DUA

123 11 0
                                    

Aurel membuka pintu bila terdengar loceng bunyi. Melihat wajah sahabat adiknya, pintu pagar dibuka secara automatik.

"Yusfina. Ada apa kat sini? Tak pergi kafe ke?" Soal Aurel setelah menjemput tetamu masuk.

Bibik datang menghidang minuman.

Yusfina geleng. "Tak kak. Hari ni rasa nak rehat kat rumah. Tapi bila dah tengah hari bosan pula. Itu yang datang kesini ingatkan nak ajak Abby keluar." Terang Yusfina.

"Laa Abby baru je keluar. Katanya ada appointment dengan client."

Yusfina berkerut dahi. "Dia tak beritahu saya pun. Tapi bukan ke semalam dia balik lewat? Kalau tak silap pukul 2 baru dia balik. Itupun sebab saya tergerak hati nak call dia." Katanya lagi.

Aurel terkejut. "Pukul 2 pagi? Akak tahu dia balik lewat tapi tak sangka selewat tu. Abby. Abby." Keluh Aurel. Adiknya yang satu itu sangat komited bila melibatkan kerja.

Nombor Abby didail namun panggilan tidak dijawab. Aurel mula risaukan keselamatan adiknya.

Gibran yang baru turun segera dipanggil. Wajah kerisauan kakaknya dipandang.

"Kenapa muka akak dengan Fina risau semacam ni. Anything happen?"

"Abby."

"Dia beritahu Gib tadi nak jumpa client. Dia tak beritahu korang ke?"

Aurel mengeluh. "Akak tahu Gib. Tapi masalahnya Abby tak boleh drive kalau tak cukup tidur dan rehat. She's migraine, don't you remember?" Keluhnya lagi.

Gibran terkejut. Dia seakan lupa hal yang satu itu. "Oh God. Gib lupa kak. So how? Dapat contact dia?" Sungguh dia risau.

Aurel dan Yusfina sama-sama menggeleng. Dalam hati Gibran geram juga dengan kakaknya yang seorang itu.

Degil.

Kalau dah rasa diri tu penat janganlah diguna badan tu. Rehatlah dulu. Haih.

■■■

Kereta dibrek mengejut. Hampir sahaja kepala dia terhantuk dekat dashboard.

"Kau ni kenapa Mike? Dah tak reti nak bawa kereta ke? Nasib baik kepala aku tak terhantuk kalau tak hilanglah hensem aku." Dalam marah sempat lagi dipuji mukanya sendiri.

Mike menjeling.

"Maaf Tuan. Kereta depan saya ni yang stop tiba-tiba. Bukan salah saya."

Evan memandang hadapan. Kereta Mini Cooper putih yang sudah membuka signal kiri dan kanan dipandang. Bahagian pemandu direnung. Tiada tanda-tanda si pemandu akan keluar untuk meminta maaf atas kesalahannya.

"Eish driver kereta tu tak nak minta maaf ke. Dia yang salah kot."

"Sabar Tuan. Biar saya keluar bertanya. Mungkin driver ada problem."

Evan berdecit. Langkah Mike yang mengetuk pintu driver kereta Mini Cooper itu ditenung.

"Aku dah banyak kali cakap. Jangan panggil Tuan. Dia nak juga. Aku kata tak payah bahasakan diri saya tapi eh dia degil juga. Eii aku sumbat mulut tu dengan sayur sawi nanti haa padan muka." Bebelnya sendiri di dalam kereta.

Belum sempat Mike ingin mengetuk tingkap kereta, pintu sudah dibuka oleh seorang gadis. Mike bergerak ke belakang sedikit.

"Miss, you.."

Mike baru nak bertanya satu suara sudah membentak.

"Hey you! Tak reti drive ke? Yang you pandai sangat nak stop tiba-tiba kenapa."

"Tuan..." Mike mengeluh.

Abby yang baru berura-ura ingin meminta maaf terus sahaja menguburkan niatnya. Pandangan matanya tajam merenung lelaki berkot hitam itu.

"Excuse me Sir. I know this is my fault and I baru je nak minta maaf. Tapi tengok you yang tak beradab ni buat I meluat. No manners!"

Evan menjegilkan matanya. What the hell?!!

Mike perasan keadaan makin tegang jadi dia terus mencelah. "Okey berhenti. Don't fight. Boleh kami tahu kenapa miss berhenti secara mendadak?"

"Huh. Perempuan memang menyusahkan."

Abby ingin melawan namun sakit kepalanya yang makin mencucuk buatkan dia lemah. Dia terduduk di kerusi pemandu.

"Are you okay miss?"

Handphone yang masih berbunyi di seat sebelah digapai. Baru sahaja dia ingin menjawab panggilan itu, Abby pengsan.

"Miss. Miss!"

Evan hanya memandang tanpa membantu. "Alah pura-pura je tu. Jomlah Mike." Ujarnya selamba.

Mike menggeleng. Geram pula dengan tuannya.

"She's really sick Evan. Look her face is so pale. Boleh tak angkat dia bawa masuk ke kereta. Kita hantar ke hospital."

Evan mendengus. Mahu tidak mahu dia membawa tubuh gadis itu masuk ke kereta manakala Mike mengambil barang-barangnya dan Mini Cooper itu dikunci.

Nanti tak pasal kena curi pula kereta comel itu.

Handphone gadis itu berbunyi lagi.

Gibran is calling..

"Abby! Why you..."

"Sorry tapi saya nak beritahu empunya handphone ni pengsan. Jumpa di DN Hospital."

"What?!! Okey. I'm coming. Thank you."

Evan merenung si gadis yang berbaring di ribanya. Matanya merenung ciptaan indah Tuhan.

Cantik.






































***********************

😏😏 So ... 🤪

The Billionaire's GirlWhere stories live. Discover now