Maksiat

4.3K 70 0
                                    

"Seriouslah kau kena framed?" Tanya Zaid.

"Betul.. Dia yang buka seluar aku.. Dia yang naik atas aku..." kata ku.

"Habis tu yang berlendir tu apa?" Tanya Zaid.

"Air stim dialah..." kata ku menafikan kebenaran.

Kami diam seketika. Suasana sepi di dalam bilik pejabat mahkamah syariah.

"Ok bro aku nak tanya kau eh.. mana kau dapat info pasal kejadian tu?" Tanya.

"Ada perempuan misteri call bagi tahu tarikh, masa dan tempat" jawab Zaid.

"Siapa yang pickup call?" Tanya ku.

"Staff aku, tapi dia forward call tu kepada aku" jawab Zaid.

"Ni aku bagi nombor phone dia.. kau cuba call dia.. dan dengar suara dia sama tak.." pinta ku.

Zaid menyelak langsir tingkap biliknya, melihat Aini sedang disiasat di meja seorang pegawai wanita. Lalu dia memanggil pegawai wanita itu.

Sebaik pegawai wanita bertudung labuh itu masuk, Zaid terus menghubungi Aini menggunakan nombor yang ku beri.

"Hello.. ini cik Aini ke?" Tanya Zaid.

"Oh.. ye.. tengah sibuk ye.. ok terima kasih" Zaid terus meletakkan telefon.

Zaid memandang ku dan pegawai wanita itu.

"Ye... sama... memang dia yang call.. tapi kenapa dia nak frame adik ipar dia sendiri? Sampai tahap berzina.. yang kau pun, siapa suruh stim?" Tanya Zaid.

"Zaid... aku rasa sebab air yang aku minum sebelum tu.. ada perangsang seks kot.. tapi serius la.. aku memang tak pasal-pasal stim masa tu.. dan kau sendiri pun dah dengarkan suara dia sama? Takkan nak hukum aku yang kena frame ni bro? Aku jaga adik dia dengan baik kot.. bahagiakan adik dia..." terang ku.

"Puan Aini dengan suami dia camne encik?" Tanya pegawai wanita bertudung labuh itu.

"Sebenarnya.. dah berbelas tahun dia PJJ dengan suami dia... semua tanggungjawab keluarga kakak ipar aku tu yang pikul sorang.. jumpa suami pun sebulan sekali.. itu pun time weekend je..." jawab ku.

"Ohh patutlah..." kata pegawai wanita itu.

"Walau macam mana konflik sekalipun, dia tak boleh buat macam tu.. setiap masalah rumah tangga ada penyelesaian.. dia tak boleh nak rampas suami adik dia dengan cara yang salah macam tu.. dia cemburu dengan adik dia ni.. sebab kau suami yang baik agaknya..." kata Zaid.

"Entahlah bro... but please bro.. give her a good advise and give us chance.. aku tak nak happy family yang aku dah bina dengan adik dia jahanam sebab kena frame bodoh macam ni dengan dia..." kata ku.

"Ustazah.. awak suruh puan Aini tu tunggu kat depan.. dan.. Salleh.. kau pun boleh tunggu kat depan sana.. aku nak discuss kes kau ni dengan boss aku dan ustazah.." kata Zaid.

Aku pun keluar dari bilik Zaid lalu menuju ke tempat menunggu di luar pejabat itu. Aini tersenyum memandang ku. Seakan peluangnya mengharapkan rumah tangga aku hancur menjadi kenyataan dan seterusnya dia mempunyai peluang untuk mendapatkan aku. Aku yakin, pasti dia akan melakukan sesuatu juga kepada perkahwinannya supaya dia dan Fariz bercerai.

"Camne?" Tanya Aini.

"Kau frame aku ye?" Tanya ku dengan muka serius.

"Mana ada? Benda dah jadi kot. Amboi.. sebelum ni sayang bagai, bila dah camni kau nak kata aku frame kau? Menyesal aku layan" kata Aini dengan muka bongkak.

"Ye... memang aku sayang kau.. malah aku cintakan kau.. tapi adalah cara yang proper.. bukan frame aku camni... kau tak sayang ke dengan rumahtangga adik kau sendiri yang hidup bahagia jadi isteri aku?" Tanya aku.

"Abis aku ni camne?" Tanya Aini.

"So memang betul la kau yang report pejabat agama?" Tanya ku.

