LIMA

66 8 0
                                    

Hampir dua puluh minit dia berdiri menegak depan butiknya, menunggu seseorang yang dikenali untuk menghantarnya pulang.

"Abang Nadim ni lupa ke apa? Kot ya pun beritahu lah, whatsapp ke. Ini kalau naik grab dah separuh jalan. Lapar lagi haih.." ujarnya sambil mengusap perut.

Kaki dihentak-hentak seiring dengan melodi yang terlintas di fikiran. Dia mengeluh lagi buat kali ke berapa pun tak tahulah.

Kereta yang baru sahaja berhenti betul-betul di hadapan butik namun Abby langsung tak perasan. Di fikirannya cuma terbayang makanan ringan yang akan dihadam bila pulang ke rumah sebentar lagi.

Evan keluar dari pintu belakang memandang si gadis yang tengah mengelamun.

"Miss, berapa lama you nak berangan kat situ?" Kaki sudah melangkah mendekati si gadis.

Abby mengecilkan mata seakan cuba mengimbas memorinya.

"You ke orang yang Abang Nadim cakap tu?" Tanyanya tenang.

Evan mengeluh. "I lah orang yang tak berapa bernasib baik, kena hantar puteri raja balik rumah." Katanya selamba.

"Can we go now, my lady?"

Abby menjeling namun kaki tetap juga digerak menuju ke pintu kereta yang sudah dibuka.

"Boleh naik tak tu? Yelah kereta ni tinggi sikit. Nak I dukung?"

Abby menahan rasa marah, matanya dipejam cuba mencari ketenangan. Nafas dihembus perlahan.

"I can do it. You tak payah nak berlagak sangat, menyampah betul."

Lantas handbag dan fail berisi lukisannya diletakkan dahulu di tempat duduk. Kemudian Abby melompat sedikit sambil tangan memegang tempat pemegang di atas kepala.

"Huh. Plus I'm not that short."

Evan sembunyi senyum sambil menggeleng kepala. Mike di tempat driver hanya melihat telatah dua orang itu dengan senyuman.

Di dalam kereta...

Krik. Krik.

"Nak singgah beli makan tak?" Mike bertanya.

Abby menggeleng. "Nope. It's okay Mike. I makan kat rumah je." Tolaknya lembut.

Evan yang sedang sibuk check contract di Ipad mencelah. "Siapa yang masak? I tahu kakak you cuma ambil maid kerja sampai pukul 6 je. Wait, I call Nadim." Katanya sambil tangan sudah mencapai Iphone di poket seluarnya.

"Fine. Fine. I nak burger. Dua."

Abby menjeling lelaki di sebelahnya. Macam tahu-tahu sahaja kat rumah nanti dia nak makan jajan sepuas hati. Sebabnya kalau si kakak dan si adik ada, limit untuk dia cuma tiga sahaja.

Mike menahan tawa. Dia nampak bosnya cuma senyum mendengar jawapan Abby.

"Kat mana miss selalu beli burger?"

"Kat simpang nak masuk taman tu. Burger daging dua. Daging tu double. No blackpepper."

"Tuan?"

"Hm.. ayam special."

Mike keluar kereta dan terus order, sekali untuk dirinya juga.

"Kenapa dia panggil you Tuan? You dengan dia macam tak jauh beza umur."

Evan mengeluh. "I pun dah penat cakap dengan dia. But still dia tak nak buang habit dia tu."

Abby angguk.

Setelah burger mereka siap, Mike terus drive ke banglo dua tingkat di hujung kawasan taman.

Walaupun masih dalam kawasan perumahan, namun banglo itu berada di tanah persendirian dan tidak bercantum dengan rumah yang lain.

Kereta berhenti di hadapan pagar. Seorang lelaki berbaju hitam keluar dari pondok guard.

Abby pantas membuka tingkap. "Tommy, it's me." Ujarnya dengan senyuman.

Tommy menunduk tanda hormat. "Miss."

