Kerana Terluka

3.6K 29 21
                                    

Assalamualaikum, hai :)

Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum tahu pasal ni. Kerana Terluka sudah terbit sebagai sebuah novel fizikal sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL) di bawah penerbitan Prolog Media. Ia juga boleh dibeli di laman web prologmedia.com.

Dan untuk makluman, Kerana Terluka versi buku 50% lain daripada versi wattpad. Ada part-part yang dibuang, ada part yang ditambah baru. Boleh dikatakan versi buku ni adalah versi revamp.

Jadi, untuk readers yang dah baca Kerana Terluka sampai tamat kat wattpad dulu, marilah simpan versi itu sebagai kenangan terindah kita semua dan terima dengan lapang dada Kerana Terluka versi buku. Saya tahu nanti akan ada perbandingan. Akan ada yang lebih suka dengan wattpad version. Akan ada yang tanya kenapa this and that part kena cut. Tapi tak apa. Saya faham je sebab saya pun seorang pembaca juga.

Jangan risau, KT versi buku masih berpaksikan plot yang sama walaupun ada sedikit perubahan. Cumanya yang versi buku ni lebih relevan dari segi teknikal
penulisan untuk disesuaikan dengan kelompok pembaca yang lebih luas, bukan lagi semata-mata untuk pembaca wattpad saja.

Namun saya berharap Kerana Terluka versi buku ini mendapat tempat di hati pembaca-pembaca sebagaimana versi wattpad dulu walaupun jalan ceritanya sedikit berlainan. Cuma saya mintak jangan letak ekspektasi terlalu tinggi. Kerana Terluka yang baru ini masih sebuah cerita yang klise.

Apa-apa pun, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada readers saya yang mengenali Kerana Terluka dari TikTok sehingga ke wattpad dan akhirnya menjadi sebuah buku fizikal. Saya sangat hargai setiap sokongan yang diberikan. Tanpa sokongan-sokongan readers tak mungkin Kerana Terluka akan sampai ke tahap ini.

Terima kasih yang masih setia menanti dan membaca setiap karya saya sehingga kini ❤️

Much love,
D.Dahlia

Kerana Terluka [TERBIT]Where stories live. Discover now