"Oi! Termenung apa tu?"
Adam tersentak dari lamunannya. Paparan imej di skrin telefonnya dimatikan lalu disimpan di dalam poketnya.
Dia menoleh ke belakang. Melihat pada pemilik suara yang menegurnya. Zarith.
"Eh kau ni. Terkejut aku. Tak ada apalah. Ni aku cuma main telefon jap." Jawab Adam.
Zarith hanya tersenyum pada rakannya itu. Dia tahu akan apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Namun dia cuba untuk tidak masuk campur. Sebagai seorang kawan, dia cuba menghiburkan rakannya yang sedang rungsing dengan dilemma kehidupannya.
"Dah-dah. Jom. Khemah kau tak pasang lagi tu." Ajak Zarith.
*
*
*
Waktu itu, Adam dan rakan-rakannya memilih untuk bercamping di dalam sebuah hutan simpan. Aktiviti itu dirancang oleh mereka untuk lari dari kesibukan kota.
Zarith datang bersama isterinya, Nadia.
Dan seorang lagi rakannya... Akmal datang bersama adiknya, Aida.
Adam pula... Hanya sendiri. Isterinya sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan di negara mereka.
Adam mengikuti mereka bagi melakukan kerjanya sebagai seorang jurugambar. Mencari ilham dengan mengambil gambar-gambar alam sekitar saat mereka bercamping di hutan tersebut.
Namun jauh dalam hatinya... Dirinya berbelah bahagi tentang isterinya, Julia.
Julia.
Seorang wanita yang ayu bertudung. Sentiasa anggun dengan pilihan pakaiannya. Dengan kulitnya yang putih gebu dan bentuk tubuh yang menawan... Mana-mana lelaki pasti akan membayangkan untuk menyetubuhi wanita tersebut.
Namun mereka hanya mampu terus membayangkan detik-detik bersama dengan Julia. Kerana dia kini milik Adam. Miliknya sebagai isteri yang sah.
Tetapi, kini perkahwinan mereka yang baru terbina sepanjang dua tahun kini mula diuji. Semuanya bermula saat Julia mendapat tawaran untuk bekerja sebagai seorang pramugari.
Kerjaya itu merupakan impian bagi wanita tersebut. Dan Adam sebagai suami, dia menyokong pilihan isterinya itu.
Bukannya dia tidak mampu untuk menanggung kehidupan mereka... Adam sendiri merupakan seorang yang mempunyai perniagaannya sendiri. Dia mempunyai dua buah studio gambar dan 3 buah perniagaan dobi layan diri.
Pendapatan itu lebih dari cukup untuk menampung kehidupan mereka.
Tetapi, Adam faham akan keinginan isterinya, Julia. Tambahan pula, mereka masih belum mempunyai anak.
Disebabkan itu, dia mengizinkan untuk isterinya bekerja dengan syarikat penerbangan tersebut.
Awalnya, semuanya berjalan dengan lancar. Dialah yang menghantar dan menjemput Julia di lapangan terbang KLIA setiap kali isterinya itu pergi bertugas dan pulang dari tugasnya.
Namun kebelakangan ini... Dirinya merasakan yang isterinya seakan mulai menjauhinya.
Saat mahu bersama, diberinya alasan yang dirina penat. Tidak cukup tidur. Dan sebagainya.
Julia ada juga melayan kehendaknya, namun ianya tak seperti dulu. Saat isterinya mendapat cuti , dia akan manjakan wanita itu dan itulah masa yang dirinya akan mendapat habuannya bersama Julia.
Adam cuba bertahan, namun bila dirinya mulai mendengar akan cerita-cerita buruk tentang kerjaya sebagai pramugari... Dirinya mulai bimbang.
Desas desus seperti tidur bersama kapten dan set krew yang lain.
Mabuk sakan saat berada di luar negara.
Didekati oleh golongan yang berpengaruh yang menawarkan habuan tinggi bagi servis yang tak sepatutnya dilakukan...
Akalnya runsing!
Adam tahu yang Julia tidak mungkin akan melakukan perkara seperti itu. Biarpun wanita itu terpaksa membuka tudungnya dan memakai pakaian yang agak sendat. Namun Julia yang Adam kenal adalah wanita yang tahu akan halal dan haram.
Adam tahu... Dia yakin dan percaya pada isterinya....
YOU ARE READING
Saka Serakah
FantasyAdam. Seorang freelance photographer yang mulai sunyi saat isterinya mulai sibuk dengan kerjayanya. Suatu hari, beliau mengikuti rakan-rakannya untuk bercamping di dalam hutan. Dirinya mengikuti mereka bagi mencari idea dan ilham baru untuk kerjay...