"Jangan sentuh aku!" Tempik Wafa kuat seraya tubuhnya diundurkan ke belakang. Satu badannya menggigil hebat dek ketakutannya menyerang kembali.
Ingatan akan kejadian itu masih segar di dalam ruang fikirannya. Arzen tergamam. Lidahnya kelu apabila isterinya berkata sedemikian. Tangannya ditarik kembali. Tidak, Wafa masih dalam fasa ketakutan. Arzen melepaskan nafas perlahan. Sabar. Segala-galanya bakal berubah.... Kan?
Arzen memandang tepat ke dalam anak mata hazel milik Wafa lama. Sehingga membuatkan Wafa terkedu. Tatapan mata itu... Itu milik...
"S-sir...?" Seru Wafa membuatkan Arzen mengangguk dengan senyuman segaris.
"Yes, I am. Come here..." Arah Arzen lembut membuatkan Wafa lekas merangkak laju mendapatkan suaminya. Tangannya lekas memeluk tubuh sasa milik Arzen. Erat.
"S-sir! Sir! S-saya takut... Hiks... Takut... K-kenapa sir tinggalkan saya seorang? Hiks... K-kenapa..." Terasa hangat dahi Wafa apabila sesuatu mengucupnya. Arzen menarik kembali kucupannya.
Dagu Wafa ditarik lembut lalu diangkat agar memandang dirinya. Tatapan lembut diberikan. Air mata milik cik isterinya diseka lembut. Dia tidak suka melihat gadis itu menangis. Hatinya bagai dicarik-carik. Sakit, pedih, segala-galanya dia rasakan saat ini.
"Aku minta maaf okey? Aku tak patut tinggalkan kau seorang diri dekat apartment tu. Maaf... Maaf sangat-sangat..." Rayu Arzen perlahan. Tersebik-sebik bibir Wafa mendengarnya.
"Hiks... J-janji... T-tak tinggalkan saya?" Soal Wafa inginkan jawapan daripada jejaka itu. Arzen tersenyum tipis. Kepala dianggukkan.
"Janji..." Kata Arzen perlahan seraya menarik kembali tubuh isterinya agar merapati dirinya. Dipeluknya erat.
Wafa menyembamkan mukanya ke dada bidang milik encik suami. Arzen hanya membiarkan sahaja bajunya basah tatkala isterinya kembali menghamburkan tangisan. Dia sedar bahawa itu merupakan kesalahannya. Dia tidak patut meninggalkan isterinya seorang diri.
Tetapi yang peliknya, bagaimana mungkin para penceroboh itu dapat masuk? Bukankah apartment miliknya sentiasa mempunyai sekuriti yang ketat? Dia mengetap bibir bawahnya kuat. Dia harus mencari tahu. Dengan kadar yang segera.
•••
Tubuh isterinya perlahan-lahan dibaringkan ke atas katil itu. Apabila dia terdengar rengekan milik isterinya, dia lekas menepuk-nepuk bahu isterinya agar kembali tertidur. Dia melepaskan keluhan kecil.
Rambut isterinya yang menutupi sebahagian mukanya, ditarik lembut lalu diselitkan ke belakang telinga. Senyuman tipis terukir di bibirnya.
"I go first okay? Sweet dreams..." Bibirnya jatuh mengucup dahi licin milik isterinya lembut sebelum ditarik kembali. Dia bingkas berdiri daripada birai katil tersebut lalu berjalan menuju ke pintu.
Sempat dia menoleh ke belakang sekilas. Terasa berat hati ingin meninggalkan cik isteri seorang diri. Dia mengeluh perlahan. Tidak, dia tidak boleh menjadi sebegini. Dia harus mencari siapa dalang di sebalik semua ini. Tombol pintu dicapainya lalu kaki kirinya melangkah keluar. Tidak mengapa. Hanya buat beberapa hari sahaja.
Wafa terpaksa menginap di villa mama dan ayah mentuanya buat sementara waktu. Segala-galanya telah diperjelas dan dipersetujui oleh mereka. Mereka turut bersimpati atas tragedi yang menimpa anak perempuan bongsu mereka.
Hendak tidak hendak, dia terpaksa merelakannya. Tangannya digenggam erat. Siapakah dalangnya? Mengapa mereka perlu mengancam isterinya? Mengapa perlu gadis kecil itu?
YOU ARE READING
HIS NAUGHTY GIRL
Romance[HIS NAUGHTY GIRL] ••ARZEN RAEES × NURWAFA RASHEEQA•• "You naughty girl... How many boys that you want to attract huh?" -ARZEN RAEES- "Kepada Sir Arzen yang student ramai tergila-gilakan, tolong pulangkan balik kasut sekolah saya! Saya nak balik...