Bab 04 : Nekad

154 4 0
                                    

Irfana Nuha (3)

       
         AKU tersentak mendengar suara garau yang tidak asing itu menyapa gegendang telingaku. Mataku segera tertancap ke arah pintu, melihat Izham yang sudah berdiri dengan renungan tajam.

Air liurku ditelan kasar. Jantungku berdegup kencang. Wajah Izham kelihatan sedikit kemerahan. Tidak pernah aku melihat ekspresi wajah marahnya seperti itu.

Manakala Nadhira, dengan segera bangun dengan ekspresi wajah yang terkejut. Dia merenung aku dan Izham. Keliru.

Syukurlah sekarang tiada orang, jika tidak malah menjadi drama tontonan orang awam.

“Awak ulang balik apa awak cakap tadi, Nuha?”

“Saya salah dengar kan?” Rahangnya diketap. Buku limanya dikepal di sisi.

“Iz—”

“Kau jangan masuk campur, Nadhira!” Herdik Izham kepada Nadhira yang ingin menyampuk, langsung terdiam Nadhira melihat Izham yang marah.

Tidak pernah langsung Nadhira melihat Izham marah sedemikian rupa. Sama seperti yang aku lihat ketika kami makan malam dahulu. Wajah Nadhira kelihatan serba-salah dan risau. Matanya kembali tertancap ke arahku.

“Saya... Saya dah nekad, Izham.”

“Saya nak putus tunang.” Kataku dengan suara yang perlahan, daripada ton dan nada, sudah jelas aku sedang mengawal perasaanku. Takut.

Rahangnya masih diketap. Susah buatnya menerima keputusanku. Sepatutnya, daripada awal lagi aku tidak bertunang dengan Izham.

Izham merupakan seorang yang penyabar dan baik. Dahulunya, kami bertemu ketika aku membantu Izham yang mengalami kemalangan kecil, hanya luka ringan semasa dia menunggang motorsikal berkuasa tingginya itu.

Aku sudah tahu situasinya. Dahulu, meski ibubapa Izham jelas menunjukkan mereka tidak menyukaiku, Izham tetap melindungiku sehingga aku terjatuh hati dan bertunang dengannya.

Sekarang baru aku tahu, seorang yang sabar jangan diuji amarahnya.

“Nadhira!”

Nadhira tersentak mendengar suara lantang Izham itu. Wajahnya masih terkejut. Dia tidak mengerti situasi ini sebenarnya.

“Kau jaga kedai ini! Aku nak bercakap dengan Nuha sekejap!”

Belum sempat aku membantah, pergelangan tanganku sudah direntap dan ditarik dengan kasar. Nadhira terkejut dan cuba melawan.

“Kau jangan nak apa-apakan kawan aku!”

“Aku tak apa-apakan kawan kau! Aku cuma nak ajak berbincang!” Lawan Izham kembali.

Nadhira tidak berjaya melawan Izham meskipun dia protes sehabis baik. Wajahnya serba-salah melihat diriku yang ditarik Izham keluar daripada kedai.

         

        AKU hanya membisu apabila aku sedang duduk berseorangan di taman, melihat kanak-kanak yang sedang bermain dan beberapa pasangan berpegang tangan.

His GriefWhere stories live. Discover now