°•CHAPTER 9•°

2.7K 127 4
                                    

Wafa membuka kelopak matanya secara perlahan. Kepalanya dirasakan sakit akibat cengkaman tadi. Perutnya juga berasa hal yang sama. Namun, yang anehnya adalah dia berada di dalam tempat yang gelap. Hanya dirinya sahaja yang berada di dalam tempat itu. Perlahan-lahan dia duduk sebelum dia bangun daripada tempatnya.

Tempat apa ini? Mengapa semuanya gelap? Tangan kanannya memegang perutnya yang masih dirasakan sakit. Oh, tolonglah. Anak matanya dilarikan ke kanan dan ke kiri. Ini dimana? Bukankah tadi dia berada di dalam kelas? Bagaimana dia boleh ke tempat yang gelap seperti ini?

Tiba-tiba, terdapat dua ekor harimau putih berjalan ke arahnya. Wafa tersentak. Satu, anak matanya berwarna merah, agak garang. Manakala satu lagi, anak matanya berwarna biru, terlihat tenang. Terkebil-kebil mata Wafa melihat mereka. Siapa mereka ini? Harimau putih yang bermata biru itu bergerak mendekati Wafa sebelum harimau itu menggeselkan kepalanya ke tangan Wafa.

Wafa mengerdipkan matanya beberapa kali. Eh? Tidak garang sama sekali? Yang satu lagi, menggeselkan kepalanya ke kaki Wafa. Ah, sudah. Dia ini penjinak haiwan kah? Tetapi yang anehnya, siapa yang hantar mereka? Tempat yang gelap seperti ini, bukanlah tempat mereka.

Tiba-tiba, kedengaran suara seseorang berkata, "Lari! Lari, Wafa! Jangan terima mereka!" Wafa tersentak sebelum dia mengalihkan pandangannya ke kiri dan ke kanan.

Siapa yang berkata itu? Dia ingin mencari orang yang bersuara itu, namun langkahnya terhenti. Terlihat seekor harimau putih yang bermata merah itu menghalang jalannya dengan suara yang agak menyeramkan. Seakan ingin membaham seseorang di hadapannya. Dia memandang hairan. Harimau ini marah akan siapa?

Sekali lagi suara itu berkata, "Lari! Aku kata lari, Wafa!" Wafa mengetap bibirnya kuat apabila suara itu semakin kuat dan jelas di halwa pendengarannya. Siapa yang mengatakan itu? Mengapa dia tidak dapat melihatnya sama sekali?

Yang dia lihat hanyalah dua ekor harimau ini sahaja. Jadi, siapa yang bersuara itu? Kedengaran agak garau juga. Suara lelaki. Tanpa berfikir panjang, kakinya diangkat ingin berlari daripada tempat itu. Tempat ini sepertinya tampak berbahaya! Dia harus segera keluar daripada tempat ini. Namun, langkahnya terhenti tatkala dia melihat figura seseorang di hadapannya. Keningnya berkerut.

Siapa ini? Sepertinya dia...

"Wafa..." Nada panggilan itu membuatkan Wafa tergamam. Air matanya mengalir jatuh membasahi pipinya.

"A-abang Wafiy?" Senyuman terukir di bibir jejaka itu. Tangan dihulurkan kepada Wafa. Ingin Wafa menyambut tangannya.

"Wafa, kita keluar daripada tempat ni ya? Tempat ni tak sesuai untuk Wafa." Kata jejaka itu lembut. Wafa mengetap bibirnya. Tak sesuai? Mengapa?

"Kenapa, abang? Abang-"

"Shh... Ikut abang, Wafa. Ikut abang. Suami Wafa dah tunggu. Mama dan ayah pun tunggu Wafa bangun. Sedarkan diri, Wafa." Tangan jejaka itu menarik tangan Wafa perlahan. Perlahan-lahan cahaya mengerumuni mereka. Wafa tersentak apabila terlihat beberapa kuntum bunga mawar putih berterbangan.

Ini...

"Abang, abang nak bawa Wafa pergi-" jejaka itu lekas memeluk Wafa dengan erat. Wafa terkedu. Mengapa...? Dia mula tersedar akan sesuatu. Ini...

"A-abang nak tinggalkan Wafa buat kali ke berapa? Wafa... Wafa tak nak kena tinggal lagi, abang. Wafa tak nak!" Terus tubuh jejaka itu dipeluk erat. Jejaka itu hanya mengukir senyuman.

"Wafa dengar ya? Wafa kena pergi. Suami Wafa tunggu Wafa. Ingat ya? jaga solat Wafa. Jaga Al-Quran Wafa. Jaga segala-galanya. Perlahan-lahan Wafa cuba untuk beristiqamah. Abang sentiasa ada dekat sisi Wafa. Wafa mungkin tak nampak abang, tapi percayalah. Abang selalu ada. Ya?" Segala pesanan itu membuatkan Wafa semakin menghamburkan tangisan yang agak kuat.

HIS NAUGHTY GIRLWhere stories live. Discover now