°•CHAPTER 14•°

1.6K 90 3
                                    

Terlihat figura seorang lelaki sedang memerhati rakaman kamera litar tertutup yang terpapar di skrin komputer itu. Ditatap dengan senyuman sinis yang semakin melebar. Minuman beralkohol jenis vodka yang dituang ke dalam vodka glass dipegang dan tangan sebelahnya naik menongkat pipi di atas arm rest.

"Arzen Raees... Oh, not to mention that... I have to called his... Nickname instead isn't it?" Lelaki itu tertawa sinis. Kepalanya digelengkan perlahan.

"Arthur Anastasia Sergeyevich... Nunca te dejaré ir incluso... Te vas a morir..." (I will never let you go even... You're die...) Gumam lelaki itu perlahan sebelum minuman keras itu diteguk sedikit demi sedikit. Anak matanya masih tidak lepas memandang rakaman kamera litar tertutup itu.

Terlihat gadis itu sedang meronta-ronta ingin minta dilepaskan. Senyuman nakal terukir. Kelemahan milik Arzen, dia harus mencari cara untuk menghancurkan rumahtangga mereka. Dia, Noel Zacharevic akan selalu berbuat apa sahaja untuk memusnahkan kebahagiaan milik Arzen.

•••

Wafa melepaskan keluhan kecil selepas melakukan regangan tangannya yang sejak tadi merasakan tegang sahaja. Penat. Badan disandarkan ke penyandar kerusi lalu kepala dilentokkan ke bahu kawan baiknya, Sofea Irdina. Sofea hanya membiarkan sahaja. Terlalu kenal akan sikap Wafa. Suka tertidur dalam kelas tidak kira waktu.

"Wafa... Kau ni, tak kira tempat kau tidur kan?" Wafa menutup mulutnya dengan menggunakan belakang tangan kirinya tatkala dia berasa ingin menguap.

"Ah... Aku ngantuk lah, Peah... Salah ke aku tidur pun?" Soal Wafa dengan kepala yang masih dilentokkan ke bahu Sofea. Sofea menggeleng kepalanya perlahan. Gadis ini, tidak pernah berubah sama sekali.

Tiba-tiba, bunyi mikrofon dibuka membuatkan Wafa dan Sofea memandang ke luar tingkap. Ada pengumuman ke? Kedengaran seseorang berdehem perlahan di hadapan mikrofon itu. Wafa mengangkat kening sebelah. Macam kenal suara itu. Tetapi, siapa ya?

"Test... Three, two, one-" Wafa mengerutkan kening. Ini seperti suara...

"Sir Arzen! Terbalik tu! One, two, three sepatutnya!" Celah suara seseorang di speaker itu. Wafa lantas membuat muka jengkelnya. Patutlah macam kenal. Suaminya rupanya.

"Biarlah saya nak terbalikkan ke, tak nak ke, ada orang lain kisah?" Wafa hanya mendengar sahaja perbualan itu sambil menutup matanya kembali. Pelajar lain di dalam kelas itu sudah mengekek ketawa dek perbualan itu.

Entah apa yang kelakar juga tidak tahu. Kedengaran lagi suara itu berdehem. Tampaknya, itu kedengaran serius.

"Assalamualaikum dan perhatian kepada pelajar yang bernama... Nurwafa Rasheeqa binti Rafael Adrian, sila ke bilik pengetua sekarang." Wafa kembali membuka kelopak matanya. Ugh, mengapa perlu nama dia?

"Saya ulangi, kepada pelajar yang bernama Nurwafa Rasheeqa binti Rafael Adrian, sila ke bilik pengetua sekarang. Terima kasih." Kedengaran bunyi mikrofon ditutup setelah menyampaikan pesanan tadi. Wafa menggulingkan bebola matanya ke atas sebelum kembali duduk dengan tegak. Perlu ke dia menurut sahaja?

"Hei, Wafa. Itu, Sir Arzen panggil kau. Ada apa tu?" Wafa mengeluh perlahan sebelum dia bingkas berdiri daripada kerusinya.

"Entah. Pasal rumah sukan kut? Kan tinggal lagi seminggu nak merentas desa? Then, seminggu minggu hadapannya, dah mula sukan tahunan sekolah." Jelas Wafa membuatkan Sofea mengangguk faham. Tidak lama kemudian, Sofea tersengih sebelum dia menyiku lengan Wafa.

HIS NAUGHTY GIRLWhere stories live. Discover now