Setibanya di hadapan kelas 5 Tekno itu, Arzen mengerutkan kening. Mengapa pintu kelas itu dikunci? Dia mengetap bibir. Takkanlah tiada orang kut? Tetapi, aura yang keluar daripada kelas itu agak menyeramkan. Dia tidak rasa Wafa ke tempat lain. Wafa masih berada di dalam kelas ini. Dia harus mengikut kata hatinya. Arzen lekas membuka kunci kelas itu sebelum dia membuka daun pintu itu secara perlahan.
Anak matanya bergerak mencari kelibat isterinya secara teliti.
"Wafa...? Kau dekat mana...?" Panggil Arzen perlahan. Tetapi, tiada sebarang sahutan. Aura yang menyeramkan itu semakin mencucuk dirinya.
Aura apakah ini? Dia tidak pernah merasakannya sebelum ini. Dia berjalan menuju ke tempat duduk Wafa. Langkahnya terhenti. Dia terpempan. Wafa... Memeluk lututnya. Ikatan rambutnya menjadi tidak terurus. Panahan mata Wafa juga menjadi tajam dan... Kosong? Bajunya juga menjadi kotor dan terdapat kesan kasut pada baju itu. Siapa yang memijaknya? Dia berjalan ke arah Wafa secara perlahan.
"Wafa...?" Panggil Arzen lembut. Wafa tidak menyahut. Malah, dia hanya memandang dirinya tajam. Dia tergamam.
Anak mata hazelnya berubah menjadi hitam gelap. Tidak. Dia tidak rasa bahawa ini Wafa. Wafa yang sebenar bukan seperti ini. Arzen meneguk liurnya kelat. Perlahan-lahan dia melutut di hadapan Wafa. Tangan Wafa dicapai lembut. Sejuk.
"Wafa, sayang... Kenapa ni...?" Tegur Arzen lembut. Wafa masih tidak membalas. Dia masih diam. Kedudukannya masih statik di tempatnya.
Arzen merenung anak mata Wafa dengan tatapan lembut. Perlahan-lahan dia menarik tubuh Wafa ke dalam dakapannya.
"Wafa... Wafa sedar, sayang. Cuba istighfar, sayang." Kata Arzen seraya dia mengusap lembut badan belakang Wafa. Ya Allah... Apa yang dah jadi ini?
Dia mengetap bibirnya kuat. Siapa yang dapat menolong mereka saat genting sebegini? Tiba-tiba, dia teringat akan seseorang. Papa... Papa tahu hal ini. Lekas dia mengeluarkan telefonnya. Ditekan butang hidup lalu menekan aplikasi kontak. Dicari nama Tuan Adham. Jumpa. Lantas dia menelefonnya. Dalam hati sudah berkali-kali dia selawat. Seluruh tubuh isterinya sejuk. Seperti mayat yang sedang berada di dalam peti mayat.
Tut!
Panggilan antara Arzen tersambung. Terlebih dahulu, Tuan Adham bersuara, "Helo, Zen? Ada apa-"
Dengan cemasnya, Arzen menyahut panggilan itu. Tangannya masih belum lepas daripada pelukannya. Dipeluk erat untuk memberi kehangatan kepada cik isteri.
"Pa! Pa, datang kelas Wafa cepat! Zen tak tahu nak buat apa ni. Badan Wafa sejuk. Dia tak bergerak dari tadi ni. Tolong Zen, pa." Rayu Arzen perlahan. Dia masih memandang Wafa. Dia masih memeluk lutut seperti patung.
Kedengaran suara Tuan Adham berkata dengan nada yang serius. "Papa ke sana sekarang. Tunggu dekat sana." Lantas panggilan ditutup oleh Tuan Adham. Arzen kembali menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya.
Tubuh Wafa dipeluk erat. Bibir dibawa ke telinga kanan Wafa. Memujuk supaya Wafa dapat menyedarkan dirinya kembali. Dia tidak boleh biarkan Wafa dikawal.
"Sayang... Lawan, sayang. Abang tahu ini bukan diri sayang. Sayang lawan dia balik. Please? Abang tahu sayang kuat." Pujuk Arzen lembut. Kepala isterinya diusap perlahan. Ya Allah, apa dia perlu lakukan? Segala-galanya tidak menjadi.
Tangan isteri begitu dingin. Dia takut. Takut isterinya berbuat hal yang tidak diingini kerana dikawal oleh benda lain. Dia tahu ini bukan isterinya. Melainkan benda yang Tuan Adham katakan pagi tadi. Mengapa tiba-tiba sahaja sedangkan tadi Wafa bersikap biasa? Siapa yang berbuat sebegini terhadap isterinya? Pelbagai soalan terlintas di fikirannya. Siapa yang lakukan?
YOU ARE READING
HIS NAUGHTY GIRL
Romance[HIS NAUGHTY GIRL] ••ARZEN RAEES × NURWAFA RASHEEQA•• "You naughty girl... How many boys that you want to attract huh?" -ARZEN RAEES- "Kepada Sir Arzen yang student ramai tergila-gilakan, tolong pulangkan balik kasut sekolah saya! Saya nak balik...