Aini diam dan dengan wajah angkuhnya dia memandang ke tempat lain. Kami diam tanpa bicara. Agak lama juga menunggu di situ, kira-kira hampir setengah jam juga. Kemudian Zaid pun muncul memanggil ku dan pegawai wanita bertudung labuh itu pun memanggil Aini. Kami berdua pun mengikut haluan masing-masing ke dalam 2 bilik yang berlainan.

Selepas selesai segalanya, aku pun keluar menunggu Aini di luar bangunan pejabat agama itu. Aini mungkin menunggu masa yang agak lama kerana dialah punca kepada keberadaan kami di situ pada hari itu.

Tidak lama kemudian Aini pun keluar. Wajahnya masam memandang ku. Kami bersama-sama menuju ke X6 miliknya. Sebaik aku masuk ke dalam keretanya Aini memandang ku.

"Siapa suruh kau naik kereta aku?" Kata Aini dengan angkuh.

Aku pandang wajah kakak ipar ku itu. Dia langsung tidak mahu memandang ku. Aku malas nak bertekak dengannya. Aku pun keluar dari keretanya dan terus berjalan menuju ke luar kawasan pejabat agama. Aku duduk di bus stop di situ sambil mengeluarkan smartphone dan membuka aplikasi Uber.

Tiba-tiba BMW X6 miliknya berhenti di depan bus stop. Tingkap diturunkan dan dengan wajah tanpa perasaan, Aini memanggil ku masuk ke dalam keretanya. Sebaik aku masuk, Aini terus memandu. Tanpa sepatah kata. Aku hanya diam. Dari laluan yang diambil, aku tahu dia sedang memandu menuju ke pejabat ku.

"Aku stress..." kata Aini.

Aku pandang wajahnya yang sedang menumpukan pemanduan. Terlihat air mata mengalir di pipi gebunya.

"Sayang... kau stress dengan apa yang berlaku tadi... atau pasal Fariz?" Tanya ku.

"Takde apa-apalah" jawab Aini.

Aku tahu dia tidak mahu meluahkan isi hatinya. Mungkin dia sakit hati kerana rancangannya untuk merampas aku dari adiknya tidak kesampaian. Mujur rakan ku yang bertugas di pejabat agama membantu. Namun walau kawan sekalipun, aku dan Aini tetap kena membayar denda. 4 angka juga nilai dendanya. Aduh. Tak pasal-pasal melayang duit aku pada hari tu.

Aini tinggalkan aku di parkir pejabat aku tanpa sebarang kata. Aku tahu dia memendam sesuatu. Aku biarkan dia melayan perasaannya sendiri. Lalu aku terus memandu pulang dalam suasana petang yang tenang itu.

Tiba-tiba handphone ku berbunyi. Aku lihat tertera nama Aini. Terus ku jawab panggilannya menggunakan bluetooth.

"Hello..." kata ku.

"Salleh... aku tak tahu nak cakap macam mana..." suara Aini jelas kedengaran di speaker kereta ku.

Dapat aku dengar ada nada esakan dan kesedihan dalam tutur katanya.

"Kenapa sayang?" Tanya ku.

"Kenapa kau terlalu sempurna Salleh? Kenapa orang macam aku tak layak dapat suami macam kau? Kenapa mesti adik aku yang jadi milik kau? Kenapa mesti aku yang kena hadap semua benda sorang diri? Aku stress..." kata Aini dengan suaranya yang bergetar dalam tangisan.

"Sayang.. aku ni tak sempurna mana pun.. kalau aku sempurna, rumah tangga lama aku tak musnah.. aku cuma lelaki biasa Aini..." balas ku.

"Tak... kau bukan lelaki biasa.. kau istimewa Salleh... bertuah Fasha dapat kau.. dulu aku selalu buli Fasha.. selalu ejek dia kawin lambat sebab takde siapa nak... aku pandang rendah dia yang gaji kecik... aku rasa aku jauh lebih hebat dari dia.. tapi... akhirnya dia dapat suami yang cukup sempurna... tapi itu rezeki dia.. habis aku ni camne?" Tanya Aini.

"Kau tetap kakak kepada isteri aku..." jawab ku.

"Kau memang pentingkan diri Salleh... sudahlah!" Kata Aini dan terus mematikan panggilan.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Akal ku agak beku selepas mengharungi hari yang amat panjang. Hari yang menjatuhkan aib aku bersama kakak ipar ku sendiri.

Aku memandu pulang dalam perasaan yang serba tidak menentu.

Ego 2Where stories live. Discover now