafiya. Sofea angguk.

"Fariz tu...memang dingin eh?" Hafiya menanti-nantikan jawapan yang akan keluar dari mulut Sofea.

"Fariz? Ouh..haah. Dia memang macam tu. Kalau dia dengan Ryan and Ariq..kurang sikit dinginnya." Jelas Sofea panjang lebar. Hafiya mula membentukkan mulutnya berbentuk '0'.

"Kenapa tanya?"

"S-saja."

"Kalau saya tanya lagi..awak tak kisahkan?" Soal Hafiya lagi.

"Boleh."

"Ryan dengan Ariq tu...memang suka mengusik eh?" Ini kenyataan.

Sofea mula ketawa kecil. "Yes! A big yes! Diorang memang macam tu." Mereka berdua pun terus berbual-bual sehinggalah waktu rehat tamat.

Sejak dari itu, Hafiya dan Sofea semakin rapat hari demi hari. Hafiya bersyukur kerana mempunyai kawan perempuan seperti Sofea.

   Setelah sejam setengah mereka mempelajari subjek bahasa melayu, tibalah subjek yang sangat digemari oleh mereka iaitu subjek pendidikan jasmani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah sejam setengah mereka mempelajari subjek bahasa melayu, tibalah subjek yang sangat digemari oleh mereka iaitu subjek pendidikan jasmani.

Semasa Hafiya dan Sofea berjalan menuju ke padang, Sofea mula bersuara..

"Fiya, kalau aku nak tanya kau something boleh tak?" Tanyanya
lembut. Hafiya menganggukkan kepalanya tanda mengizinkan.

"Kau dengan Fariz ada apa-apa ke?" Terkejut Hafiya dek kerana soalan yang ditanya oleh gadis itu.

"Eh mana ada apa-apa lah. Cuma kawan je..and dia jiran aku." Jelas Hafiya.

Love For Fariz AffanWhere stories live. Discover now