TIGA

107 13 0
                                    

Sila turunkan komen anda 😇 dan jangan lupa tekan star kat bawah tu hehe

Send love ❤️❤️😘

▪️▪️▪️▪️▪️

Gibran berjalan laju sebaik sahaja dia masuk ke ruang kecemasan. Mata melilau mencari kelibat kakaknya.

Matanya terpandang dua orang lelaki yang duduk di kerusi ruang menunggu. Kaki diarah ke mereka. Kakak sulungnya, Aurelia turut mengikut langkahnya.

"Maaf. You berdua ke yang jawab call tadi?" Tanya Aurelia.

Dua orang lelaki tadi mendongak dan terus berdiri.

"Aurel! You buat apa kat sini? Siapa yang sakit?" Evan menyoal. Pelik apabila terjumpa isteri kawan baiknya di hospital.

Aurelia senyum, lalu menggeleng. "Nope. I datang sebab Abby. Girl yang korang tolong tadi adik I." Ujarnya.

Evan melopong. Tak tahu pula dia kawan baiknya ada adik ipar perempuan. Setahunya Gibran saja adik Aurelia.

Mike di sebelah Evan mencelah melihatkan tuannya hanya diam. Gibran juga hanya memandang perbualan kakak dan teman baik abang iparnya. Dia kenal Evan, walaupun tak rapat. Lelaki itu sering juga datang ke rumah.

"Ya puan. Kami yang tolong. Kereta dia berhenti tepi jalan. Bila saya tanya ada masalah ke, dia pegang kepala then pengsan terus."

Aurelia dan Gibran sudah duduk di kerusi hadapan dua lelaki itu.

"Abby memang macam tu. Suka sangat tak peduli pasal kesihatan diri. Haih." Gibran mengeluh.

Kemudian mereka berempat hanya diam menunggu doktor keluar dari bilik rawatan. Tak lama kemudian lelaki berkot putih dengan senyuman manis keluar.

"Keluarga Cik Abella?"

"Kami. Dia okey?"

Doktor itu mengangguk. "Dia hanya penat and stress dan perlukan rehat yang cukup. Pastikan dia hanya duduk di rumah dalam masa dua hari. She needs to eat properly."

Aurelia senyum tanda faham. "Baik doktor. Saya akan pastikan dia rehat secukupnya. Terima kasih." Ucapnya.

Gibran terus masuk ke dalam bilik rawatan. Diikuti oleh Aurelia, Evan dan juga Mike. Abby ketika itu baru sahaja ingin bangun sambil memegang kepalanya.

"Viyana Abella. Berapa kali nak pesan. Penat, rehat. Ngantuk, tidur." Gibran bercekak pinggang di hadapan kakaknya yang sudah duduk di atas katil sambil tersengih.

Sengih orang bersalah.

Aurelia yang geram terus menarik telinga adiknya itu.

"Awhh kak. Kak lepas. Aduh. Ok. Ok maaf. Abby minta maaf kak. Lepas, lepas. Sakit."

Abby menggosok-gosok telinganya yang sudah merah. Tatkala itu baru dia sedar kehadiran dua orang lelaki asing.

"Eh you. You yang tolong I tadi kan. Terima kasih banyak ya."

"It's okay. Kita hidup kena saling membantu. Saya Mike, ini Evan."

"Terima kasih sekali lagi Mike." Ucapnya. Mata pula menjeling lelaki di sebelah Mike.

Evan mengecilkan mata. Ada yang cari hal ni. "No thanks for me miss? Kalau saya tak setuju Mike hantar cik ke hospital tadi, cik masih kat tepi jalan tu tau."

Abby berdiri. "Do you think I care about it? Bukan encik ke tadi yang cakap saya hanya pura-pura sakit? Mike, nanti kalau you nak berhenti kerja dengan bos berlagak macam ni, you boleh jadi driver I." Katanya selamba.

Mike mengetap bibir menahan tawa. Aurelia dan Gibran hanya memandang mereka berdua bertikam lidah. Kemudian masing-masing menggeleng kepala.

Eloklah tu. Sama degil, sama tak nak kalah.

◾◾◾

Sampai di hadapan pintu masuk DY Holding, dia terus naik ke tingkat 13 bangunan itu.

Keluar daripada lif, seorang wanita berpakaian formal menghampiri.

"Sir, harini meeting dengan ketua jabatan ditunda kepada tiga petang nanti. Kemudian, lunch date with your cousin, di Vibe Hotel."

"Which cousin, Inara? You do know I have many cousins."

Inara cuma tersengih. "Dengan Miss Tisha. Dia tunggu Sir Evan free for lunch since last week. Dia perlu ke US lusa." Katanya.

Evan angguk. Dia meneruskan kerja sehingga Inara, pembantunya datang memberitahu jam sudah hampir ke waktu makan tengah hari.

Lelaki tinggi itu masuk ke bahagian restoran di Vibe Hotel. Mata melilau mencari kelibat sepupunya, namun orang yang dicari tiada.

"Takkan tak sampai lagi? She usually punctual." Katanya perlahan.

"I tahulah. Bukan selalu I nak lambat. Jom duduk." Sambut suara dari belakangnya.

Evan terkejut. Dadanya dipegang. Laju jantungnya berdegup.

"Tisha Hani, you nak bagi I sakit jantung ke. Main sergah je."

Tisha, gadis berambut panjang dengan gaya businesswoman hanya ketawa.

Seorang waiter datang menunjukkan tempat duduk untuk mereka dan memberikan menu.

Selesai order, mereka berdua selesakan diri.

"Jadi, kenapa you kena ke US nanti? Setahu I, kita takde sebarang hal berkaitan kerja buat masa ni untuk you ke sana."

Tisha menyisip sedikit blueberry milkshake yang baru sampai. "Seb ada benda nak bincang dengan I. Lagipun I rindu mom and dad. Grandpa, grandma pun." Ujarnya.

"Hm.."

"You bila pula nak balik US? Caleb tu ada jugalah ke sana. Mom asyik tanya I pasal you je Lucas."

Evan mengeluh. Dia bukan tak mahu pulang ke sana. Dia rindu juga pada pakcik dan makciknya. Tapi.. terlalu banyak kenangan pahit manis di sana yang dia tak mahu ingat. Apatah lagi memori pahit.

Atuk dan neneknya adalah juga datang Malaysia, lawat syarikat disini.

"It's been five years, Lucas. Since then, you went back for like three times only. They miss you. You know we all family. Family don't let you be alone. We're together forever okay."

Evan senyum. Dia tahu hal itu. Mereka satu keluarga besar.

"When I meet someone, I will come back. Not now. Just give my hug to grandpa, grandma, uncle and aunty."

Tisha mengangkat kening. Bukan dia tidak kenal sepupu yang sorang ni. Kaki perempuan. Tak kira tua atau muda, semua beratur inginkan lelaki itu walaupun hanya satu date.

"Ini luar biasa. You dah jumpa seseorang yang buat diri you bahagia? Thats good news."

Dia cuma angkat bahu. Jumpa seseorang, ya. Buat dia bahagia? Hm I don't know about that, yet.

Tisha hanya menghulur senyuman. Dia tahu, nanti bila sampai masanya sepupu dia ini akan jumpa seseorang yang baik, sesuai untuk dirinya.

Dia yakin hal itu.































******************

So .... How was it?
Apa perasaan para reader sekalian tentang cerita baru ni 😏😏

I need some answers pls 😘😘

The Billionaire's GirlWhere stories live. Discover now