°•PROLOGUE•°

6.3K 221 5
                                    

Tap

Tap

Tap

Kedengaran bunyi derapan langkah seseorang menuruni tangga. Berpakaian formal sambil membetulkan jam yang berada di pergelangan tangannya. Rambut yang terjuntai sedikit diturunkan. Dirapikan sekali lagi baju yang tersarung pada badan tegapnya. Anak mata ocean blue miliknya bergerak ke kanan dan ke kiri. Keningnya berkerut sedikit.

Ke mana pula mommy dan daddy-nya ini? Tidak kelihatan sama sekali. Kedengaran suara orang yang sedang berbual-bual di ruang tamu. Entah apa yang dibualkan oleh mereka juga tidak tahu. Lekas kakinya dibuka menuju ke ruang tamu. Pagi-pagi lagi sudah ada tetamu. Hal yang mustahak mungkin?

"Eh, kita ni asyik berborak aje. Ke mana bujang kau, Shad? Tak ada dekat sini ke?" Semakin berkerut dahi Arzen Raees tatkala dia merasakan dirinya terpanggil. Bujang? Bukan aku seorang aje ke anak mommy dan daddy? Anak bujang mana lagi?

"Ada dekat atas, Raf. Sekejap lagi, turun lah tu. Penat sangat agaknya." Semakin dia mendekati ruang tamu, semakin berdebar-debar rasa hatinya tika ini. Entah apa yang buat dia rasa berdebar juga tidak tahu.

"Ma, lama lagi ke dekat sini? Sekejap lagi, Wafa ada kelas." Langkah Arzen terhenti apabila kedengaran suara gadis di ruang tamu itu. Suara yang begitu lunak didengarnya. Sudah lama tidak didengarnya.

"Sabar, sayang. Kita tunggu dulu ya? Tengoklah ayah kamu tu. Masih lagi berborak itu ha. Ya tak, Raudah?" Arzen mengetap bibir. Siapa gerangan suara lunak itu? Dia ingin tahu.

"Iya. Sabar ya? Lagipun, bakal suami kamu belum lagi muncul ni. Entah apa yang dibuat dekat atas pun tak tahulah." Arzen tersentak. Bakal suami? Dia ke? Anak mana lagi yang mommy katakan?

Lekas kakinya melangkah menuju ke ruang tamu. Sedang mereka rancak berborak, suara garaunya mencelah membuatkan mereka menoleh ke arahnya.

"Sorry, I'm a bit late. Ada apa-apa yang Zen perlu tahu ke sekarang, mommy? Daddy?" Datar suaranya mengajukan soalan kepada mommy dan daddy-nya. Anak matanya bergerak mencari pemilik suara lunak tadi.

"Ma, uncle ni tak tahu adab ke? Bukan kena bagi-" mulut yang petah bercakap milik Nurwafa Rasheeqa ditutup oleh mamanya. Ya Allah, budak ini. Mulutnya ini, minta masuk kandang harimau!

Membulat mata Arzen apabila dia mendengar suara lunak itu membidas. Fuh! Makan dalam rasanya. Lekas dia menoleh ke pemilik suara lunak itu. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, dia terpana. Seriuslah? Budak kecil ini? Nampak pendek je.

"Apa mulut Wafa ni? Lain kali jangan cakap-" Wafa menarik tangan mamanya daripada menutup mulutnya. Lekas dia bangun daripada sofa yang diduduknya.

"Hei, tak sopan tahu cakap macam tu dekat mak bapak sendiri. Buat penat je diorang nak dapatkan kau, besarkan kau dengan adab, tapi otak tertinggal dekat lutut."

Maniac!

Satu lagi tusukan tepat pada Arzen terkena tepat pada jantungnya. Wah, budak ini. Mulut dia bukan main pedas.

"Nurwafa Rasheeqa..." Bergetar suara Dato' Rafael Adrian memberi amaran.

