Bongkar

1.1K 31 2
                                    

Aku dah Fasha saling berpandangan. Hidangan makan malam pada hari itu agak istimewa. Namun suasananya agak hambar. Aku faham perasaan Fasha dan aku ajak dia makan di luar. Namun ianya tetap tidak dapat mententeramkan perasaan kami.

Aku lihat air mata isteri ku meleleh ke pipi tembamnya. Bergenang melepasi cermin matanya.

"Sayang..." kata ku lembut sambil menghulurkan tisu kepadanya.

"Abang... kenapa mesti dia?..." tanya Fasha dengan suara yang perlahan.

"Abang minta maaf sayang... Tapi abang tetap suami sayang.. selama ni pun abang tetap bahagiakan sayang... abang tak pernah pun abaikan sayang..." jawab ku.

"Ye... sebab kita bahagialah dia nak kat abang... sebab abang terlalu istimewa.. jiran-jiran pun kata walau pun kita takde rezeki anak, tapi Allah jadikan abang lelaki yang limited edition.. tapi.. kenapa mesti dia bang?" Tanya Fasha lagi dengan suaranya yang bergetar.

Aku terdiam tidak mampu nak berkata. Lidah aku kelu nak berbicara. Aku tidak akan sekali-kali meluahkan kekurangan Fasha demi menutup silap ku sendiri. Aku yang bersalah kerana mencintai orang yang salah.

Aku sedar Fasha ku kahwini bukan kerana cinta. Tetapi kerana kesopanannya dan kebaikannya yang aku yakin mampu menjadi ibu kepada anak ku. Dia juga telah membuktikan kasih sayangnya kepada anak ku walaupun dia adalah ibu tiri. Tetapi nafsu yang menyesatkan akal ku hingga tewas dalam godaan yang berunsurkan cinta yang terpendam.

Segala kekeruhan perasaan kami pada malam itu bermula sebaik ku sambut Fasha yang pulang kerja separuh hari pada tengahari itu. Dengan wajah mencuka Fasha diam dan langsung tidak memandang ku.

Kami duduk di sofa dan aku bertanya apakah ada yang tidak kena dalam hidupnya sepanjang bekerja hari Sabtu itu. Adakah ada sesuatu terjadi di jalanan. Jawapan Fasha ringkas, namun ianya bagaikan halilintar menyambar.

"Kak Aini datang sekolah tadi.. jumpa kat parking..."

Rupa-rupanya itulah maksud kepada apa yang Aini katakan selepas kami bersetubuh luar tabie di dapur. Rupa-rupanya selepas keluar dari rumah ku, Aini tidak terus pulang. Sebaliknya dia bertemu Aini demi memberitahu siapa bapa sebenar kepada janin di dalam rahimnya. Juga menunjukkan kesan basah pada punggung seluar leggingnya, hasil karya persetubuhan luar tabie yang kami lakukan di dapur.

Fasha menceritakan kakaknya menangis merayu meminta maaf kerana terlanjur dengan ku. Malah kakaknya merayu agar Fasha membenarkan kakaknya itu menjadi pengganti dirinya. Fasha mengatakan Aini meluahkan betapa dia mencintai aku dan ternyata kami tidak bertepuk sebelah tangan, kerana aku juga mencintainya dalam diam.

Di sofa rumah ku itulah aku termangu menyusun ayat untuk menenangkan perasannya. Namun hati isteri mana tidak remuk sebaik mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain. Malah semakin sulit hubungan itu apabila pasangan cinta gelap ku adalah kakak kandung isteri ku sendiri. Satu-satunya adik beradiknya di dalam keluarga kecilnya.

"Kak Aini pesan... jangan sampai mak dan ayah tahu.. sama juga dengan anak-anak dia dan anak abang.. buat masa ni cuma kita bertiga je tahu..." kata Fasha sambil meletakkan sudu dan garfu, petanda dia tiada selera ingin makan.

Aku diam tidak mahu mengulas apa-apa. Aku cuba pegang tangan Fasha di atas meja, namun Fasha segera menarik tangannya. Aku segan sendiri. Aku faham dia kecewa dengan ku.

"Memang dia betul-betul serius nakkan abang ye... Saya tak nak salahkan abang... Kak Aini pun saya tak nak salahkan.. bagi saya, kalau abang Fariz tak macam tu perangainya, mungkin cinta antara korang tu kekal korang pendam je.. tapi... serba salah saya bang.. saya kesian kat kak Aini tu.. dia kakak saya..." kata Aini sambil teresak-esak di meja makan.

Ego 2Where stories live. Discover now