Nafas dalam ditarik. Tangisannya mula mereda. Kepala disengetkan ke sebelah kanan lalu menopang pipi di atas lutut yang masih dilipat rapat ke dada. Sebelah tangan memeluk kaki, sebelah lagi menarik-narik rumput di tepinya yang tumbuh menghijau di taman itu.
"Ibu, Hana nak ibu."
Tanpa Hana sedar, terluah sebaris ayat itu daripada mulutnya sebelum tiba-tiba dia tersenyum dan tergelak kecil. Kalaulah sesiapa melihatnya sekarang, pasti orang menyangka dia kurang siuman. Sekejap menangis beria- ia, tiba-tiba tersenyum pula dan bercakap sendirian.
Dia tersenyum bila merasakan dia seperti budak perempuan yang berumur lapan tahun dulu. Sentiasa mencari ibunya bila bersedih. Bangun tidur pun dia menangis jika bayang ibunya tiada.
"Hana rindu sangat dekat ibu." Kali ini senyumannya mengendur dan langsung bertukar tawar. Tangannya masih ligat mencabut-cabut rumput kecil itu.
"Your smile and giggles just now seem to suit you better than your current bland smile."
Tangan yang rancak mencabut rumput spontan terhenti lalu kepalanya diangkat. Dia terkaku di situ sebaik sahaja pandangan mereka bertemu.
YOU ARE READING
Kerana Terluka [TERBIT]
RomanceFahri Ilham | Hana Atiya Start : 10th Sept 2022 End : 10th March 2023