17 - 18 June 2023

1.1K 47 7
                                    

Semakin jauh kita meninggalkan zaman remaja, circle of friends kita pun akan menjadi semakin kecil. Banyak group whatsapp dan telegram yang aku join dengan ex-schoolmate dan ex-unimate yang semakin sunyi dan tidak aktif. Tapi bagi aku, kawan-kawan yang ada on the plate sekarang sudah mencukupi. Agaknya sebab itulah ada pepatah "Quality Over Quantity Is What Counts".

Syukur, perjalanan recovery wife Hasrul juga sangat baik. Tanpa disangka, friendship antara family kami juga semakin kuat sejak musibah tersebut. Ada sahaja delivery cake atau ice-cream yang dikirim ke rumah kami. Sebagai balasan, El juga kerap membeli barangan budak-budak secara impulse untuk dihadiahkan kepada anak-anak Hasrul.

Kami semakin selesa untuk rancang aktiviti yang dapat dibuat bersama. Sebelum ini pun keluarga aku dan Hasrul pernah bercuti bersama-sama seperti ke Kuantan, N.Sembilan dan Penang. Kami akan book di hotel yang sama tetapi perjalanan ke destinasi tersebut dibuat berasingan (bukan convoy). Biasanya kalau 'cuti-cuti Malaysia' ni memang aku akan book 2 bilik, dan Hasrul pula cuma perlu book 1 bilik kerana anak-anaknya masih kecil lagi.

Tetapi pada minggu ini buat julung kalinya kami decide untuk menyewa sebuah villa yang agak besar di Janda Baik, Pahang yang dapat memuatkan keseluruhan keluarga kami. Kami hanya menyewa sehari sahaja kerana harganya yang agak mahal iaitu RM2,500 sehari. Tetapi kawasan villanya sangatlah luas. Padang hijaunya seluas mata memandang. Ada tasik kecil dan beberapa pohon durian dan rambutan melengkapi pemandangan tersebut. Bunyi air mengalir dari anak sungai di tepi villa membuatkan segalanya di villa tersebut perfect.

Tarikan utama villa sebegitu adalah konsepnya yang 'open air'. Terdapat beberapa ruang legar terbuka/ atrium yang luas dengan taman kecil di tengah-tengah rumah. Rumah yang menempatkan bilik-bilik tidur pula dipisahkan dari rumah yang dijadikan ruang tamu (main hall). Ada 7 bilik di villa tersebut. Hasrul ambil bilik master bedroom dan aku pula ambil bilik yang kedua besar. 3 bilik yang bersaiz lebih kecil adalah untuk anak-anak aku dan Hasrul. Yang tidak digunakan adalah 2 buah bilik yang agak jauh dari bilik-bilik kami. Salah satunya walaupun ada katil, telahpun diconvert kepada bilik mainan kanak-kanak. Kiranya hanya sebuah sahaja bilik yang kami tak gunakan. No wonderlah apabila aku baca review, ramai juga yg memilih villa tersebut untuk buat team building.

Of course yang paling gembira adalah anak-anak kami. Puas bermain di dalam rumah, mereka keluar pula bermain di halaman. Kami diberi assurance kawasan di villa tersebut selamat walaupun tidak berjiran dengan sesiapa. Memang ada pekerja villa yang tinggal di rumah berdekatan dalam kawasan yang sama.

Sementara anak-anak kami dalam mode "Dora the explorer", kami yang lebih dewasa hanya bermalasan di dalam rumah. El dan wife Hasrul kelihatan rancak berbual di meja makan. Mereka masih tidak berganjak sejak lunch. Aku dan Hasrul pula duduk di sofa di ruang tamu. Tv sengaja dipasang untuk memeriahkan suasana. Walaupun asyik menatap skrin handphone, aku masih perasan sesekali mata Hasrul menjeling ke arah El dan isterinya. Kos villa tersebut ditangguh sepenuhnya oleh Hasrul, sudah tentulah dia mengharapkan sesuatu dari kami, atau lebih spesifiknya, dari El. Sesekali aku tertanya-tanya, entah apa yang sedang difikirkan oleh Hasrul.

Masa terasa begitu cepat berlalu. Dari tengah hari ke petang, tanpa disedari hari semakin senja. Nasib baiklah cuaca baik pada hari tersebut. Kami mula sesi BBQ di halaman villa lebih awal dari dirancang. Bahan untuk BBQ dihantar kepada kami ketika kami sedang mandi manda di anak sungai di sebelah villa.

Pada pukul 8.30pm, kami semua telahpun dengan pakaian tidur masing-masing dan duduk beramai-ramai di ruang tamu. Wife Hasrul masih menjaga auratnya. Dia memakai baju berlengan panjang dan bertudung. El juga masih bertudung tapi dengan baju berlengan pendek. Pada malam tersebut, kami sengaja offkan internet untuk paksa anak-anak kami bermain boardgame. Inilah masa paling sesuai setelah terbaca tips yang menyarankan cara untuk 'disconnect' mereka dengan dunia luar adalah dengan menjauhkan mereka dari skrin telephone atau tablet. Sementara mereka duduk bermain di kawasan sofa di hadapan tv, kami pula duduk bersembang di meja makan.

Oh Diari... (2023)Where stories live. Discover now