Namun, Wafa peduli apa? Benda salah, patut ditegah!

"Shh! Ayah diam sekejap. Biar Wafa yang ajar mamat ni. Ish! Geram pula kita." Lengan bajunya dilipat ke atas. Sedia ingin membidas lagi agaknya?

Tan Sri Arshad Haqeem dan Puan Sri Raudah Amira saling berpandangan. Wah, bagus juga ada yang mengajar anak mereka ini. Senang.

"Tak apa, Wafa. Kamu ajar je anak uncle and aunty ni. Budak bertuah ni, degil sedikit. Nak kena ada yang pandai cakap. Buat je dia terasa." Sokong Tan Sri Arshad. Puan Sri Raudah mengangguk menyokong pernyataan suaminya.

Arzen pula memandang mommy dan daddy-nya tidak percaya. Seriously? Diorang setuju biarkan budak kecil ini bidas dia? Eh! Ini Arzen lah! Terlihat senyum senget terukir di hujung bibir Wafa tika ini. Arzen memandang gadis itu dengan tajam. Nak lawan? Meh lah!

"Anak kecil terjun ke dalam laut, adab pak cik ni tampaknya dah ke laut?" Dua rangkap pantun milik Wafa dikeluarkan. Entah datang dari mana idea ingin berpantun.

Arzen mengetap bibir. Eh, budak ini dah melebih. Karang aku cakap, nangis juga.

"Pak Hamid ambil buah jambu, kau ni siapa nak ambil tahu?" Dua rangkap pantun daripada Arzen membalas pantun milik gadis kecil itu tadi. Terukir senyum sinis milik Arzen. Tak sia-sia dia ambil sastera dulu.

You has been slain!

Namun, tiada perkataan slain buat Nurwafa Rasheeqa.

Wafa menggulingkan bebola matanya ke atas sebelum bergerak menuju ke arah jejaka itu. Muka kacak, tapi mulut minta di cili! Lancang betul! Arzen terkedu apabila gadis kecil itu bergerak mendekatinya. Langkahnya terundur sedikit ke belakang.

"E-eh?! K-kau nak apa ni?!" Wafa merenung anak matanya tajam apabila dia berhenti tepat di hadapannya.

Arzen meneguk air liurnya kelat. Ya Allah, dugaan apa ini? Terhambur tawa milik mommy dan daddy-nya apabila melihat muka cuak milik anak teruna mereka. Harap badan je sasa, tapi takut dengan budak kecil!

Lama juga gadis kecil ini menatapnya. Entah apa yang ditatap juga tidak tahu.

Tidak lama kemudian, Wafa mengeluh kecil. Dia mengundur setapak ke belakang sebelum badannya dipusingkan ke belakang. Tangannya naik bercekak pinggang.

"Uncle, aunty. You guys said that you only have one son right?" Arzen mengerutkan keningnya. Apa ini? Kenapa gadis kecil ini berkata seperti itu?

Sepasang suami isteri itu saling berpandangan. Mereka kembali menoleh memandang Wafa.

"Yes, and why you ask like that, Wafa?" Wafa mengangguk faham. Sekejap, seorang anak aje kan? Dia membulatkan matanya besar sebelum memusingkan badannya ke belakang.

Badan tegap, kulit yang berwarna putih kemerahan sama sepertinya, bibir yang masih terlihat merah, tak merokok ke mamat ni? Dia tergamam. Jangan kata...

"Nurwafa Rasheeqa... Yang kamu ajak gaduh tu, bakal suami kamu..." Arzen membulat mata tidak percaya. Gadis kecil pendek ini?

Mereka saling menuding jari antara satu sama lain sebelum villa itu bergema dengan suara ketidakpercayaan mereka.

"What?!! You....?!!"

•••

HIS NAUGHTY GIRL

PUBLISH: 23.05.2024

SEE YA!!

HIS NAUGHTY GIRLWhere stories live. Discover now