"Hana."
Terpaku kaki Hana di lantai bumi bila namanya diseru. Automatik kepalanya berpaling ke belakang. Kali ini, topi di kepala lelaki itu sudah ditanggalkan. Wajah itu lebih jelas di matanya kini dan kenapa Hana rasa seakan- akan pernah melihatnya? Berkerut-kerut kening Hana cuba mengerah ingatan tentang lelaki itu.
Tersungging senyuman di bibir Fahri melihat Hana termangu-mangu.
"Kita pernah jumpa dekat hospital waktu you temankan ayah I." Fahri membuka mulut.
Terangkat kedua-dua belah kening Hana. Jadi, lelaki ini anak Encik Luqman dan Puan Husna yang dia jumpa di hospital dua minggu lepas? Kenapa dia tak dapat mengecam dari awal tadi? Barangkali disebabkan waktu di hospital tempoh hari, dia berpakaian formal. Sekarang pakaiannya lebih santai, hanya mengenakan sweatpants, berbaju-T hitam dan memakai topi.
"Dah puas tengok? Kalau belum, you boleh ambil gambar I terus. I izinkan." Fahri menyakat Hana yang memerhatikannya dari atas sampai ke bawah.
Terasa panas berbahang pipi Hana bila ditegur begitu lalu pandangannya dialihkan daripada terus menatap lelaki itu.
"I Fahri. You Hana, kan?"
Hana menggeleng perlahan sebelum memusingkan badannya, menyambung langkah yang terbantut tadi. Tanpa menoleh langsung ke belakang, dia terus meninggalkan Fahri.
YOU ARE READING
Kerana Terluka [TERBIT]
RomanceFahri Ilham | Hana Atiya Start : 10th Sept 2022 End : 10th March 2023