Usai majlis tahlil tadi, mereka berdua meminta diri untuk masuk ke dalam bilik dahulu. Arzen membuka pintu bilik itu seraya dia memasuki ke dalam ruangan tersebut. Wafa hanya mengikuti suaminya dari belakang. Belum sempat Wafa berjalan ke arah katil, Arzen terlebih dahulu menarik lengan Wafa sebelum dia mengunci tubuh kecil itu di pintu.
Wafa terjerit kecil tatkala dirinya ditarik secara tiba-tiba. Perlahan-lahan dia membuka kembali kelopak matanya yang tertutup tadi. Terlihat sekujur tubuh suaminya berada di hadapan dirinya. Lekas dia mengangkat wajah memandang suaminya.
"Sir ni dah kenapa?! Tarik-tarik orang macam ni-" kata-kata Wafa terhenti tatkala wajah suaminya mendekati wajahnya. Wafa meneguk liurnya kelat.
Apa ini? Tiba-tiba...
Klak!
Membulat mata Wafa apabila mendengar bunyi itu. Sempat dia melirik pintu di belakangnya. Dia... kunci pintu!
"Wafa..." Deruan nafas berat milik suaminya menampar wajahnya. Tertutup kelopak mata Wafa dibuatnya.
Tubuhnya menggigil dek perasaan takut akan suaminya. Ada apa ini sebenarnya? Mengapa suaminya berbuat sedemikian? Apakah gara-gara tadi? Tiba-tiba, perutnya dirasakan seseorang mengusapnya dengan lembut. Wafa tersentak lalu kelopak matanya dibuka secara perlahan-lahan. Terlihat anak mata suaminya jatuh memandang perutnya.
Ah, sudah. Jadi ulat bulu dah ke? Miang semacam ni.
"S-sir..." Arzen hanya menggumam perlahan. Tangannya masih setia mengusap lembut perut isterinya.
Wafa meneguk liurnya kelat.
"Sir-"
"Shh... Your belly still in pain right...? I'm sorry. If I knew about this matter, I will never leave you alone in that damn room, dear..." Kata Arzen lembut sebelum anak matanya bergerak memandang wajah isterinya.
Naik membahang wajah Wafa apabila mendengar ayat itu. Ah, malu! Automatik tangan Wafa naik menutup mukanya yang berubah menjadi merah itu namun, dengan tangkas Arzen mencapainya. Wafa tergamam.
"Sir-!"
"Don't hide it from me..." Ujar Arzen. Tangan Arzen yang mengusap perutnya tadi, bergerak menyentuh pipi isterinya. Tidak tahu kah dia yang isterinya ini sedang takut dengan tindakan dia?
Arzen tersenyum kecil. Wajahnya bergerak mendekati wajah isterinya sebelum bibirnya dilabuhkan ke atas dahi isterinya. Perlahan-lahan bibirnya menurun ke bawah. Dicium pula pipi kanan dan kiri isterinya. Wafa yang seakan di bawah sedar, dia hanya mampu diam membiarkan sahaja.
Anak mata ocean blue itu jatuh memandang bibir mungil kemerahan milik isterinya itu. Diusap menggunakan ibu jarinya dengan lembut.
"This lips... One day, I will steal it. Then, no one can steal you from me. Forever... And ever... Till we will be apart. Or in other means..." Wajahnya semakin dirapatkan ke wajah isterinya. Anak matanya bergerak memandang tepat ke dalam anak mata isterinya.
"The death, separate us... And meet again, in other universe. Living together. You're my wife, my angel, my little kiddo... Forever..." Tutur Arzen perlahan. Senyuman diukir lembut.
Terkebil-kebil mata Wafa memandang wajah suaminya itu. Ingin mencerna segala ayat yang diluahkan oleh encik suaminya itu. Dia ini, penat sangat agaknya sampai berkata yang bukan-bukan. Tangannya bergerak ingin memeriksa suhu tubuh suaminya. Diletakkan tangannya pada dahi suaminya. Agak panas.
Dia menarik tangannya kembali. Demam rupanya. Dia terdiam sejenak. Demam? Demam panas ke? Lekas dia meletakkan kembali tangan pada dahi suaminya. Memang benar, panas!
YOU ARE READING
HIS NAUGHTY GIRL
Romans[HIS NAUGHTY GIRL] ••ARZEN RAEES × NURWAFA RASHEEQA•• "You naughty girl... How many boys that you want to attract huh?" -ARZEN RAEES- "Kepada Sir Arzen yang student ramai tergila-gilakan, tolong pulangkan balik kasut sekolah saya! Saya nak balik...