Saat Adam selesai memasang khemahnya, Adam duduk di tengah-tengah antara khemahnya dan yang lain.
Di tengah-tengah khemah itu, di mula menyalakan unggun api bagi aktiviti malam mereka.
Saat dirinya sudah siap, Nadia datang dan duduk di sisinya.
"Hai Adam. Siap dah ke?" Tanya Nadia.
"Sudah. Sekarang, kita relax je la. Tunggu malam tiba." Jawab Adam.
Adam memandang ke arah Nadia sekilas pandang.
Isteri kepada kawan baiknya itu tidak kurang cantiknya. Berbeza dengan isterinya yang bertudung, Nadia lebih selesa berimej free hair dan senang mengenakan tshit dan jeans. Rambutnya pendek di paras bahu dan tingginya dalam 160cm.
Tubuh badannya pula agak mengeliurkan. Dengan pakaian ketat yang membalut tubuhnya, jelas terlihat akan payudaranya yang agak besar beserta saiz punggungnya.
Nadia sememangnya sering menghadiri gym di bawah kondominium rumahnya untuk bersenam. Dia sangat berdisiplin tentang kesihatan dan keanjalan tubuh badannya. Sentiasa menjaga penampialannya walau di mana sahaja. Walaupun tidak bersama suaminya, Zarith.
"I tahu apa yang you dok peningkan. Zarith ada cerita dengan I. Dan I kenal Julia macam mana. Dia kawan I juga." Kata Nadia.
Dia sedia maklum akan apa yang dirunsingkan oleh kawan baik suaminya itu. Suaminya juga banyak berkongsi dan bercerita padanya tentang segala yang berada di fikirannya.
Adam menghembus nafas panjang.
"Tak ada apalah. Biasalah, isteri jauh. Kita yang suami ni mestilah risau. Zarith pun mesti macam I kalau You jauh dari dia." Balas Adam.
Nadia memeluk tubuh Adam dari tepi. Dia meletakkan kepalanya di bahu Adam.
"Kalau you perlukan apa-apa... Just let us know okay...?" Pujuk Nadia.
Jelas terasa akan keanjalan payudara isteri kawan baiknya itu di sisi tubuhnya. Saat bisikan syaitan itu mula hadir, Adam segera menolak tubuh Nadia dengan perlahan. Memisahkan tubuhnya dari pelukan wanita itu.
"Ya... No worries. Anything I akan inform Zarith." Balas Adam sambil memandang ke arah Nadia.
"Ooo... Berdating ye..." Tegur satu suara dari belakang.
Adam dan Nadia menoleh ke belakang. Memandang ke arah suara yang menegur mereka.
"Eh... Tak la. Kau jangan dok fikir bukan-bukan okay." Jawab Adam.
Suara yang menegur mereka itu datangnya dari Aida. Adik kepada Akmal.
Gadis itu sedang berdiri di belakang mereka sambil mencekak pinggangnya memandang mereka.
"Dengan Nadia ber-I-YOU. Dengan aku ber-KAU-AKU eh?" Sindir Aida.
"Alah... Kau budak lagi. Nadia ni, sikit hari dah jadi mak orang dah. Respect la sikit." Balas Adam.
Aida menarik mukanya.
"Select la kau ni. By the way,dah tak ada apa-apa ni... jom jalan-jalan. Jom pergi kat sungai." Ajak Aida.
Nadia memandang ke arah Aida sebelum menoleh semula ke arah Adam.
"Jom you. Dari tak buat apa. Nanti malam takleh nak jalan-jalan dah." Ajak Nadia.
"Haaa... Bawalah sekali kamera kau tu. Kot ada inspirasi ke nanti. Kalau tak ada, Kitorang boleh jadi inspirasi kau. Hehehe. Ambil je gambar banyak-banyak lepas tu, send kat kitorang." Tambah Aida sambil tersngih pada kawan abangnya itu.
Adam hanya tersenyum mendengar kata-kata mereka.
"Hmmm... Tak apalah. You girls pergilah. I malas la. Bagi I relax jap kat sini. Tenangkan fikiran jap petang-petang ni." Jawab Adam.
Aida dan Nadia memandang antara satu sama lain. Apa yang bermain di fikiran Adam sudah dapat di jangka. Mereka sedia maklum akan dilemma yang dilalui oleh Adam saat itu.
"Well, kalau kau ubah fikiran. Datang la kat sungai join kitorang... Dan bawa kamera! Hehehe. Jom Nadia." Kata Aida sebelum melangkah meninggalkan mereka.
Nadia hanya tersenyum mendengar kata-kata Aida. Beliau seterusnya menolak tubuhnya bangun untuk berjalan meninggalkan Adam.
Namun sebelum dirinya berlalu pergi. Tubuhnya membongkok ke arah Adam lalu mencium bibir lelaki itu dengan sepintas lalu sebelum berkata...
"Kalau you perlukan apa-apa... Carilah I."
Sebaik sahaja dirinya mengatakan pesanan ringkas itu, Nadia terus berjalan meninggalkan Adam dan menyertai Aida.
Meninggalkan Adam dalam keadaan terpinga-pinga akan apa yang baru berlaku.
Adam melihat dua wanita itu berlalu pergi meninggalkannya. Dirinya masih tertanya-tanya akan apa yang dimaksudkan oleh Nadia.
Akalnya mula menyimpulkan syak wasangka yang berunsur berahi...
Nadia memang cantik orangnya. Tidak terlalu seksi dan tidak juga terlalu alim. Untung Zarith memiliki wanita itu sebagai isterinya. Namun apa yang dilakukan oleh Nadia sebentar tadi merunsingkannya.
Aida pula... Walaupun tidak melakukan apa-apa yang mengundang syak wasangka... Dirinya dalam diam meminati wanita itu.
Mungkin kerana adik kawannya itu jenis bertudung dan bentuk badannya lebih kurang sama seperti isterinya.
Mungkin kerana rauk wajahnya yang seakan-akan cina disebabkan darah campuran antara ibu dan ayahnya.
Mungkin juga kerana dia sudah mengenali Aida lebih lama sebelum dirinya mengenal isterinya memandangkan Akmal dan Zarith merupakan kawan baiknya.
"Astarfirullahalazim..." Istighfar Adam dengan panjang.
Bisikan-bisikan nafsu itu segera ditepisnya. Dia sudah mempunyai isteri. Tiada sebab untuknya menduakan isterinya yang tercinta. Tetapi...
Akal fikirannya terhenti seketika saat matanya memandang ke arah seekor kucing di sisinya. Seekor kucing hitam yang lebat dan panjang bulunya sedang duduk dan memandang ke arahnya.
Adam melihat akan fisikal kucing yang berbulu gebu dan cantik itu.
"Can-cantiknya kamu..."
YOU ARE READING
Saka Serakah
FantasyAdam. Seorang freelance photographer yang mulai sunyi saat isterinya mulai sibuk dengan kerjayanya. Suatu hari, beliau mengikuti rakan-rakannya untuk bercamping di dalam hutan. Dirinya mengikuti mereka bagi mencari idea dan ilham baru untuk kerjay...