Pintu pagar automatik terbuka setelah Tommy menekan button di tangannya.

"Thanks Tommy. Shane at the back? How many of you tonight?"

"Yes miss. For a week straight Shane and I will work at night. There's six. Three at front and three at the back."

Abby angguk. Evan dan Mike saling berpandangan. Kemudian kereta terus diletak di bawah garaj.

Evan perasan kelainan. Pengawal yang berjaga di banglo itu malam ini lebih ramai dari biasa. Selalu kalau dia datang lepak atau bincang hal kerja dengan Nadim, abang ipar Abby cuma ada dua orang guard sahaja yang bertugas.

Abby yang perasan Evan dan Mike memandang sekeliling cuma senyum.

"Tak payah nak buat muka pelik tu. Kalau abang Im dengan Kak Aurel sama-sama outstation, plus Gib pun balik lewat memang diorang panggil guard lebih. Tommy dengan Shane tu guard yang selalu ada kalau I sorang. Tommy tu ex MMA kat Thailand tau. Shane pulak juara boxer. Ha jangan main-main."

Evan diam. Daripada cerita yang Nadim beritahu tadi, dia pasti mereka semua tak ambil ringan tentang keselamatan gadis di hadapannya yang sedang enak menjamu burgernya.

Hampir sejam mereka bertiga duduk di pondok tepi rumah, mengambil angin malam. Setelah itu Abby meminta diri masuk ke rumah, manakala Evan dan Mike pula sudah hampir memasuki kereta apabila sebuah kereta sport Audi R8 masuk ke halaman banglo.

Gibran keluar dengan wajah penat namun masih boleh memberi senyuman kepada dua orang lelaki yang memandangnya.

"Tommy, come here."

Gibran membuka pintu passenger dan mengambil dua plastik berisi tiga bungkus polisterin makanan setiap satunya.

"For all of you."

"Thanks Sir." Tommy berlalu pergi dengan plastik yang diberi.

Dia berjabat tangan dengan Evan dan Mike. "Don't mind that. Kalau aku tak bawa bekal untuk guards, esok pagi kena hentam dengan Abby. Lagipun diorang kerja jaga banglo ni kan. Tapi terima kasih, teman Abby malam ni." Katanya panjang.

"It's okay. Aku gerak dulu."

◾◾◾

Abby sudah bersiap-siap untuk ke butik keesokan harinya. Harini dia hanya santai sahaja. Kemeja baby blue beserta slack hitam. Rambut seperti biasa, hanya diikat ponytail.

Gibran yang sudah berada di dapur memanggil kakaknya.

"Kak, sini makan dulu."

"Gib, dah..."

"Sarapan atau duduk rumah je."

Abby merungut dalam diam. Roti bakar yang sudah disapu kaya digigit laju.

Gibran hanya perhatikan tingkah si kakak. Dalam hati sudah ketawa melihat muka menyampahnya.

"Tahulah dah lambat tapi tetap sarapan tu penting. Jangan nak skip breakfast selalu. Gib nak kena carikan akak boyfriend lah macam ni. Boleh marahkan akak kalau degil lagi."

Abby tersedak. "What the.. Jangan nak mengarut pagi-pagi eh. Akak dah makan dua keping. Gerak dulu." Laju sahaja kaki berlari ke pintu. Tak nak dengar ayat merapu lain yang keluar dari mulut si adik.

Nasib baik harini kereta kesayangannya sudah kembali. Tak perlulah dia menunggu orang datang ambil dan hantar balik.

Gibran mengetuk pintu kereta. "Jangan balik lewat sangat. Harini Gib tak kemane pun. Pukul 9 malam akak takde kat rumah, Gib pergi butik heret akak balik." Ujarnya dengan nada mengugut.

Abby menjulingkan matanya. "Fine bro. Ich gehe zuerst."

(I go first.)


























*******************

Yeah finally settle satu 😆
Sila lah beri komen yang menarik. Tq

The Billionaire's GirlWhere stories live. Discover now